{"id":33079,"date":"2026-01-05T10:06:08","date_gmt":"2026-01-05T02:06:08","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33079"},"modified":"2026-01-05T10:06:09","modified_gmt":"2026-01-05T02:06:09","slug":"jasa-perkenal-budaya-masyarakat-sarawak-kepada-pelajar-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/05\/jasa-perkenal-budaya-masyarakat-sarawak-kepada-pelajar-upsi\/","title":{"rendered":"JASA Perkenal Budaya Masyarakat Sarawak kepada Pelajar UPSI."},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 17 Oktober 2025 \u2013<\/strong> Kelab Jaringan Anak Sarawak (JASA) telah berjaya memperkenalkan keunikan adat resam dan makanan tradisional masyarakat Sarawak menerusi satu pameran kebudayaan yang berlangsung di Arena, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Pameran tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada warga universiti tentang kepelbagaian budaya, adat dan warisan makanan etnik di Sarawak yang kaya dengan nilai tradisi. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara pelajar yang terlibat secara aktif dalam pameran ini ialah Nur Insyirah Husna, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Kesusasteraan Bahasa Melayu Semester 1, yang juga merupakan salah seorang ahli kelab JASA.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Nur Insyirah Husna, antara makanan tradisional yang diperkenalkan kepada pengunjung ialah laksa Sarawak dan umai yang sinonim dengan masyarakat di negeri tersebut. Selain itu, beliau turut berkongsi tentang lilut, iaitu makanan tradisional masyarakat Melanau yang sering dinikmati dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau yang berbangsa Melanau menjelaskan bahawa lilut merupakan makanan yang hampir menyerupai ambuyat yang terkenal di Sabah. Namun begitu, lilut mempunyai keunikan tersendiri dari segi cara penyediaan dan adat yang perlu dipatuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurutnya, terdapat larang pantang dalam penghasilan lilut, di mana proses penyediaannya perlu dilakukan dalam keadaan senyap sebagai tanda menghormati adat turun-temurun masyarakat Melanau.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain makanan, pameran tersebut turut mengetengahkan adat dan perayaan tradisional masyarakat Sarawak. Nur Insyirah Husna turut berkongsi tentang Pesta Kaul, iaitu salah satu perayaan penting masyarakat Melanau yang disambut setiap tahun sebagai simbol kesyukuran serta penghormatan kepada alam.<\/p>\n\n\n\n<p>Pameran ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan berjaya meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar UPSI tentang kepelbagaian budaya serta kepentingan memelihara warisan tradisional masyarakat Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor TANJONG MALIM, 17 Oktober 2025 \u2013 Kelab Jaringan Anak Sarawak (JASA) telah berjaya memperkenalkan keunikan adat resam dan makanan tradisional masyarakat Sarawak menerusi satu pameran kebudayaan yang berlangsung di Arena, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Pameran tersebut bertujuan memberi pendedahan kepada warga universiti tentang kepelbagaian budaya, adat dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33080,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33079"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33079"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33079\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33081,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33079\/revisions\/33081"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33080"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33079"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33079"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33079"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}