{"id":33294,"date":"2026-01-06T15:15:40","date_gmt":"2026-01-06T07:15:40","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33294"},"modified":"2026-01-06T15:15:42","modified_gmt":"2026-01-06T07:15:42","slug":"ecocampus360-inisiatif-tapau-makanan-perkukuh-kesedaran-kebajikan-dan-kelestarian-kampus","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/06\/ecocampus360-inisiatif-tapau-makanan-perkukuh-kesedaran-kebajikan-dan-kelestarian-kampus\/","title":{"rendered":"ECOCAMPUS360: Inisiatif Tapau Makanan Perkukuh Kesedaran Kebajikan dan Kelestarian Kampus"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Syazwani Shuhaili &amp; Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan<\/p>\n\n\n\n<p>Amalan tapau makanan sering dianggap sebagai kebiasaan harian dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar universiti. Namun, di sebalik amalan tersebut, wujud potensi besar untuk dimanfaatkan sebagai medium kebajikan dan kesedaran sosial. Inisiatif berkonsepkan tapau makanan yang dilaksanakan menerusi program anjuran pelajar tahun akhir komunikasi sosial (UPSI).EcoCampus360 membuktikan bahawa tindakan kecil mampu memberi impak yang signifikan kepada komuniti kampus dan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini telah dijayakan dengan kerjasama beberapa badan pelajar serta Dapur Kasih Bitara, melibatkan penyertaan lebih 850 orang pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Melalui inisiatif ini, pelajar digalakkan untuk \u201ctapau\u201d makanan yang disediakan dengan membawa bekas makanan yang dibawa pelajar sendiri. Makanan ini seterusnya diagihkan kepada mahasiswa dan mahasiswi khususnya di sekitar kawasan masjid Al-mursyidin. Pendekatan ini bukan sahaja mengurangkan pembaziran plastik makanan, malah memperkukuh nilai keprihatinan dan semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut pihak penganjur, objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang isu pembaziran dan pembuangan plastik yang semakin membimbangkan di dalam kampus, di samping mendidik pelajar mengenai tanggungjawab sosial serta kepentingan kelestarian alam sekitar. Amalan tapau yang sebelum ini dilihat sebagai pilihan individu kini diberi makna baharu sebagai satu bentuk tindakan beretika dan bertanggungjawab terhadap mahasiswa dan alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan seramai lebih 40 orang tenaga pengajar serta wakil badan pelajar secara langsung dalam program ini turut memperlihatkan komitmen warga kampus dalam menjayakan agenda kelestarian. Selain membantu dalam penyediaan dan pengagihan makanan, mereka juga berperanan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kesan negatif penggunaan plastik berlebihan terhadap alam sekitar, ekonomi dan kesejahteraan sosial. Pendekatan pendidikan secara praktikal ini menjadikan mesej yang disampaikan lebih mudah difahami dan dihayati oleh para pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Hasil pelaksanaan program yang terancang dan sistematik, hampir 950 pek tapau makanan berjaya diagihkan kepada mahasiswa dan mahasiswi. Kejayaan ini secara tidak langsung membuktikan bahawa inisiatif berasaskan kesedaran mampu mendorong perubahan tingkah laku dalam kalangan pelajar, khususnya dalam menghargai alam sekitar dan mengamalkan gaya hidup yang lebih baik.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, budaya tapau makanan yang diaplikasikan secara positif berpotensi menjadi platform pendidikan tidak formal dalam membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap nilai kemanusiaan, keprihatinan sosial dan kelestarian alam sekitar. Usaha seperti ini wajar diteruskan dan diperluaskan agar institusi pendidikan bukan sahaja melahirkan graduan berilmu, malah individu yang bertanggungjawab, beretika dan prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat serta alam sekitar secara menyeluruh.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Syazwani Shuhaili &amp; Dr. Ahmad Sauffiyan Abu Hasan Amalan tapau makanan sering dianggap sebagai kebiasaan harian dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar universiti. Namun, di sebalik amalan tersebut, wujud potensi besar untuk dimanfaatkan sebagai medium kebajikan dan kesedaran sosial. Inisiatif berkonsepkan tapau makanan yang dilaksanakan menerusi program anjuran pelajar tahun akhir komunikasi sosial (UPSI).EcoCampus360 membuktikan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":0,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33294"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33294"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33294\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33295,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33294\/revisions\/33295"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33294"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33294"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33294"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}