{"id":31148,"date":"2025-11-24T12:23:40","date_gmt":"2025-11-24T04:23:40","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=31148"},"modified":"2025-11-24T12:23:42","modified_gmt":"2025-11-24T04:23:42","slug":"pelajar-diploma-pakk-upsi-raih-kejayaan-di-winstem2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/11\/24\/pelajar-diploma-pakk-upsi-raih-kejayaan-di-winstem2025\/","title":{"rendered":"PELAJAR DIPLOMA PAKK UPSI RAIH KEJAYAAN DI WINSTEM2025"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Ummu Rushda Mohd Zain &amp; Nadia Shahira Amiruddin<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kuala Lumpur, 23 November 2025<\/strong> \u2013 Pertandingan World Innovation in STEM Competition 2025 (WINSTEM2025) merupakan platform global yang menghimpunkan idea, kreativiti dan inovasi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penganjuran tahun ini melibatkan penyertaan pelajar, pendidik, penyelidik serta inovator dari 14 negara yang mengetengahkan pelbagai projek bagi menangani cabaran serta isu semasa dunia.<\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 12 pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dibahagikan kepada empat kumpulan di bawah seliaan Dr. Nadia Shahira Amiruddin, telah berjaya menyertai pertandingan yang berlangsung dari 5 Julai hingga 31 Ogos 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>WINSTEM2025 berfungsi sebagai pemangkin dinamik dalam membentuk generasi berkeupayaan menyelesaikan masalah serta membawa perubahan dalam dunia STEM, seiring aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG).<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan pelajar UPSI dalam pertandingan ini memberi tumpuan kepada inovasi dalam pendidikan awal kanak-kanak melalui penghasilan permainan digital tanpa internet. Inovasi ini direka khas untuk kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun, terutama yang tinggal di kawasan tanpa capaian internet. Usaha ini bertujuan mengatasi jurang digital agar kanak-kanak tetap berpeluang mengikuti pembelajaran interaktif menggunakan teknologi moden. Permainan tersebut turut dibangunkan selaras dengan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).<\/p>\n\n\n\n<p>Permainan digital berasaskan PowerPoint itu merangkumi pelbagai tunjang KSPK bagi mencapai tujuan utama, iaitu menyediakan pembelajaran menyeronokkan tanpa memerlukan sambungan internet. Melalui penyertaan ini, pelajar dapat mengaplikasikan teori pendidikan awal kanak-kanak secara praktikal sekali gus mengasah kemahiran mereka dalam menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih kreatif dan efektif.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture2-10-1024x576.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31149\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture2-10-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture2-10-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture2-10-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture2-10-600x338.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/11\/Picture2-10.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Usaha tersebut membuahkan hasil apabila kesemua kumpulan berjaya meraih anugerah Gold, Silver dan Bronze. Kejayaan ini membuktikan kualiti serta impak positif inovasi yang diketengahkan oleh pelajar Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak UPSI. Majlis penyampaian hadiah telah berlangsung pada 23 November 2025 di Pusat Sains Negara. Menurut Dr. Nadia, \u201cKepentingan berinovasi bukanlah untuk mengejar nama atau anugerah semata-mata, tetapi untuk menyediakan platform yang mampu membantu menyelesaikan masalah, terutamanya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan UPSI dalam WINSTEM2025 bukan sahaja mengiktiraf kemampuan pelajarnya, malah membuka lebih banyak peluang untuk mereka menonjolkan kreativiti dan inovasi yang bermanfaat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ia sekali gus mengukuhkan kedudukan UPSI sebagai institusi yang aktif menyumbang kepada perkembangan inovasi pendidikan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ummu Rushda Mohd Zain &amp; Nadia Shahira Amiruddin Kuala Lumpur, 23 November 2025 \u2013 Pertandingan World Innovation in STEM Competition 2025 (WINSTEM2025) merupakan platform global yang menghimpunkan idea, kreativiti dan inovasi dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Penganjuran tahun ini melibatkan penyertaan pelajar, pendidik, penyelidik serta inovator dari 14 negara yang mengetengahkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":31150,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[71,112],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31148"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31148"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31148\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31151,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31148\/revisions\/31151"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31150"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31148"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31148"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31148"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}