{"id":31958,"date":"2025-12-10T12:35:57","date_gmt":"2025-12-10T04:35:57","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=31958"},"modified":"2025-12-10T12:35:59","modified_gmt":"2025-12-10T04:35:59","slug":"kursus-bahasa-ketiga-sebagai-nilai-tambah-dalam-karier-kepada-kakitangan-universiti-pendidikan-sultan-idris","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/12\/10\/kursus-bahasa-ketiga-sebagai-nilai-tambah-dalam-karier-kepada-kakitangan-universiti-pendidikan-sultan-idris\/","title":{"rendered":"Kursus Bahasa Ketiga sebagai Nilai Tambah dalam Karier kepada Kakitangan Universiti Pendidikan Sultan Idris"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh :\u00a0Norzid Firusi Khairul Zahar, Irwan Hamdi Mohamad<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM,<\/strong> 9 Disember 2025<strong> &#8211;<\/strong> Dalam dunia kerjaya yang semakin mencabar dan global, penguasaan pelbagai bahasa kini menjadi satu kelebihan kompetitif yang ketara. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa proaktif dalam memperkasakan modal insan, termasuk melalui penganjuran kursus-kursus bahasa ketiga yang ditawarkan kepada kakitangan akademik dan pentadbiran. Usaha ini tidak hanya seiring dengan aspirasi UPSI untuk melahirkan warga kerja yang berdaya saing global, tetapi juga membuka ruang baharu dalam pembangunan kerjaya individu.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"809\" height=\"455\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Jepun-1-edited-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31968\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Jepun-1-edited-1.jpg 809w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Jepun-1-edited-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Jepun-1-edited-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Jepun-1-edited-1-600x337.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 809px) 100vw, 809px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi pengenalan Asas Bahasa Jepun daripada Sensei Puan Noor Azalina binti Buang, Guru Bahasa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Bahasa ketiga merujuk kepada bahasa tambahan selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Antara bahasa yang sering ditawarkan di UPSI termasuk Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil, Bahasa Jepun, Bahasa Korea, Bahasa Isyarat dan banyak lagi.<\/p>\n\n\n\n<p>Penguasaan bahasa ketiga membolehkan kakitangan menjalin komunikasi lebih efektif dengan pelajar dan rakan kolaborasi antarabangsa, mengakses sumber ilmiah dalam bahasa asing, meningkatkan keyakinan dalam penggunaan bahasa ketiga serta memperluas potensi kenaikan pangkat melalui nilai tambah kompetensi peribadi.<\/p>\n\n\n\n<p>Unit Latihan (ULAT), Bahagian Sumber Manusia (BSM) dengan kerjasama Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) telah merangka program kursus jangka pendek berdasarkan tahap kemahiran peserta. Bermula Januari hingga September 2025, sebanyak sepuluh (10) kursus bahasa ketiga ditawarkan iaitu lima (5) kursus bahasa ketiga (asas) dan lima (5) kursus bahasa ketiga (lanjutan).<\/p>\n\n\n\n<p>Kaedah pelaksanaan merangkumi pengajaran secara bersemuka, modul interaktif yang disediakan telah disesuaikan mengikut peringkat (asas, lanjutan), latihan berbentuk simulasi komunikasi harian dan tugasan berkumpulan dan penilaian kendiri selepas tamat kursus.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img decoding=\"async\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Mandarin-1-edited-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31967\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kursus Asas Bahasa Mandarin telah dikendalikan oleh Encik Gan Jia Seng, Guru Bahasa, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Walaupun terdapat kekangan masa dan komitmen kerja harian, sambutan terhadap kursus ini amat memberangsangkan. Oleh itu, Unit Latihan (ULAT), BSM, UPSI komited untuk menawarkan lebih banyak kursus-kursus bahasa ketiga serta meningkatkan kapasiti penawaran.<\/p>\n\n\n\n<p>Penguasaan bahasa ketiga bukan sekadar kemahiran tambahan, tetapi lambang keterbukaan minda dan kesediaan untuk mendepani cabaran global. UPSI percaya bahawa pelaburan dalam penguasaan bahasa asing ini akan terus memberi pulangan besar dalam melahirkan warga kerja yang berpengetahuan, bersedia berubah dan relevan dalam landskap pendidikan tinggi yang dinamik.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"2048\" height=\"1152\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-31966\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1-1024x576.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1-768x432.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1-1536x864.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Tamil-1-edited-1-600x338.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 2048px) 100vw, 2048px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kursus Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil menjadi antara kursus yang mendapat sambutan yang tinggi daripada kakitangan UPSI<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote\">\n<p><strong>&#8220;<em>Bahasa asing bukan sekadar komunikasi, tetapi jambatan ke arah kefahaman antarabangsa<\/em>.&#8221;<\/strong><\/p>\n<\/blockquote>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh :\u00a0Norzid Firusi Khairul Zahar, Irwan Hamdi Mohamad TANJUNG MALIM, 9 Disember 2025 &#8211; Dalam dunia kerjaya yang semakin mencabar dan global, penguasaan pelbagai bahasa kini menjadi satu kelebihan kompetitif yang ketara. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa proaktif dalam memperkasakan modal insan, termasuk melalui penganjuran kursus-kursus bahasa ketiga yang ditawarkan kepada kakitangan akademik dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":31967,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[136,140,112,1,281],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31958"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=31958"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31958\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":31969,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/31958\/revisions\/31969"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/31967"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=31958"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=31958"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=31958"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}