{"id":34262,"date":"2026-01-26T14:18:39","date_gmt":"2026-01-26T06:18:39","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34262"},"modified":"2026-01-26T14:18:43","modified_gmt":"2026-01-26T06:18:43","slug":"sarawak-pelopori-kursus-latihan-national-child-data-centre-certified-trainer-nct-perkukuh-perlaksanaan-sistem-ncdc-2-0-untuk-kelestarian-data","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/01\/26\/sarawak-pelopori-kursus-latihan-national-child-data-centre-certified-trainer-nct-perkukuh-perlaksanaan-sistem-ncdc-2-0-untuk-kelestarian-data\/","title":{"rendered":"Sarawak Pelopori Kursus Latihan National Child Data Centre Certified Trainer (NCT):\u00a0 Perkukuh Perlaksanaan Sistem NCDC 2.0 untuk Kelestarian Data"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Dr Harnani Mat Zin<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Kuching, 24 Januari 2026<\/strong> \u2014 Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK Sarawak) dengan kerjasama <em>National Child Development and Research Centre<\/em> (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan\u00a0 Kursus Latihan National Child Data Centre Certified Trainer (NCT)<strong> <\/strong>\u00a0yang melibatkan seramai 36 orang peserta terdiri daripada pegawai KPWK dan wakil-wakil agensi pusat asuhan dan didikan kanak-kanak (TASKA) seluruh negeri Sarawak. <\/p>\n\n\n\n<p>Antara wakil agensi yang hadir adalah terdiri daripada pegawai dan pendidik dari agensi seperti SeDidik, KEMAS, JPNIN, PERMATA, JKM, Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak (BPMIS), serta Persatuan Pengasuh Berdaftar Sarawak (PPBS). Kursus ini berlangsung selama dua hari (24 \u2013 25 Jan 2026) di Kuching, Sarawak.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memastikan pelaksanaan sistem NCDC 2.0 dilaksanakan secara seragam, selaras dengan keperluan dan piawaian pengurusan data kanak-kanak di peringkat kebangsaan. Kursus ini juga berperanan sebagai medium penyelarasan kefahaman dalam kalangan pengendali TASKA dan agensi berkaitan berkaitan penggunaan dan pengurusan sistem NCDC. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_5.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34264\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_5.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_5-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_5-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_5-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1008\" height=\"567\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_4.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34265\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_4.jpeg 1008w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_4-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_4-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/Pic_4-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1008px) 100vw, 1008px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan sistem NCDC memerlukan tahap kefahaman yang tinggi dan seragam dalam kalangan pengendali TASKA. Selain itu, kursus ini memberi penekanan kepada pendekatan bimbingan yang berstruktur dan berfasa, bagi membantu TASKA memahami serta mengaplikasikan sistem NCDC 2.0 secara berkesan, berbanding pendekatan berbentuk arahan teknikal semata-mata. Justeru, langkah strategik dalam memperkukuh perkhidmatan asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak di negeri Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah NCDRC, Profesor Madya Dr Mazlina Che Mustafa , memaklumkan bahawa kursus ini bertujuan untuk melahirkan Jurulatih Sistem NCDC 2.0 bertauliah yang berperanan sebagai penghubung utama antara NCDRC dan TASKA di peringkat negeri dan daerah.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeserta yang dilatih melalui kursus ini akan menjadi jurulatih bertauliah untuk membuat latihan berkaitan penggunaan NCDC 2.0 kepada pengguna. Selain itu, mereka juga turut menjadi rujukan utama kepada TASKA dalam pelaksanaan sistem NCDC 2.0, seterusnya membantu memperkukuh pemantauan, pengurusan serta pelaporan data kanak-kanak secara sistematik dan bersepadu,\u201d tambah beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1000\" height=\"750\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_1.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34266\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_1.jpeg 1000w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_1-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_1-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_1-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1000px) 100vw, 1000px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"750\" height=\"1000\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_2.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34267\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_2.jpeg 750w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_2-225x300.jpeg 225w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/01\/pic_2-600x800.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 750px) 100vw, 750px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, Pengarah NCDRC<strong> <\/strong>turut menyatakan bahawa kerjasama strategik bersama KPWK mencerminkan komitmen berterusan dalam menyokong agenda nasional berkaitan kebajikan, perlindungan, dan pembangunan kanak-kanak, khususnya di negeri Sarawak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cNCDRC,&nbsp; UPSI sentiasa komited untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dan agensi berkaitan dalam memastikan sistem NCDC 2.0 ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pangkalan data nasional yang menyokong perancangan, pemantauan, dan pembangunan kesejahteraan kanak-kanak,\u201d jelas beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Usaha ini juga dijangka dapat memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan negeri, institusi pendidikan, dan pengendali TASKA demi memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa menjadi keutamaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Diharapkan agar para jurulatih yang telah ditauliah melalui kursus ini akan dapat melaksanakan dan memperluaskan kursus berkaitan penggunaan sistem NCDC 2.0 pada masa akan datang, seterusnya menyokong pelaksanaan sistem ini secara menyeluruh dan berterusan, khususnya di negeri Sarawak.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Dr Harnani Mat Zin Kuching, 24 Januari 2026 \u2014 Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK Sarawak) dengan kerjasama National Child Development and Research Centre (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan\u00a0 Kursus Latihan National Child Data Centre Certified Trainer (NCT) \u00a0yang melibatkan seramai 36 orang peserta terdiri daripada pegawai KPWK [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34263,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[102],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34262"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34262"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34262\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34268,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34262\/revisions\/34268"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34263"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34262"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34262"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34262"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}