{"id":32230,"date":"2025-12-16T22:34:11","date_gmt":"2025-12-16T14:34:11","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=32230"},"modified":"2025-12-16T22:34:14","modified_gmt":"2025-12-16T14:34:14","slug":"pensijilan-profesional-ulul-albab-siri-ke-8-perkasa-mahasiswa-berteraskan-nilai-quranik-dan-profesionalisme","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/12\/16\/pensijilan-profesional-ulul-albab-siri-ke-8-perkasa-mahasiswa-berteraskan-nilai-quranik-dan-profesionalisme\/","title":{"rendered":"Pensijilan Profesional Ulul Albab Siri ke-8 Perkasa Mahasiswa Berteraskan Nilai Quranik dan Profesionalisme"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Aimi Diyana Abdul Halim &amp; Nor Hayati Aziz<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 14 Disember 2025<\/strong> \u2013 Program Pensijilan Profesional Ulul Albab Tahap Asas Siri Ke-8 digerakkan sebagai inisiatif strategik untuk menggilap dan mengasah nilai profesionalisme dalam kalangan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA). Perjalanan ilmu yang sarat dengan hikmah ini berpaksikan tiga elemen teras Model Ulul Albab, iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik (QEI), sejajar dengan aspirasi Pusat Ulul Albab UPSI dalam melahirkan khalifah profesional berteraskan ilmu, akhlak dan hikmah.<\/p>\n\n\n\n<p>Program selama tiga hari, bermula 12 hingga 14 Disember 2025, dianjurkan oleh Pusat Ulul Albab UPSI dengan kerjasama Kelab Sahabat Ulul Albab. Seramai 30 orang peserta daripada Kohort 13 dan 14 telah menyertai kursus ini, dibimbing oleh barisan panel berpengalaman menerusi slot pengisian yang tersusun, mendalam dan berimpak tinggi, berteraskan elemen QEI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pengarah Pusat Ulul Albab UPSI, Dr. Sakinah Salleh, program ini bukan sekadar latihan asas, sebaliknya merupakan platform pembinaan jati diri mahasiswa secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p><em>\u201cProgram Pensijilan Profesional Ulul Albab Tahap Asas ini dirangka sebagai tapak kukuh untuk membina mahasiswa yang berfikir secara ensiklopedik, berpegang teguh kepada nilai al-Quran serta mampu berijtihad dalam mendepani cabaran semasa. Matlamat utama kami adalah melahirkan graduan UPSI yang bukan sahaja cemerlang dari sudut akademik, tetapi juga berintegriti, berakhlak dan bersedia memimpin masyarakat dengan hikmah,\u201d<\/em> katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, program ini turut disokong oleh Kumpulan Talent Pool, terdiri daripada pensyarah UPSI pelbagai fakulti yang telah melalui proses latihan dan bimbingan rapi oleh panel Pusat Ulul Albab UPSI. Pendekatan ini menjadikan setiap sesi pengisian lebih berkesan, menyeluruh dan memberi inspirasi bermakna kepada peserta.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32231\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture3-11-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32232\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture4-7-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pengisian program membuka tirainya dengan slot Ijaz al-Quran, yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Rahman, Pengarah Pusat Islam. Sesi ini menyingkap keagungan al-Quran sebagai mukjizat abadi, sumber ilmu dan panduan hidup sepanjang zaman, sekali gus menyuntik kesedaran mendalam tentang peranan al-Quran dalam membentuk keperibadian Ulul Albab.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, slot Deen Assalam yang dikendalikan oleh Ustaz Mohamad Khairul Azman Hj Ajuhary, Ketua Kluster Quranik, menekankan konsep Ulul Albab sebagai insan berilmu, berfikir secara mendalam serta berakhlak mulia. Beliau turut mengaitkan perkembangan kecerdasan buatan (AI) sebagai pemangkin kepada penjanaan idea baharu dan dorongan untuk memimpin masyarakat dengan hikmah serta keseimbangan nilai.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32234\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-2048x1366.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture5-6-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32235\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-2048x1366.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture6-5-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dimensi ilmu sains dan keimanan pula diterokai dalam slot Saintifik al-Quran pada pagi 13 Disember 2025, bersama Prof. Madya Dr. Fatimah Mohamed. Sesi ini membentangkan bagaimana al-Quran mengandungi isyarat fenomena alam yang selari dengan penemuan sains moden, sekali gus mengajak peserta berfikir kritis, meneliti dan menghayati kebesaran ciptaan Allah SWT.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengukuhan kemahiran kognitif diteruskan menerusi slot Ensiklopedik 1 \u2013 Open Mind\u2019s Eye (Mind\u2019s Skill) yang dikendalikan oleh Dr. Sayed Muhammad Arif Sayed Yahya dan Sadzali Hassan. Slot ini memberi fokus kepada tujuh teknik memori sebagai asas penguasaan ilmu, memperkenalkan kaedah mengingat yang kreatif dan sistematik bagi membantu peserta memahami, menghubungkan serta mengembangkan pengetahuan secara berkesan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-3 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32236\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture7-7-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32237\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture8-5-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Peranan pena sebagai wahana ilmu diketengahkan dalam slot Ensiklopedik 2 \u2013 Membaca Susah Nak Faham? Ini Cara Mengambil Nota, yang disampaikan oleh Dr. Robe\u2019ah Yusuf. Modul ini menekankan kepentingan membaca dan mencatat sebagai teras penuntutan ilmu, berlandaskan Surah al-\u2018Alaq (1\u20135) dan Surah al-Qalam (1\u20132). Peserta turut didedahkan kepada tujuh teknik membaca serta pelbagai kaedah mencatat seperti Cornell, peta minda, outlining, carta, kata kunci, cerita kreatif dan kad imbasan.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemahiran komunikasi dan pembinaan identiti diri diperkukuh menerusi slot Ensiklopedik 3 \u2013 Komunikasi dan Jenama Diri, yang turut dikendalikan oleh Dr. Robe\u2019ah Yusuf. Sesi ini menekankan kepentingan komunikasi berkesan dan pembentukan imej kendiri unggul, merangkumi asas komunikasi lisan dan bukan lisan, prinsip komunikasi Islam, serta strategi membina jenama diri melalui naratif peribadi, penampilan, penyampaian mesej di media dan penilaian berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>Elemen penyelesaian masalah dan pemikiran strategik diketengahkan dalam slot Ijtihadik 1 \u2013 Konsep Ijtihadik, yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Ghazali Din. Sesi ini menghuraikan konsep ijtihad sebagai usaha menggunakan akal dan penelitian mendalam bagi mencari solusi terhadap isu-isu yang tidak diperincikan secara langsung dalam al-Quran dan Hadis. Peserta digalakkan memaksimumkan potensi minda melalui tiga langkah utama, iaitu fokus, mencatat idea dan berkongsi idea.<\/p>\n\n\n\n<p>Fungsi otak dan minda secara seimbang pula dibincangkan dalam slot Ijtihadik 2 \u2013 Brain Mind Working dan Konsep Otak Tengah, yang dikendalikan oleh Dr. Mohamad Saufi Rosmi. Pengisian ini menekankan sinergi antara kognitif, emosi dan spiritual melalui konsep otak tengah, bagi melahirkan pemikiran yang kreatif, inovatif serta kebijaksanaan dalam membuat keputusan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture9-3-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32238\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture9-3-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture9-3-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture9-3-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture9-3-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Picture9-3.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Slot Ensiklopedik 3 : Komunikasi dan Jenama Diri<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Program diteruskan dengan slot Ijtihadik 3 \u2013 Konsep Pemikiran Hati, yang juga dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Ghazali Din. Slot ini menegaskan peranan hati bukan sekadar pusat emosi, malah sebagai sumber ilham, intuisi dan kebijaksanaan rohani dalam membentuk insan berjiwa besar, berakhlak mulia dan berupaya memimpin dengan kasih sayang.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, Tahap Asas ini bukan sekadar pengenalan, malah menjadi landasan kukuh kepada proses transformasi diri. Ia berperanan sebagai jambatan antara ilmu dan amal, potensi dan pencapaian. Siri Ke-8 ini membuktikan bahawa program ini bukan hanya sebuah kursus, tetapi sebuah perjalanan pembinaan insan Ulul Albab yang berfikir secara ensiklopedik, berpaksikan nilai Quranik dan berkeupayaan berijtihad dalam menghadapi cabaran semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Harapan yang disemai adalah lahirnya generasi Ulul Albab yang mampu memimpin dengan hikmah, menyumbang dengan integriti dan membina masa depan dengan semangat kebersamaan. Program Pensijilan Profesional Ulul Albab Tahap Asas Siri Ke-8: <em>Perkasa Mahasiswa Berteraskan Nilai Quranik dan Profesionalisme<\/em>menjadi bukti nyata bahawa perjalanan ilmu ini akan terus berkembang, memberi manfaat berpanjangan dan melakar masa depan yang lebih cerah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Aimi Diyana Abdul Halim &amp; Nor Hayati Aziz Tanjong Malim, 14 Disember 2025 \u2013 Program Pensijilan Profesional Ulul Albab Tahap Asas Siri Ke-8 digerakkan sebagai inisiatif strategik untuk menggilap dan mengasah nilai profesionalisme dalam kalangan ahli Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA). Perjalanan ilmu yang sarat dengan hikmah ini berpaksikan tiga elemen teras Model [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":32239,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[238,100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32230"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32230"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32230\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32240,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32230\/revisions\/32240"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32239"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32230"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32230"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32230"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}