{"id":33212,"date":"2026-01-06T11:06:35","date_gmt":"2026-01-06T03:06:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33212"},"modified":"2026-01-06T11:06:44","modified_gmt":"2026-01-06T03:06:44","slug":"ujibakat-jkom-upsi-cungkil-bakat-pelajar","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/06\/ujibakat-jkom-upsi-cungkil-bakat-pelajar\/","title":{"rendered":"Ujibakat JKOM UPSI Cungkil Bakat Pelajar\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh: Muhammad Firdaus Adenan &amp; Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, 18\/12\/2025, 15:35 MYT\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Jabatan Komunikasi dan Media (JKOM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim telah menganjurkan Ujibakat Studio JKOM yang berlangsung di Sonique Studio dengan tujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang komunikasi, penyiaran dan produksi media pada 17 Disember 2025.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ujibakat ini menawarkan beberapa jawatan merangkumi kru Sonique, wartawan dan penulis berita bagi FBK Daily News, DJ radio untuk TM Face Live, serta audioman bagi Soundscape. Ujibakat ini dibuka kepada pelajar yang berminat untuk terlibat secara aktif dalam pengendalian studio dan platform media di bawah JKOM.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pihak penganjur, seramai lebih kurang 40 orang pelajar hadir menyertai sesi ujibakat tersebut. Kriteria utama pemilihan calon adalah minat yang mendalam serta komitmen tinggi terhadap bidang komunikasi dan media, tanpa menekankan pengalaman terdahulu sebagai syarat utama.<\/p>\n\n\n\n<p>Penilai ujibakat, Encik Gregory Shane Bong, menyatakan bahawa kehadiran pelajar kali ini menunjukkan potensi yang memberangsangkan walaupun jumlah penyertaan masih boleh dipertingkatkan. \u201cSecara keseluruhan, saya berasa gembira dengan kehadiran pelajar kerana mereka yang hadir benar-benar mempunyai bakat dan tahu apa yang mereka mahu,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Namun begitu, beliau turut memaklumkan bahawa penyertaan pelajar semester satu adalah agak rendah. Daripada kira-kira 200 orang pelajar semester satu, kurang daripada 40 orang hadir ke sesi ujibakat. Antara faktor yang dikenal pasti termasuk penyampaian maklumat yang lewat, terdapat pelajar yang tidak mengetahui penganjuran ujibakat, serta kurang pendedahan mengenai fungsi dan peranan studio-studio di bawah JKOM.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHebahan sebenarnya telah dibuat lebih awal, tetapi mesej mungkin lambat sampai kepada sebahagian pelajar. Ada juga pelajar yang kurang pendedahan tentang studio-studio ini, menyebabkan mereka tidak tahu peluang yang ditawarkan,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, terdapat kemungkinan sebahagian pelajar tidak berminat, kurang keyakinan diri atau terlalu sibuk dengan komitmen akademik dan peribadi. Kehadiran pensyarah yang terhad sepanjang sesi ujibakat turut dikenal pasti sebagai antara faktor yang mempengaruhi penyertaan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Walaupun berdepan beberapa kekangan, pihak JKOM tetap optimis terhadap penganjuran ujibakat ini. Menurut Encik Gregory, program seumpama ini wajar diteruskan dan diperkasakan dari segi promosi agar lebih ramai pelajar berani tampil ke hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPotensi pelajar sebenarnya sangat besar. Saya yakin, dengan pendedahan dan promosi yang lebih meluas, penyertaan pada masa akan datang akan menjadi lebih memberangsangkan,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Ujibakat Studio JKOM ini diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan graduan komunikasi yang bukan sahaja berpengetahuan, malah berkemahiran dan bersedia menghadapi dunia industri media sebenar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Muhammad Firdaus Adenan &amp; Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan, 18\/12\/2025, 15:35 MYT\u00a0 Jabatan Komunikasi dan Media (JKOM), Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim telah menganjurkan Ujibakat Studio JKOM yang berlangsung di Sonique Studio dengan tujuan mencungkil bakat pelajar dalam bidang komunikasi, penyiaran dan produksi media pada 17 Disember 2025. [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33212"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33212"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33212\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33213,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33212\/revisions\/33213"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33212"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33212"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33212"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}