{"id":32983,"date":"2026-01-02T16:07:46","date_gmt":"2026-01-02T08:07:46","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=32983"},"modified":"2026-01-02T16:19:21","modified_gmt":"2026-01-02T08:19:21","slug":"mesra-ivp-3-0-2026-lambang-sukarelawan-malaysia-di-peringkat-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/02\/mesra-ivp-3-0-2026-lambang-sukarelawan-malaysia-di-peringkat-global\/","title":{"rendered":"MESRA IVP 3.0 2026 LAMBANG SUKARELAWAN MALAYSIA DI PERINGKAT GLOBAL"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Mohd Raizol Ramli<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Jakarta<\/strong>, 02 Januari 2026 \u2013 Program MESRA International Volunteering Programme (IVP) 3.0 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula dengan penuh bermakna menerusi ketibaan rasmi delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno\u2013Hatta, Jakarta, Indonesia. Program akan berlangsung 2 hingga 6 Januari 2026 bertempat di Universitas Islam Negeri Sultan Maulana Hasanuddin (UINSMH), Banten dan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI), Bandung Indonesia. Penglibatan 24 orang peserta terdiri daripada 5 orang pegawai dan 20 orang mahasiswa UPSI, Universiti Malaya (UM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi Petronas (UTP) sebagai kekuatan delegasi ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran kali ini mencatat sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya aktiviti kesukarelawanan UKLK, UPSI dilaksanakan di luar negara, sekali gus menandakan peluasan jaringan antarabangsa dalam usaha memperkukuh pemerkasaan mahasiswa melalui khidmat komuniti global.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI, Profesor Dr. Norkhalid Salimin, sifatkan, penglibatan mahasiswa dalam aktiviti sukarelawan amat penting selari dengan tuntutan masyarakat masa kini.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAktiviti kesukarelawanan bukan sahaja membentuk keprihatinan sosial, malah melahirkan mahasiswa yang berdisiplin, berempati dan bertanggungjawab terhadap komuniti sekeliling,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"192\" height=\"288\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture1.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-32984\" style=\"width:238px;height:auto\"\/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI,<br>Profesor Dr. Norkhalid Salimin<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa program seperti MESRA IVP 3.0 mampu menjadi platform berkesan untuk menyemai nilai kemanusiaan dan kepimpinan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui program ini, mahasiswa dapat belajar untuk menyumbang secara langsung kepada masyarakat sambil membina jaringan persahabatan dan kerjasama antarabangsa,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"2560\" height=\"1600\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-scaled.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32986\" style=\"width:549px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-scaled.jpg 2560w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-300x188.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-1024x640.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-768x480.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-1536x960.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-2048x1280.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2713-edited-600x375.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengetua UKLK UPSI, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob bersama peserta program MESRA: International Volunteering Programme (IVP 3.0) di Jakarta, Indonesia<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Kerjasama global antara UPSI bersama UINSMH dan UPI diperkukuh melalui pengisian utama lawatan rasmi dan sesi perkongsian akademik bersama pimpinan universiti, pensyarah dan mahasiswa tempatan, yang memfokuskan amalan terbaik dalam pendidikan tinggi serta pembangunan potensi mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob, yang mengetuai sesi perbincangan akademik, menegaskan kepentingan program ini sebagai medium memperkukuh kerjasama pendidikan rentas negara.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"693\" height=\"433\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/gambar-pengetus-edited.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32988\" style=\"width:549px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/gambar-pengetus-edited.jpg 693w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/gambar-pengetus-edited-300x187.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/gambar-pengetus-edited-600x375.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 693px) 100vw, 693px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengetua UKLK, Profesor Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>\u201cSelain aktiviti kesukarelawanan, program ini berperanan untuk berkongsi amalan terbaik berkaitan pendidikan, pengurusan hal ehwal pelajar dan pengurusan organisasi badan pelajar dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Umar Hafizi bin Masriakib, menggariskan penglibatan nilai kesukarelawanan dan kepimpinan global dalam membentuk mahasiswa holistik.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"2560\" height=\"2560\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-scaled.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-32991\" style=\"width:373px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-scaled.jpg 2560w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-300x300.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-1024x1024.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-150x150.jpg 150w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-768x768.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-1536x1536.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-2048x2048.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-600x600.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-100x100.jpg 100w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-24x24.jpg 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-48x48.jpg 48w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/IMG_2706-edited-1-96x96.jpg 96w\" sizes=\"(max-width: 2560px) 100vw, 2560px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengarah Program MESRA: International Volunteering Programme 3.0, Umar Hafizi Masriakib<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani bin Che Kob, yang mengetuai sesi perbincangan akademik, menegaskan kepentingan program ini sebagai medium memperkukuh kerjasama pendidikan rentas negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSelain aktiviti kesukarelawanan, program ini berperanan untuk berkongsi amalan terbaik berkaitan pendidikan, pengurusan hal ehwal pelajar dan pengurusan organisasi badan pelajar dalam kalangan peserta tempatan dan antarabangsa,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Program, Umar Hafizi Masriakib, menggariskan penglibatan nilai kesukarelawanan dan kepimpinan global dalam membentuk mahasiswa holistik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenglibatan mahasiswa bukan sahaja daripada pelajar Malaysia malah turut disertai oleh pelajar daripada negara Palestine dan China. Program seperti ini mampu menggilap potensi kepimpinan melalui sesi perkongsian bahkan keprihatinan sosial kepada masyarakat global, sekali gus melahirkan diri mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga bertanggungjawab kepada masyarakat,\u201d ujarnya hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama UPSI-UIN-UPI diperkukuh dengan penyertaaan daripada UM, UMT dan UTP melalui sesi perbincangan kepimpinan, yang memberi fokus kepada pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pelajar. Sesi ini dilihat berupaya meningkatkan keyakinan diri, kemahiran insaniah serta keupayaan bekerja dalam pasukan pelbagai latar belakang. Selain pengisian akademik, peserta turut menyertai lawatan kampus bagi mengenali fasiliti utama universiti dan memahami sistem pendidikan tinggi di Indonesia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Mohd Raizol Ramli Jakarta, 02 Januari 2026 \u2013 Program MESRA International Volunteering Programme (IVP) 3.0 anjuran Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bermula dengan penuh bermakna menerusi ketibaan rasmi delegasi Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno\u2013Hatta, Jakarta, Indonesia. Program akan berlangsung 2 hingga 6 Januari 2026 bertempat di Universitas Islam [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":12,"featured_media":33002,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[223,164,87],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32983"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/12"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=32983"}],"version-history":[{"count":5,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32983\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33004,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/32983\/revisions\/33004"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33002"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=32983"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=32983"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=32983"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}