{"id":33509,"date":"2026-01-12T16:55:42","date_gmt":"2026-01-12T08:55:42","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33509"},"modified":"2026-01-12T16:55:43","modified_gmt":"2026-01-12T08:55:43","slug":"mentor-mentee-moral-link-up-menyulam-jalinan-ilmu-membina-keyakinan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/12\/mentor-mentee-moral-link-up-menyulam-jalinan-ilmu-membina-keyakinan\/","title":{"rendered":"Mentor-Mentee: Moral Link-Up Menyulam Jalinan Ilmu, Membina Keyakinan"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nurul Nadia Ibrahim &amp; Martina Anak Rikup<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 27 Disember 2025<\/strong> \u2013 Program Mentor Mentee: Moral Link-Up anjuran Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) Sidang 2025\/2026, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kuliah C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Program ini melibatkan seramai 142 orang mahasiswa Pendidikan Moral yang terdiri daripada pelajar Semester 1 dan Semester 5.<\/p>\n\n\n\n<p>Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan sesi pendaftaran peserta serta ketibaan tetamu jemputan. Majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, lagu Ibu Kandung Suluh Budiman dan Lagu Rasmi PERMOR, diikuti dengan bacaan doa. Program ini telah diterajui oleh Pengarah Program, Martina Anak Rikup. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Pendidikan Moral Sidang 2025\/2026, Cik Lailatun Najwa Hurubalang.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mahasiswa terhadap matlamat sebenar subjek Pendidikan Moral dalam konteks pembentukan masyarakat dan negara, di samping membetulkan persepsi bahawa bidang ini merupakan subjek yang mudah. Program ini turut menekankan penerapan nilai verifikasi serta pembinaan keyakinan diri dalam kalangan pelajar Semester 1 agar mereka dapat membentuk sikap positif, tekun dan berdaya tahan sepanjang tempoh pengajian dengan bimbingan mentor masing-masing. Di samping itu, program ini berperanan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa Pendidikan Moral dan para penasihat akademik.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"577\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture3-4-1024x577.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33510\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture3-4-1024x577.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture3-4-300x169.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture3-4-768x433.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture3-4-600x338.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture3-4.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Antara pengisian utama program ialah sesi suai kenal antara mentor dan mentee, pengumuman kumpulan rasmi pelajar Semester 1 serta pembahagian mentor mentee yang dirancang secara sistematik bagi memastikan kesinambungan hubungan bimbingan sepanjang tempoh pengajian. Slot perkongsian oleh barisan kepimpinan PERMOR turut memberi pendedahan kepada mentee mengenai hala tuju persatuan, peluang penglibatan pelajar serta kepentingan penghayatan nilai keyakinan dan verifikasi dalam menghadapi cabaran pembelajaran di peringkat universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), program ini menyokong SDG 4: Pendidikan Berkualiti melalui penyediaan ruang pembelajaran tidak formal yang inklusif dan berterusan. Program ini juga sejajar dengan SDG 17: Kerjasama Demi Matlamat melalui jalinan kerjasama erat antara pelajar junior dan senior, pensyarah serta pihak fakulti. Pendekatan mentor mentee yang dilaksanakan membuktikan bahawa pembangunan akademik yang holistik perlu disokong oleh hubungan kemanusiaan dan sokongan sosial yang kukuh.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"514\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture4-4-1024x514.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33511\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture4-4-1024x514.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture4-4-300x150.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture4-4-768x385.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture4-4-600x301.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Picture4-4.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program Mentor Mentee: Moral Link-Up bukan sekadar berfungsi sebagai platform pertemuan antara mahasiswa senior dan junior, malah menjadi medium penting dalam pembentukan sahsiah, pemantapan keyakinan diri serta pengukuhan identiti mahasiswa Pendidikan Moral di UPSI.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurul Nadia Ibrahim &amp; Martina Anak Rikup Tanjong Malim, 27 Disember 2025 \u2013 Program Mentor Mentee: Moral Link-Up anjuran Persatuan Pendidikan Moral (PERMOR) Sidang 2025\/2026, Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berjaya dilaksanakan di Dewan Kuliah C, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, UPSI. Program ini melibatkan seramai 142 orang mahasiswa [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":7,"featured_media":33512,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,258],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33509"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33509"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33509\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33513,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33509\/revisions\/33513"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33512"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33509"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33509"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33509"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}