{"id":31951,"date":"2025-12-10T09:16:19","date_gmt":"2025-12-10T01:16:19","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=31951"},"modified":"2025-12-10T09:16:22","modified_gmt":"2025-12-10T01:16:22","slug":"kejayaan-cemerlang-upsi-di-majlis-anugerah-mapim-kpt-ke-16-lambang-kecemerlangan-penerbitan-ilmiah-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/12\/10\/kejayaan-cemerlang-upsi-di-majlis-anugerah-mapim-kpt-ke-16-lambang-kecemerlangan-penerbitan-ilmiah-negara\/","title":{"rendered":"Kejayaan Cemerlang UPSI di Majlis Anugerah MAPIM-KPT Ke-16: Lambang Kecemerlangan Penerbitan Ilmiah Negara."},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Azlan Mohd Dahari<\/p>\n\n\n\n<p><strong>PUTRAJAYA, 9 Disember 2025<\/strong> \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam bidang penerbitan ilmiah apabila meraih pelbagai anugerah berprestij pada Majlis Anugerah MAPIM-KPT Ke-16 yang berlangsung di Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis berprestij yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik &amp; Penyelidikan), Prof. Dr. Zainal Amin Ayub, UPSI menerima empat anugerah, sekali gus mengukuhkan reputasinya sebagai antara institusi peneraju dalam penerbitan ilmiah dan penyelidikan berimpak tinggi di peringkat nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengiktirafan tersebut dicapai melalui kualiti penerbitan jurnal dan hasil penyelidikan yang tinggi menerusi Journal of ICT in Education (JICTIE) yang berjaya meraih tempat pertama bagi kategori Makalah Jurnal Terbaik Sains Sosial dan Ilmu Kemanusiaan (Kebangsaan) bagi artikel bertajuk \u201cDesigning Immersive Narratives of Jugra Heritage Site for Cultural Edutainment Using Mixed Reality (MR)\u201d, hasil penulisan Mazarina Mat Zain bersama pasukan penyelidik.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-Anugerah-Makalah-Jurnal-MJM-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31953\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-Anugerah-Makalah-Jurnal-MJM-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-Anugerah-Makalah-Jurnal-MJM-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-Anugerah-Makalah-Jurnal-MJM-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-Anugerah-Makalah-Jurnal-MJM-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-2-Anugerah-Makalah-Jurnal-MJM.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Hadir menerima hadiah ialah Ketua Editor MJM, Dr. Flory Ann Mansor Gingging yang membawa pulang sijil, trofi dan wang RM300, turut hadir, Dr. Laili Farhana Md Ibharim, Timbalan Pengarah Penerbit UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-Anugerah-Makalah-Jurnal-Educatum-Sains-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31954\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-Anugerah-Makalah-Jurnal-Educatum-Sains-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-Anugerah-Makalah-Jurnal-Educatum-Sains-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-Anugerah-Makalah-Jurnal-Educatum-Sains-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-Anugerah-Makalah-Jurnal-Educatum-Sains-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-3-Anugerah-Makalah-Jurnal-Educatum-Sains.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ketua Editor Educatum (Journal of Science, Mathematics and Technology), Prof. Madya Ts. Dr. Muhammad Noorazlan Abd Azis menerima sijil, trofi dan wang tunai RM300.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dalam kategori antarabangsa pula, UPSI meraih tempat ketiga melalui makalah \u201cPianists\u2019 Interpretive Insight: Exploring Hunt, Military and Pastoral Motifs through Monelle\u2019s Topic Theory\u201d yang diterbitkan dalam Malaysian Journal of Music (MJM) hasil penulisan Ding Jin, Poon Chiew Hwa dan Feng-Hsu Lee.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, jurnal Educatum (Journal of Science, Mathematics and Technology) turut menerima pengiktirafan apabila memenangi tempat ketiga bagi kategori Makalah Jurnal Terbaik Sains dan Teknologi (Kebangsaan) melalui kajian bertajuk \u201cIncorporation of Graphene Oxide\/Metal Oxide into Modified Polyvinylidene Fluoride Membrane for the Degradation of Methylene Blue Dye Through Adsorption Photocatalytic Activity\u201d yang diketuai oleh Siti Nor Aisyah Jamilon bersama pasukan penyelidik.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut mencuri perhatian ialah kejayaan Prof. Dr. Nordin Mamat yang dinobatkan sebagai Penulis Prolifik Terbaik, sekali gus mengangkat nama UPSI sebagai institusi penerbitan universiti yang aktif dan berkualiti serta sering dijadikan rujukan dalam pelbagai bidang pendidikan awal kanak-kanak, kepimpinan dan kemasyarakatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Prof. Dr. Nordin Mamat merupakan seorang pakar dalam pendidikan awal kanak-kanak di Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Beliau telah mengetuai banyak kajian dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak seperti kajian perbandingan kualiti pencapaian prasekolah KPM, KEMAS, JPNIN dan TADIKA Swasta; Kajian kebolehlaksanaan Tabika JPNIN di bawah KPM untuk memperkukuhkan kemahiran guru dan perjawatan, pola interaksi dan sosio emosi kanak-kanak (Etnik China and India; Modifikasi tingkahlaku kanak-kanak di TASKA, kajian penilaian TADIKA PERKIM dan penilaian modul karektor.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Suriani Abu Bakar berkata, kejayaan yang diraih UPSI melambangkan kekuatan ekosistem penerbitan universiti secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap anugerah yang kita raih bukan sekadar kemenangan sebuah karya, tetapi hasil usaha kolektif yang melibatkan penulis, penilai, editor serta seluruh warga penerbit. Sinergi inilah yang mengangkat UPSI ke tahap lebih tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"750\" height=\"1000\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-4-Nordin-Prolifik.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31955\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-4-Nordin-Prolifik.jpg 750w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-4-Nordin-Prolifik-225x300.jpg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/pic-4-Nordin-Prolifik-600x800.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 750px) 100vw, 750px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Prof. Dr. Nordin Mamat bersama trofi dan replika cek RM1000 yang dimenangi beliau.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"912\" height=\"684\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Prof-Sue.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31956\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Prof-Sue.jpg 912w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Prof-Sue-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Prof-Sue-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Prof-Sue-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 912px) 100vw, 912px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">TNCPI bergambar beramai-ramai bersama para pemenang<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan harapan agar Penerbit UPSI terus memperkukuh kecemerlangan dan meraih lebih banyak pengiktirafan pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKemenangan UPSI dalam pelbagai kategori membuktikan komitmen universiti sebagai institusi penerbitan yang konsisten, kompetitif dan inovatif. Kejayaan ini bukan sahaja menaikkan reputasi UPSI di persada kebangsaan dan antarabangsa, malah menunjukkan kesungguhan warga akademik UPSI dalam melahirkan karya berimpak tinggi sejajar dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi\u201d.&nbsp;<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenerbit UPSI terus berdiri sebagai tulang belakang dalam memartabatkan penerbitan ilmiah negara, sesuai dengan peranan universiti sebagai peneraju pembangunan pendidikan dan penyelidikan negara,\u201d ujar beliau.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Azlan Mohd Dahari PUTRAJAYA, 9 Disember 2025 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi membuktikan keunggulannya dalam bidang penerbitan ilmiah apabila meraih pelbagai anugerah berprestij pada Majlis Anugerah MAPIM-KPT Ke-16 yang berlangsung di Dewan Zaaba, Kementerian Pendidikan Tinggi, Putrajaya. Dalam majlis berprestij yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik &amp; Penyelidikan), [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":31952,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[193],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31951"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31951"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31951\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31957,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31951\/revisions\/31957"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31952"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31951"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31951"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31951"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}