{"id":33085,"date":"2026-01-05T10:16:12","date_gmt":"2026-01-05T02:16:12","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33085"},"modified":"2026-01-05T10:16:13","modified_gmt":"2026-01-05T02:16:13","slug":"pelajar-cipta-prototaip-agroponik-lestarikan-alam-dan-datangkan-pendapatan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/05\/pelajar-cipta-prototaip-agroponik-lestarikan-alam-dan-datangkan-pendapatan\/","title":{"rendered":"Pelajar Cipta Prototaip Agroponik Lestarikan Alam Dan Datangkan Pendapatan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 17 Oktober 2025 \u2013<\/strong> Satu pameran prototaip agroponik telah berjaya dianjurkan di Arena, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menampilkan inovasi lestari hasil ciptaan pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Muhd Isyraf Firdaus.<\/p>\n\n\n\n<p>Pameran yang bertemakan Pameran Prototaip Agroponik itu bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian moden yang mesra alam serta berpotensi menjana pendapatan kepada masyarakat. Antara tarikan utama pameran tersebut ialah prototaip agroponik ciptaan Muhd<\/p>\n\n\n\n<p>Isyraf Firdaus yang menggunakan najis haiwan akuatik sebagai sumber nutrien untuk membantu pertumbuhan tumbuhan air.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, prototaip tersebut berfungsi dengan memanfaatkan sisa najis ikan akuatik seperti ikan puyu yang diternak di dalam sistem tertutup. <\/p>\n\n\n\n<p>Najis haiwan akuatik ini akan membekalkan nutrien semula jadi kepada tumbuhan air, sekali gus menyokong keseimbangan sistem alam semula jadi tanpa penggunaan baja kimia.<\/p>\n\n\n\n<p>Menariknya, prototaip ini dihasilkan menggunakan bahan terpakai dan semula jadi seperti tong cat terpakai serta batu kerikil, sekali gus menggalakkan amalan kitar semula dan pengurangan kos. Kos keseluruhan pembuatan prototaip ini hanyalah sekitar RM150.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah Muhd Isyraf, prototaip ini pernah dipamerkan di Kolej Matrikulasi pada 12 Disember 2025 dan menerima maklum balas yang positif daripada pengunjung serta tenaga pengajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Pameran ini membuktikan bahawa inovasi pelajar mampu menyumbang kepada pembangunan pertanian lestari dan membuka peluang keusahawanan hijau pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Dini Adha Abd Shukor TANJONG MALIM, 17 Oktober 2025 \u2013 Satu pameran prototaip agroponik telah berjaya dianjurkan di Arena, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan menampilkan inovasi lestari hasil ciptaan pelajar Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Muhd Isyraf Firdaus. Pameran yang bertemakan Pameran Prototaip Agroponik itu bertujuan memperkenalkan teknologi pertanian moden yang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33086,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33085"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33085"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33085\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33087,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33085\/revisions\/33087"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33086"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33085"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33085"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33085"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}