{"id":32865,"date":"2025-12-31T10:19:24","date_gmt":"2025-12-31T02:19:24","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=32865"},"modified":"2025-12-31T14:19:10","modified_gmt":"2025-12-31T06:19:10","slug":"upsi-terajui-pemindahan-ilmu-sains-sukan-menerusi-rugby-science-summer-camp-2025","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2025\/12\/31\/upsi-terajui-pemindahan-ilmu-sains-sukan-menerusi-rugby-science-summer-camp-2025\/","title":{"rendered":"UPSI terajui pemindahan ilmu sains sukan menerusi Rugby Science Summer Camp 2025"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Anis Suriati Ahmad dan Dr. Mohd Hafizuddin Baki<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 31 December 2025 \u2013<\/strong> Bumi Muallim digegarkan dengan kunjungan dua kuasa besar pasukan ragbi sekolah berasrama penuh (SBP), iaitu The Malay College, Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). <\/p>\n\n\n\n<p>Kedua-dua pasukan ini bertemu di dalam program <em>Rugby Science Summer Camp 2025<\/em> yang berlangsung daripada 19-21 Disember 2025, bertempat di STAR Wellness Hub UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merupakan satu inisiatif pemindahan ilmu, anjuran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSK) dan Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (FPE) dengan kerjasama Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) dan Bahagian Pengangkutan UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara tradisinya, latihan ragbi di peringkat sekolah banyak menumpukan aspek fizikal dan kemahiran permainan. <\/p>\n\n\n\n<p>Walau bagaimanapun, keperluan kepada latihan yang lebih sistematik dan selamat semakin mendesak, memandangkan ragbi merupakan sukan berintensiti tinggi dan berisiko menyebabkan kecederaan. <\/p>\n\n\n\n<p>Menyedari keperluan ini, <em>Rugby Science Summer Camp 2025<\/em> dibangunkan dengan melibatkan tenaga akademik dan jurulatih berpengalaman dalam bidang sains sukan. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini memperkenalkan pendekatan sains sukan dalam latihan ragbi yang merangkumi elemen keselamatan, kecergasan, pemakanan dan kawalan mental atlet.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui gabungan sesi teori dan aktiviti praktikal di lapangan, fokus utama ialah teknik permainan yang betul, latihan kecergasan fizikal, pencegahan kecederaan, pemakanan sukan serta kawalan mental dan emosi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini bertujuan membentuk atlet yang bukan sahaja cergas secara fizikal, malah lebih berdisiplin dan berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan penjagaan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Maklum balas peserta menunjukkan penerimaan yang sangat positif terhadap program ini. Majoriti peserta menyatakan bahawa kandungan dan aktiviti yang dijalankan menepati, malah melebihi jangkaan mereka. Penerangan yang diberikan oleh jurulatih dan tenaga pengajar mudah difahami dan relevan dengan keperluan latihan sebenar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut impak pembelajaran, peserta melaporkan peningkatan kefahaman terhadap cara bermain ragbi dengan lebih selamat, termasuk teknik asas, pengurusan kecederaan dan kepentingan pemulihan.<\/p>\n\n\n\n<p> <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"585\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1-Banting-1024x585.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32868\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1-Banting-1024x585.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1-Banting-300x171.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1-Banting-768x439.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1-Banting-600x343.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-1-Banting.jpeg 1050w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Rugby Science Summer Camp 2025 (Banner)<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"461\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-1024x461.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32869\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-1024x461.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-300x135.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-768x346.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-1536x691.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-2048x922.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-2-Latihan-Praktikal-di-padang-600x270.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Latihan praktikal di padang<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-3-Rehab-di-gim-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32870\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-3-Rehab-di-gim-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-3-Rehab-di-gim-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-3-Rehab-di-gim-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-3-Rehab-di-gim-600x450.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2025\/12\/Gambar-3-Rehab-di-gim.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Rehab di Gim<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, tahap keyakinan untuk bermain dan meneruskan latihan juga meningkat. Peserta turut menyatakan bahawa ilmu yang diperoleh boleh diaplikasikan secara langsung dalam sesi latihan dan perlawanan di sekolah masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhan, <em>Rugby Science Summer Camp 2025<\/em> membuktikan bahawa program berasaskan kepakaran universiti mampu memberi impak yang signifikan kepada komuniti, khususnya dalam pembangunan atlet muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Ini selari dengan Pelan Strategik UPSI iaitu Pemerkasaan Komuniti melalui Pemindahan Pengetahuan. Inisiatif sebegini wajar diteruskan dan diperluas agar lebih ramai pelajar dapat menikmati manfaat latihan berasaskan sains sukan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Anis Suriati Ahmad dan Dr. Mohd Hafizuddin Baki Tanjong Malim, 31 December 2025 \u2013 Bumi Muallim digegarkan dengan kunjungan dua kuasa besar pasukan ragbi sekolah berasrama penuh (SBP), iaitu The Malay College, Kuala Kangsar (MCKK) dan Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR). Kedua-dua pasukan ini bertemu di dalam program Rugby Science Summer Camp [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":32867,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[79,1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32865"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32865"}],"version-history":[{"count":3,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32865\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":32877,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32865\/revisions\/32877"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/32867"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32865"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32865"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32865"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}