{"id":33675,"date":"2026-01-15T15:36:00","date_gmt":"2026-01-15T07:36:00","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=33675"},"modified":"2026-01-15T15:36:07","modified_gmt":"2026-01-15T07:36:07","slug":"upsi-al-iraqia-university-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-akademik-dan-penyelidikan-antarabangsa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/15\/upsi-al-iraqia-university-meterai-mou-perkukuh-kerjasama-akademik-dan-penyelidikan-antarabangsa\/","title":{"rendered":"UPSI, Al-Iraqia University meterai MoU, perkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan antarabangsa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM,<\/strong> <strong>15 Januari 2026 \u2014 <\/strong>Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Al-Iraqia University sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan pascasiswazah di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pemeteraian MoU tersebut khususnya melibatkan Fakulti Sains dan Matematik (FSM) dan selari dengan Pelan Strategik UPSI serta aspirasi BITARA universiti dalam memperluas penglibatan global yang memberi impak langsung kepada komuniti akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini dirangka dengan teliti bagi menyokong petunjuk prestasi utama (KPI) UPSI dalam aspek pengantarabangsaan, penghasilan penyelidikan, mobiliti staf dan pembangunan pascasiswazah,\u201d katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di bilik seminar FSM, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kerjasama tersebut membuka peluang pelaksanaan penyelidikan bersama, penerbitan bersama dalam jurnal berindeks seperti Scopus, permohonan geran penyelidikan padanan serta penyeliaan bersama pelajar pascasiswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut memaklumkan bahawa MoU itu turut menyediakan peluang mobiliti berstruktur kepada staf akademik UPSI melalui penyertaan dalam program Profesor Pelawat dan Sarjana Pelawat, yang memberi pendedahan antarabangsa, pengukuhan jaringan penyelidikan serta pengalaman pengajaran di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari perspektif pascasiswazah, kerjasama tersebut menyokong pengambilan pelajar antarabangsa ke UPSI, dengan Al-Iraqia University menunjukkan komitmen dalam memudah cara pergerakan pelajar, termasuk mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berkaitan bagi membolehkan pelajar melanjutkan pengajian pascasiswazah di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama ini membuka ruang kepada pertukaran pelajar dan staf, penganjuran persidangan bersama, seminar serta program pemindahan ilmu yang menyumbang kepada penjanaan pendapatan, penjenamaan akademik dan penglibatan antarabangsa yang mampan untuk UPSI,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33677\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-2-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dr. Md Amin (kiri) bersama Dr. Khamis (kanan) ketika menandatangani dokumen MoU pada majlis yang berlangsung di bilik seminar FSM, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33678\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara UPSI dengan Al-Iraqia University di bilik seminar FSM, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-33679\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Photo-4-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dr. Khamis ketika berucap pada Majlis Menandatangani MoU antara UPSI dengan Al-Iraqia University di bilik seminar FSM, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor Al-Iraqia University, Prof. Dr. Khamis Awad Zidan merakamkan penghargaan kepada UPSI atas usaha berterusan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut, sambil menyifatkan penganjuran bengkel bersama sebelum ini sebagai bukti jelas keberkesanan kerjasama praktikal antara kedua-dua universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKejayaan bengkel bersama itu mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan akademik dan menjadi asas kukuh kepada kerjasama yang lebih meluas.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kedua-dua universiti juga komited untuk melaksanakan kerjasama berasaskan keperluan sebenar melalui penubuhan jawatankuasa penyelarasan bersama, dialog berterusan serta lawatan akademik secara berkala.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, beliau mengesahkan komitmen penuh Al-Iraqia University untuk melaksanakan MoU berkenaan dan memastikan kejayaannya demi masa depan kerjasama yang berterusan dan produktif antara kedua-dua institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMoU ini merupakan langkah strategik ke arah memperkukuh kerjasama akademik dan penyelidikan jangka panjang berasaskan kepercayaan, profesionalisme dan manfaat bersama,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Bazli Razak TANJUNG MALIM, 15 Januari 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Al-Iraqia University sebagai langkah strategik memperkukuh kerjasama akademik, penyelidikan dan pembangunan pascasiswazah di peringkat antarabangsa. Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pemeteraian MoU tersebut khususnya melibatkan Fakulti Sains dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":33676,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33675"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=33675"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33675\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":33680,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/33675\/revisions\/33680"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/33676"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=33675"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=33675"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=33675"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}