{"id":33082,"date":"2026-01-05T10:14:02","date_gmt":"2026-01-05T02:14:02","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33082"},"modified":"2026-01-05T10:14:03","modified_gmt":"2026-01-05T02:14:03","slug":"booth-rumah-hijau-inisiatif-melestarikan-alam-di-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/05\/booth-rumah-hijau-inisiatif-melestarikan-alam-di-upsi\/","title":{"rendered":"BOOTH RUMAH HIJAU : INISIATIF MELESTARIKAN ALAM DI UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM &#8211;<\/strong> Booth Rumah Hijau berjaya menarik perhatian ramai pengunjung sempena penganjuran Karnival Badan Pelajar yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran booth tersebut menjadi antara tarikan utama karnival apabila pengunjung berpeluang memperoleh pelbagai informasi berkaitan alam sekitar di dalam dan luar negara melalui pendekatan interaktif seperti permainan, sesi kuiz serta pameran bahan pendidikan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Rumah Hijau merupakan sebuah kempen kecil di bawah inisiatif \u201cEco Campus 360\u00b0\u201d yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) serta Pusat Pendidikan Hijau UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memupuk semangat cinta akan alam sekitar dalam kalangan warga kampus, khususnya pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pendekatan santai dan berinformasi, booth ini dilihat mampu menarik minat pelajar untuk lebih memahami kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kehidupan seharian.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Timbalan Pengarah Program Rumah Hijau, Nurul Syamirah, yang juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Sosial semester 5, sambutan yang diterima daripada para pengunjung amat menggalakkan. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau memaklumkan bahawa kebanyakan pengunjung memberikan maklum balas positif terhadap pengisian yang disediakan serta menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti alam sekitar yang bakal dijalankan. <\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan permainan dan kuiz sangat membantu dalam menarik perhatian pelajar, terutamanya golongan muda yang lebih cenderung kepada pembelajaran secara interaktif,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan utama penglibatan booth Rumah Hijau dalam Karnival Badan Pelajar adalah untuk menarik minat pelajar menyertai aktiviti penanaman tanaman yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa terdekat sebelum memasuki tahun 2026. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti tersebut bukan sahaja bertujuan menghijaukan kawasan kampus, malah dapat memupuk rasa tanggungjawab dan kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar melalui penglibatan secara langsung. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Nurul Syamirah, penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti sebegini mampu memberi pendedahan praktikal selain perkongsian maklumat sepanjang program dijalankan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, booth Rumah Hijau turut mempamerkan baja organik yang dihasilkan menerusi kempen kecil \u201cCompost-It\u201d. <\/p>\n\n\n\n<p>Pameran tersebut bertujuan menunjukkan kepada pelajar bahawa sisa makanan boleh diuruskan dengan lebih sistematik dan mesra alam, seterusnya dimanfaatkan semula sebagai baja untuk tanaman. Inisiatif ini dilihat sebagai langkah kecil tetapi berimpak besar dalam mengurangkan sisa serta menyokong amalan lestari di kampus.<\/p>\n\n\n\n<p>Booth ini juga berkongsi maklumat berkaitan isu alam sekitar dan bencana alam yang berlaku di seluruh dunia, termasuk di negara seperti Brazil dan Indonesia. <\/p>\n\n\n\n<p>Maklumat yang dikongsikan merangkumi punca bencana, kesan terhadap alam sekitar serta langkah pencegahan yang boleh diambil. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, pengunjung turut didedahkan kepada akibat buruk yang bakal berlaku sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara cabaran utama yang diketengahkan oleh pihak penganjur ialah tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, sekali gus menekankan keperluan usaha berterusan dalam mendidik generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun, harapan beliau untuk memupuk dan menarik minat warga UPSI dalam menjaga alam sekitar masih akan diteruskan. Diharap aktiviti mahupun program seperti Rumah Hijau dapat dijalankan oleh badan pelajar yang lain di UPSI<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor dan Dr Ahmad Sauffiyan Abu Hasan TANJONG MALIM &#8211; Booth Rumah Hijau berjaya menarik perhatian ramai pengunjung sempena penganjuran Karnival Badan Pelajar yang berlangsung di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam. Kehadiran booth tersebut menjadi antara tarikan utama karnival apabila pengunjung berpeluang memperoleh pelbagai informasi berkaitan alam sekitar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33083,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33082"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33082"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33082\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33084,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33082\/revisions\/33084"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33083"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33082"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33082"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33082"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}