{"id":33530,"date":"2026-01-13T09:10:54","date_gmt":"2026-01-13T01:10:54","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33530"},"modified":"2026-01-13T09:10:56","modified_gmt":"2026-01-13T01:10:56","slug":"program-eco-byte-tingkat-kesedaran-e-waste-dalam-kalangan-pelajar-vokasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/13\/program-eco-byte-tingkat-kesedaran-e-waste-dalam-kalangan-pelajar-vokasional\/","title":{"rendered":"Program ECO BYTE Tingkat Kesedaran E-Waste Dalam Kalangan Pelajar Vokasional"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Melaka Tengah, 16 Disember 2025 \u2013<\/strong> Program CoM@SPro\u201926: ECO BYTE \u2013 E-Waste Awareness &amp; Computer Maintenance telah berjaya dilaksanakan di Kolej Vokasional Melaka Tengah di bawah inisiatif Service Learning Malaysia \u2013 University for Society (SULAM). <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dianjurkan oleh pelajar Fakulti Komputer dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan penglibatan seramai 15 orang pelajar sebagai fasilitator dan 30 orang pelajar kolej vokasional sebagai peserta. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program ini mempunyai beberapa objektif utama, antaranya untuk memenuhi keperluan Course Learning Outcome (CLO3) kursus DTN3013 dengan memastikan pelajar mampu mengurus, menyelenggara dan mengendalikan sistem komputer secara praktikal. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"981\" height=\"529\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-19.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33532\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-19.png 981w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-19-300x162.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-19-768x414.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-19-600x324.png 600w\" sizes=\"(max-width: 981px) 100vw, 981px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"510\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33533\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-13.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-13-300x157.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-13-768x401.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-13-600x313.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran peserta terhadap kepentingan pengurusan e-waste yang sistematik serta memperkasakan komuniti dengan kemahiran asas penyelenggaraan komputer bagi menyokong penggunaan teknologi yang lebih lestari.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada pelajar kursus DTN3013 mengaplikasikan pengetahuan teori berkaitan sistem komputer dan penyelenggaraan peranti dalam situasi sebenar melalui pendekatan pembelajaran berasaskan komuniti. <\/p>\n\n\n\n<p>Peningkatan isu sisa elektronik (e-waste) serta tahap kesedaran masyarakat yang masih rendah terhadap pengurusan e-waste dan penyelenggaraan komputer menjadi antara faktor utama pelaksanaan program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Justeru, ECO BYTE diwujudkan bagi mendidik komuniti tentang pengurusan e-waste yang bertanggungjawab serta menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 12): Responsible Consumption and Production. <\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program, peserta mengikuti beberapa modul pembelajaran yang dirangka secara sistematik merangkumi pendedahan teori, aktiviti interaktif dan sesi amali. <\/p>\n\n\n\n<p>Modul Kesedaran E-Waste memberi fokus kepada maksud, jenis dan kesan e-waste terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia, di samping menekankan amalan pelupusan, penggunaan semula dan kitar semula peranti elektronik secara bertanggungjawab. <\/p>\n\n\n\n<p>Modul ini turut menggalakkan sikap prihatin terhadap kelestarian alam sekitar dalam penggunaan teknologi harian.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, Modul Asas Penyelenggaraan Komputer memperkenalkan peserta kepada komponen dalaman komputer seperti RAM, satah cable, serta peranti input dan output. <\/p>\n\n\n\n<p>Peserta turut didedahkan kepada langkah penjagaan dan penyelenggaraan komputer bagi memastikan peranti dapat digunakan dengan lebih selamat dan tahan lama. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut melaksanakan Modul Pemasangan Perkakasan Komputer secara amali, di mana peserta berpeluang\u00a0 menyambung kabel secara langsung di bawah bimbingan fasilitator. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi menambah elemen interaktif, program ini turut diserikan dengan aktiviti Explorace, yang menguji pengetahuan, kerjasama pasukan dan kemahiran teknikal peserta. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Pantun Challenge &amp; Cup Tower, Find the Wire, Labelling Game dan Colour Tap Game. <\/p>\n\n\n\n<p>Setiap aktiviti dilaksanakan melalui beberapa checkpoint dengan pemarkahan berdasarkan ketepatan tugasan, masa dan penglibatan ahli kumpulan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"960\" height=\"539\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33534\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-7.png 960w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-7-300x168.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-7-768x431.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-7-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 960px) 100vw, 960px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"556\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-7.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33535\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-7.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-7-300x171.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-7-768x437.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-7-600x341.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, pelaksanaan Program CoM@SPro\u201926: ECO BYTE telah mencapai objektif yang ditetapkan dengan jayanya. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan kesedaran peserta terhadap isu e-waste dan kepentingan pengurusan sisa elektronik secara lestari, malah turut memperkasakan kemahiran asas penyelenggaraan komputer dalam kalangan pelajar vokasional. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada masa yang sama, program ini memberi impak positif kepada pelajar UPSI sebagai fasilitator melalui peningkatan kemahiran teknikal, komunikasi dan kepimpinan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan ECO BYTE juga berjaya mengukuhkan hubungan antara universiti dan komuniti serta menyumbang ke arah pembentukan masyarakat yang lebih celik teknologi dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Melaka Tengah, 16 Disember 2025 \u2013 Program CoM@SPro\u201926: ECO BYTE \u2013 E-Waste Awareness &amp; Computer Maintenance telah berjaya dilaksanakan di Kolej Vokasional Melaka Tengah di bawah inisiatif Service Learning Malaysia \u2013 University for Society (SULAM). Program ini dianjurkan oleh pelajar Fakulti Komputer dan Meta-Teknologi (FKMT), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan penglibatan seramai 15 orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33531,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33530"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33530"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33530\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33536,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33530\/revisions\/33536"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33531"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33530"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33530"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33530"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}