{"id":33585,"date":"2026-01-13T15:18:06","date_gmt":"2026-01-13T07:18:06","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33585"},"modified":"2026-01-13T15:18:14","modified_gmt":"2026-01-13T07:18:14","slug":"jejak-kelumpang-bunga-warisan-perak-memartabatkan-kelumpang-menyemarakkan-warisan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/13\/jejak-kelumpang-bunga-warisan-perak-memartabatkan-kelumpang-menyemarakkan-warisan\/","title":{"rendered":"JEJAK KELUMPANG BUNGA WARISAN PERAK : MEMARTABATKAN KELUMPANG, MENYEMARAKKAN WARISAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Zidaniel Iman Salahuddin dan Zahid Mat Said<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kuala Kangsar, 8 Disember 2025 &#8211; \u00a0<\/strong>Program Jejak Kelumpang Bunga Warisan Perak merupakan satu inisiatif kolaboratif antara Persatuan Konservasi Samudera 9 (Ocean 9) dan Pusat Biodiversiti dan Konservasi (CeBEC), Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). <\/p>\n\n\n\n<p>Dengan slogan \u201cMemartabatkan Kelumpang, Menyemarakkan Warisan,\u201d program ini telah diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai khazanah biodiversiti negeri Perak khususnya spesies pokok kelumpang jari (Sterculia foetida) dan kelumpang burung (Sterculia parviflora).<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/1-32.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33587\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/1-32.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/1-32-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-24.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33588\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-24.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/2-24-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-15.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33589\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-15.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/3-15-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pokok kelumpang bukan sahaja mempunyai nilai yang tinggi dari sudut ekologi, malah turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi komuniti setempat. <\/p>\n\n\n\n<p>Keistimewaan pokok ini khususnya bunga kelumpang jari dan kelumpang burung, terletak pada kaitannya dengan seni dan warisan budaya Kesultanan Perak sekali gus menjadikannya simbol identiti tempatan yang signifikan dan wajar dipelihara.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pelaksanaan program ini, masyarakat khususnya golongan generasi muda didedahkan kepada keunikan dan kepentingan pokok kelumpang agar warisan ini terus dipertahankan secara turun-temurun sebagai sebahagian daripada khazanah Negeri Perak. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-9.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33590\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-9.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/4-9-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-8.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33591\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-8.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/5-8-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\"><\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Seiring dengan itu, usaha meningkatkan kesedaran dan pendidikan masyarakat telah digerakkan melalui dua komponen utama. <\/p>\n\n\n\n<p>Komponen pertama ialah Kempen Kesedaran Bunga Kelumpang sebagai Bunga Warisan Negeri Perak yang bertempat di empat buah sekolah di sekitar Kuala Kangsar iaitu SK Sayong, SMK Bukit Merchu, SK Raja Perempuan dan Madrasah Idrisiah. <\/p>\n\n\n\n<p>Komponen kedua ialah Pameran Kesedaran Bunga Kelumpang sebagai Bunga Warisan Negeri Perak yang bertempat di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi komponen pertama, program ini dijalankan selama dua hari dan melibatkan seramai 600 orang pelajar daripada empat buah sekolah tersebut. <\/p>\n\n\n\n<p>Pelbagai aktiviti telah dirancang bagi mencapai objektif khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. Setiap sekolah yang terlibat telah menerima satu sesi pembelajaran berstruktur yang menggabungkan ceramah pengenalan, aktiviti <em>hands-on<\/em> dan tugasan kreatif. <\/p>\n\n\n\n<p>Ceramah pengenalan bertujuan memberikan gambaran asas mengenai asal-usul, ciri-ciri dan hubung kaitan pokok kelumpang dengan warisan budaya Negeri Perak. <\/p>\n\n\n\n<p>Elemen ini penting bagi membina kefahaman awal sebelum pelajar didedahkan kepada aktiviti praktikal yang dirancang khusus mengikut tahap umur dan kebolehan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi pelajar sekolah menengah, aktiviti yang dijalankan lebih menekankan penyelesaian masalah, komunikasi dan kerjasama berpasukan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui aktiviti eksplorasi berstesen dan cabaran kreatif, pelajar digalakkan untuk meneroka maklumat berkaitan kelumpang secara aktif.<\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini secara tidak langsung membantu mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap nilai warisan alam sambil menggalakkan penglibatan aktif dan rasa tanggungjawab terhadap pemeliharaannya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, bagi murid sekolah rendah, program ini dirangka dengan pendekatan yang lebih santai, menyeronokkan dan berpusatkan pembelajaran. <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti seperti nyanyian bertema, permainan peta sesat dan kraf tangan memberi ruang kepada murid untuk mengenali bunga kelumpang melalui pengalaman visual, pergerakan dan kreativiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendekatan ini penting bagi memupuk minat dan sikap menghargai warisan tempatan sejak awal usia sekali gus membentuk asas kesedaran yang berpanjangan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-3 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/7-5.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33592\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/7-5.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/7-5-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/8-4.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-33593\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/8-4.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/8-4-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program ini turut merangkumi pertandingan mewarna bunga kelumpang yang memberi ruang kepada murid menggunakan kreativiti mereka. <\/p>\n\n\n\n<p>Hasil karya terbaik akan dipamerkan di Perpustakaan Awam Kuala Kangsar bermula dari 20 Disember 2025 hingga 20 Januari 2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar hasil daripada komitmen semua pihak yang terlibat. <\/p>\n\n\n\n<p>Semoga dengan inisiatif ini, masyarakat lebih peka terhadap kepentingan bunga kelumpang sebagai warisan negeri Perak dan seterusnya memastikan kelestarian dan kesinambungan nilai budaya ini untuk diwarisi pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Zidaniel Iman Salahuddin dan Zahid Mat Said Kuala Kangsar, 8 Disember 2025 &#8211; \u00a0Program Jejak Kelumpang Bunga Warisan Perak merupakan satu inisiatif kolaboratif antara Persatuan Konservasi Samudera 9 (Ocean 9) dan Pusat Biodiversiti dan Konservasi (CeBEC), Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dengan slogan \u201cMemartabatkan Kelumpang, Menyemarakkan Warisan,\u201d program [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33586,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121,1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33585"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33585"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33585\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33594,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33585\/revisions\/33594"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33586"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33585"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33585"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33585"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}