{"id":33383,"date":"2026-01-07T14:45:36","date_gmt":"2026-01-07T06:45:36","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33383"},"modified":"2026-01-07T14:45:38","modified_gmt":"2026-01-07T06:45:38","slug":"pasar-gadis-kuo-pesona-kreativiti-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/07\/pasar-gadis-kuo-pesona-kreativiti-mahasiswa\/","title":{"rendered":"Pasar Gadis KUO: Pesona Kreativiti Mahasiswa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nurin Izzati<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 30 Disember 2025 \u2013 Keusahawanan dalam kalangan mahasiswa bukan lagi sekadar idea di dalam bilik kuliah, sebaliknya diterjemahkan melalui pengalaman sebenar yang mencabar dan bermakna. Hal ini dapat dilihat menerusi penganjuran Program Pasar Gadis oleh\u00a0 Exco Niaga dan Usahawan Muda, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 2025\/2026 di Dewan Kolej Ungku Omar, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini merupakan sebuah inisiatif yang memberi pendedahan secara langsung kepada mahasiswa terhadap dunia keusahawanan. Program ini turut melibatkan penyertaan pelajar UPSI, usahawan muda serta vendor setempat, di samping menarik kehadiran lebih 2,000 orang pengunjung sepanjang penganjurannya.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33384\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-4--600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Sebanyak 29 tapak gerai jualan telah dibuka yang menawarkan pelbagai jenis produk merangkumi makanan, minuman, pakaian, aksesori dan hasil kreatif mahasiswa. Penganjuran ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk menjana pendapatan sampingan, malah menjadi platform pembelajaran praktikal dalam mengurus perniagaan sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Keistimewaan program ini turut terserlah melalui penekanan terhadap kelestarian alam sekitar menerusi pelaksanaan kempen bebas plastik. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengunjung agar lebih bertanggungjawab terhadap penggunaan bahan mesra alam, selari dengan usaha membentuk komuniti kampus yang peka terhadap isu alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti Pertandingan Nyanyian, Pertandingan Booth Tercantik serta sesi karaoke <em>open mic<\/em> yang berjaya menceriakan suasana dan menggalakkan penglibatan aktif pengunjung. Aktiviti-aktiviti ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembentukan keyakinan diri dan kemahiran komunikasi dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33385\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-1536x1152.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-2048x1536.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-3-1-600x450.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>\u201cProgram ini dianjurkan dengan objektif untuk meningkatkan pengetahuan, dan kemahiran dalam perniagaan bagi memupuk semangat kesatuan antara penghuni kolej seterusnya Universiti. Saya amat berharap agar semua peserta dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang disediakan melalui pengisian program yang telah dirancang\u201d kata Anis Ellyana binti Junaidi, selaku pengarah program Pasar Gadis.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPenganjuran program seumpama ini amat signifikan kerana bukan sahaja memberikan pendedahan dan pengetahuan baharu, malah berupaya membentuk sahsiah serta meningkatkan kemahiran para peserta. Saya berharap program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua yang terlibat dan menjadi platform yang berkesan dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan,\u201d ujar Puan Siti Norhuda binti Md Ali, selaku felo penasihat, dalam ucapan perasmian beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"768\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--768x1024.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33386\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--768x1024.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--225x300.jpg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--1152x1536.jpg 1152w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--1536x2048.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--600x800.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/GAMBAR-1--scaled.jpg 1920w\" sizes=\"(max-width: 768px) 100vw, 768px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Dengan berakhirnya Program Pasar Gadis, diharapkan agar penganjuran seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium untuk melahirkan mahasiswa yang kreatif, berdaya saing dan berjiwa usahawan. Program ini bukan sahaja mengukuhkan budaya keusahawanan di kampus, malah memperkukuh peranan kolej kediaman sebagai ruang pembangunan holistik mahasiswa, selari dengan aspirasi Universiti Pendidikan Sultan Idris.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurin Izzati Tanjong Malim, 30 Disember 2025 \u2013 Keusahawanan dalam kalangan mahasiswa bukan lagi sekadar idea di dalam bilik kuliah, sebaliknya diterjemahkan melalui pengalaman sebenar yang mencabar dan bermakna. Hal ini dapat dilihat menerusi penganjuran Program Pasar Gadis oleh\u00a0 Exco Niaga dan Usahawan Muda, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 2025\/2026 di Dewan Kolej [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":4,"featured_media":33384,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[49,71,29,207,95],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33383"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/4"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33383"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33383\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33387,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33383\/revisions\/33387"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33384"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33383"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33383"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33383"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}