{"id":31770,"date":"2025-12-04T15:01:53","date_gmt":"2025-12-04T07:01:53","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=31770"},"modified":"2025-12-04T15:01:57","modified_gmt":"2025-12-04T07:01:57","slug":"upsi-gondol-5-anugerah-buku-negara-2024-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/12\/04\/upsi-gondol-5-anugerah-buku-negara-2024-2025\/","title":{"rendered":"UPSI Gondol 5 Anugerah Buku Negara 2024\u20132025"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Tanjong Malim, 3 Disember 2025<\/strong> \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi penerbitan ilmiah unggul apabila mencatat sejarah manis dengan meraih lima (5) Anugerah Buku Negara 2024\u20132025 pada majlis penganugerahan yang berlangsung di Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025, Setia City Convention Centre, Shah Alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Penerbit UPSI, Profesor Dr. Nordiana Hamzah, berkata pencapaian ini menjadi bukti kemampuan UPSI dalam melahirkan karya berimpak tinggi merangkumi bidang ilmiah, kreatif dan biografi, seterusnya memperkukuh kedudukan universiti sebagai peneraju dunia penerbitan pendidikan negara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"576\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-576x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31772\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-576x1024.jpeg 576w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-169x300.jpeg 169w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-600x1067.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2.jpeg 720w\" sizes=\"(max-width: 576px) 100vw, 576px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Warga Penerbit UPSI meraikan kejayaan selepas lima karya terbitan universiti diumumkan sebagai pemenang Anugerah Buku Negara 2024\u20132025.<br><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, antara anugerah yang diraih UPSI termasuk Kategori Pendidikan dan Akademik: Buku Ilmiah Popular menerusi karya Pendekatan Awal Kanak-kanak: Penglibatan Keluarga dan Komuniti di Taska dan Tadika oleh Nordin Mamat dan Abdul Talib Mohamed Hashim, yang mengupas pendekatan holistik pendidikan awal mengutamakan kerjasama komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Kategori Penerbitan dan Rekabentuk Buku Terbaik, UPSI turut unggul melalui buku Seronok Numerasi: Pendekatan Peringkat Kefahaman Numerasi, hasil rekabentuk pereka grafik Zuzalina Zulkanain, yang mempamerkan susun atur visual yang kemas, kreatif dan mesra pembaca.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI turut mencatat kemenangan dalam Kategori Umum &amp; Ilmiah: Buku Sejarah dan Biografi Terbaik melalui buku Persekutuan Melayu Melaka: Sejarah Kepemimpinan Negeri Para Pahlawan Melayu di Mesir dan Sumbangannya, tulisan Muhammad Hafiz Samsuddin, yang mendokumentasikan sejarah masyarakat Melayu di Mesir secara terperinci dan berwibawa.<\/p>\n\n\n\n<p>Dua lagi kategori yang melengkapkan kejayaan UPSI ialah Kategori Kreatif: Cerpen \/ Perkumpulan Cerpen Terbaik menerusi karya Pertemuan di Tepi Tasik oleh A. Wahab Rauf, serta Kategori Buku Biografi Terbaik melalui Memoir Rimbunan Cinta Bonda, karya Kamariah Kamaruddin.<\/p>\n\n\n\n<p>Profesor Dr. Nordiana berkata, kemenangan ini adalah hasil kesungguhan kolektif para penulis, pereka grafik dan pasukan editorial Penerbit UPSI yang bekerja secara konsisten dalam menjaga kualiti setiap terbitan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan ini sekaligus membuktikan bahawa warga UPSI\u2014baik penulis mahupun pasukan editorial\u2014sentiasa berusaha menghasilkan karya yang berkualiti, berimpak dan relevan dengan keperluan masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<p>Saya amat menghargai dedikasi para penulis, pereka grafik dan seluruh pasukan Penerbit UPSI yang memberi komitmen penuh dalam memastikan setiap naskhah memenuhi piawaian tertinggi. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak karya unggul yang dapat mengangkat nama universiti ke peringkat nasional dan antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31773\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penerima anugerah bergambar kenangan Bersama Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), Dr. Laili Farhana binti Md. Ibharim.<br><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Majlis Anugerah Buku Negara tahun ini disempurnakan oleh Profesor Emeritus Tan Sri Datuk Dr. Anuwar Ali, Pengerusi Panel Juri Antarabangsa, bersama Dr. Hasan Hamzah, Pengerusi Sekretariat Anugerah Buku Negara. Kehadiran mereka menyerikan lagi majlis yang menjadi pentas mengiktiraf kecemerlangan penulis dan penerbit seluruh negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut hadir mewakili UPSI ialah Timbalan Pengarah (Penarafan dan Pengantarabangsaan), Dr. Laili Farhana binti Md. Ibharim, yang bersama-sama meraikan kejayaan para penulis dan pereka grafik yang mengharumkan nama universiti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim, 3 Disember 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengukuhkan reputasinya sebagai institusi penerbitan ilmiah unggul apabila mencatat sejarah manis dengan meraih lima (5) Anugerah Buku Negara 2024\u20132025 pada majlis penganugerahan yang berlangsung di Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025, Setia City Convention Centre, Shah Alam. Pengarah Penerbit UPSI, Profesor Dr. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":31771,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[193],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31770"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31774,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31770\/revisions\/31774"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31771"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}