{"id":33209,"date":"2026-01-06T11:02:18","date_gmt":"2026-01-06T03:02:18","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33209"},"modified":"2026-01-06T11:02:20","modified_gmt":"2026-01-06T03:02:20","slug":"filem-pendek-dramatis-hasil-pelajar-memikat-hati-juri-dan-penonton","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/06\/filem-pendek-dramatis-hasil-pelajar-memikat-hati-juri-dan-penonton\/","title":{"rendered":"FILEM PENDEK DRAMATIS HASIL PELAJAR MEMIKAT HATI JURI DAN PENONTON"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh: Aidiel Haqimi Haiqqal &amp; Ahmad Sauffiyan Abu Hasan<\/p>\n\n\n\n<p>DAMANSARA- Filem pendek hasil karya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menyentuh hati juri dan penonton apabila memenangi tempat kedua di acara Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang bertempat di Hotel Royal Chulan, Damansara pada 3 Disember 2024.<\/p>\n\n\n\n<p>Filem pendek yang bertajuk \u201cJiran\u201d mengisahkan tentang seorang remaja lelaki yang baru kehilangan ibunya dan dijaga oleh jirannya yang merupakan seorang wanita berusia yang berkaum Cina. Filem pendek hasil Kener Production yang dibarisi sepenuhnya oleh mahasiswa\/i Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Sosial) dengan Kepujian di bawah Fakulti Bahasa &amp; Komunikasi (FBK) ini berjaya merangkul naib johan dan membawa pulang hadiah yang berjumlah RM10,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Aidiel Haqimi Haiqqal, seorang mahasiswa UPSI yang memainkan watak utama di dalam filem pendek tersebut mengakui bahawa terdapat banyak cabaran ketika membawakan watak tersebut ke layar kaca. Menurutnya, antara cabaran yang perlu ditempuhi termasuklah memahami emosi dan perspektif seorang remaja yang baru sahaja kehilangan sosok ibu dan perlu menerima kehadiran sosok penjaga baharu yang berlainan dari segi kaum dan ajaran agama. Menurutnya lagi, mengatur jadual pembelajaran disamping mengimbangi jadual penggambaran juga menjadi salah satu cabaran besar yang perlu ditempuhi.<\/p>\n\n\n\n<p>Di dalam acara yang sama, sebuah lagi filem pendek yang bertajuk \u201cGagang\u201d yang juga merupakan hasil karya mahasiswa\/i Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) juga berjaya memperoleh tempat ketiga dan membawa pulang hadiah yang berjumlah RM5,000.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, acara Video Pendek Kefahaman Islam ini berjaya meningkatkan kesedaran umum dalam kepentingan memahami gaya hidup warga yang beragama Muslim disamping mengasah bakat anak muda dalam menghasilkan sebuah filem pendek.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Aidiel Haqimi Haiqqal &amp; Ahmad Sauffiyan Abu Hasan DAMANSARA- Filem pendek hasil karya pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya menyentuh hati juri dan penonton apabila memenangi tempat kedua di acara Video Pendek Kefahaman Islam (VIPKI) anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang bertempat di Hotel Royal Chulan, Damansara pada 3 Disember 2024. Filem [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33210,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33209"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33209"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33209\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33211,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33209\/revisions\/33211"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33210"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33209"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33209"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33209"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}