{"id":31866,"date":"2025-12-08T15:18:31","date_gmt":"2025-12-08T07:18:31","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=31866"},"modified":"2025-12-08T15:18:32","modified_gmt":"2025-12-08T07:18:32","slug":"upsi-catat-sejarah-raih-kedudukan-ke-98-dunia-dalam-ui-greenmetric-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/12\/08\/upsi-catat-sejarah-raih-kedudukan-ke-98-dunia-dalam-ui-greenmetric-2025\/","title":{"rendered":"UPSI catat sejarah,\u00a0raih kedudukan ke-98 dunia dalam UI GreenMetric 2025"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 8 Disember 2025 \u2014<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia, berada pada kedudukan ke-98 dalam senarai global UI GreenMetric 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pencapaian itu dilihat sebagai pengiktirafan besar terhadap usaha berterusan UPSI dalam memperkukuh kecemerlangan akademik dan penyelidikan, selain komitmen terhadap agenda kelestarian serta pembangunan mampan di kampus.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Md Amin, kejayaan itu mencerminkan kesungguhan dan komitmen seluruh warga universiti dalam menjayakan inisiatif kelestarian yang digariskan melalui pelan strategik universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKedudukan ke-98 dunia bukan sekadar kejayaan angka, tetapi simbol keutuhan misi universiti dalam membangunkan kampus yang hijau, inklusif dan mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIa adalah hasil kerja keras semua fakulti, pentadbiran, mahasiswa serta rakan kolaborasi strategik yang sentiasa bersama menyokong usaha ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa pencapaian itu memperlihatkan kesediaan UPSI untuk terus menggalas tanggungjawab sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif terhadap isu perubahan iklim dan kelestarian.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Md Amin, universiti sentiasa membuka ruang kerjasama dengan industri, agensi kerajaan dan komuniti bagi memperluaskan impak program kelestarian.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan holistik yang melibatkan pelbagai pihak ini penting kerana agenda kelestarian bukan tanggungjawab universiti semata-mata. Kita komited memastikan penyelidikan, inovasi dan pendidikan yang dijalankan benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat dan negara.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"683\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--683x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31868\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--683x1024.jpg 683w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--200x300.jpg 200w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--768x1151.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--1025x1536.jpg 1025w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--1367x2048.jpg 1367w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--600x899.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1--scaled.jpg 1709w\" sizes=\"(max-width: 683px) 100vw, 683px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Beliau berkata, peningkatan berkenaan adalah hasil penambahbaikan berterusan UPSI pada enam indikator utama penilaian UI GreenMetric, iaitu Infrastruktur Kampus, Tenaga dan Perubahan Iklim, Pengurusan Sisa, Pengurusan Air, Pengangkutan Kampus serta Pendidikan dan Penyelidikan Kelestarian.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pelaksanaan Pelan Strategik UPSI 2021\u20132025, universiti itu berjaya meningkatkan skor keseluruhan dengan ketara berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menepati matlamat untuk menjadikan UPSI sebagai model amalan terbaik kelestarian dalam kalangan institusi pendidikan tinggi negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejajar kejayaan menembusi kelompok 100 universiti paling lestari dunia, UPSI komited meneruskan agenda pembangunan rendah karbon dengan memperluas penggunaan tenaga boleh diperbaharui, memperkukuh pengumpulan data alam sekitar, menerapkan teknologi kampus pintar dan meningkatkan program pendidikan serta penyelidikan berimpak tinggi,\u201d ujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Bazli Razak TANJONG MALIM, 8 Disember 2025 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya tersenarai dalam kelompok 100 universiti terbaik dunia, berada pada kedudukan ke-98 dalam senarai global UI GreenMetric 2025. Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pencapaian itu dilihat sebagai pengiktirafan besar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":31867,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31866"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31866"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31866\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31869,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31866\/revisions\/31869"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31866"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31866"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31866"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}