{"id":34475,"date":"2026-02-05T11:28:36","date_gmt":"2026-02-05T03:28:36","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34475"},"modified":"2026-02-05T11:28:37","modified_gmt":"2026-02-05T03:28:37","slug":"sentuhan-kasih-kab-1-0-bantu-golongan-kurang-bernasib-baik","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/05\/sentuhan-kasih-kab-1-0-bantu-golongan-kurang-bernasib-baik\/","title":{"rendered":"Sentuhan Kasih KAB 1.0 bantu golongan kurang bernasib baik"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Akmal Danish, Nadhrah Izzati, Muhammad Nurfahkru, Rabiatul Adawiyyah<\/p>\n\n\n\n<p>Jalan Silang,Kota Raya, Terminal Bus Station Plaza Seni &amp; Lorong Haji Taib \u2013 Majlis Mahasiswa\u00a0 Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2025\/2026\u00a0 dengan kerjasama Food For Gelandangan telah mengadakan satu program berbentuk\u00a0 kesukarelawan kemanusiaan atau lebih dikenali sebagai Sentuhan Kasih KAB 1.0 pada hari Jumaat\u00a0 bertarikh 23 Januari 2026. <\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan dalam aktiviti kesukarelawanan ini dalam kalangan\u00a0 Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki amat penting bagi menjadi titik tolak kepada usaha untuk\u00a0 membantu golongan kurang bernasib baik melalui pemberian sumbangan barangan keperluan\u00a0 asas. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"483\" height=\"272\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/1-6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34477\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/1-6.png 483w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/1-6-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 483px) 100vw, 483px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang\u00a0 membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan\u00a0 pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"489\" height=\"277\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-6.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34478\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-6.png 489w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-6-300x170.png 300w\" sizes=\"(max-width: 489px) 100vw, 489px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang\u00a0 membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan\u00a0 pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"489\" height=\"275\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/4-3.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34479\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/4-3.png 489w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/4-3-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 489px) 100vw, 489px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana program di Pusat Aktiviti Pelajar Kolej Aminuddin Baki sedang\u00a0 membungkus dan mengasingkan barangan keperluan asas seperti makanan, Toiletries dan\u00a0 pakaian untuk dibawa ke Kawasan Program.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Hal ini secara tidak langsung mampu meringankan beban mereka sekali gus membuka ruang\u00a0 kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat marjinal secara lebih dekat serta menjiwai nilai\u00a0 kemanusiaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 telah disertai oleh seramai 50 orang peserta yang terdiri\u00a0 daripada barisan Felo, Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki sesi 2025\/2026 dan Rakan Exco\u00a0 Kolej Aminuddin Baki sesi 2025\/2026. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, program ini turut menerima pelbagai jenis\u00a0 sumbangan sama ada berbentuk wang ringgit atau barangan daripada pelbagai pihak, termasuk\u00a0 warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan pihak luar, yang telah menyokong kelancaran\u00a0 pelaksanaan program.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"997\" height=\"560\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/5-2.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34480\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/5-2.png 997w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/5-2-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/5-2-768x431.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/5-2-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 997px) 100vw, 997px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 sedang memasukkan\u00a0 barangan- barangan keperluan asas, yang terdiri daripada makanan, barangan kebersihan diri\u00a0 dan pakaian, di dalam bas sebelum memulakan perjalanan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"464\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/9.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34482\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/9.png 464w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/9-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 464px) 100vw, 464px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 sedang menerima taklimat\u00a0 penting daripada Sir Tom dan wakil-wakil daripada Food For Gelandangan serta pembahagian\u00a0 kumpulan untuk pengagihan sumbangan barangan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"470\" height=\"312\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/8.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34483\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/8.png 470w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/8-300x199.png 300w\" sizes=\"(max-width: 470px) 100vw, 470px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 sedang menerima taklimat\u00a0 penting daripada Sir Tom dan wakil-wakil daripada Food For Gelandangan serta pembahagian\u00a0 kumpulan untuk pengagihan sumbangan barangan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pada hari Jumaat, 23 Januari 2026, pada jam 6.00 petang, ahli jawatankuasa pelaksana berkumpul\u00a0 dan menunggu ketibaan bas. <\/p>\n\n\n\n<p>Setelah bas tiba, semua barangan program dibungkus dan dimasukkan\u00a0 ke dalam bas. Seterusnya, penandaan kehadiran ahli jawatankuasa pelaksana dijalankan, diikuti\u00a0 dengan sesi taklimat ringkas sebelum perjalanan dimulakan. <\/p>\n\n\n\n<p>Perjalanan dimulakan dengan bacaan\u00a0 doa dan rombongan berhenti di R&amp;R Sungai Buloh bagi persiapan serta menunaikan solat Maghrib\u00a0 sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi program.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-3 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"481\" height=\"320\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/12.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34484\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/12.png 481w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/12-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 481px) 100vw, 481px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 bersama Food For\u00a0 Gelandangan mengagihkan barangan seperti ubat nyamuk,makanan dan barangan keperluan\u00a0 yang lain.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"974\" height=\"556\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/14.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34485\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/14.png 974w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/14-300x171.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/14-768x438.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/14-600x343.png 600w\" sizes=\"(max-width: 974px) 100vw, 974px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatankuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 bersama Food For\u00a0 Gelandangan melawat gelandangan yang ditimpa penyakit diabetes serta mendapatkan rawatan\u00a0 secara berkala oleh pihak kesihatan.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"477\" height=\"356\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/15.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34486\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/15.png 477w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/15-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 477px) 100vw, 477px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><em>Gambar jawatakuasa pelaksana Program Sentuhan Kasih KAB 1.0 bersama ahli sukarelawan\u00a0 yang lain menerima taklimat ringkas berkaitan dengan perjalanan checkpoint yang kedua serta\u00a0 cara logik menangani masalah tertentu.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selepas berhenti di R&amp;R Sungai Buloh, Ali Jawatankuasa Pelaksana bersama Felo meneruskan\u00a0 perjalanan ke lokasi program yang melibatkan kawasan sekitar Jalan Silang, Kota Raya, Terminal\u00a0 Bas dan Stesen LRT Plaza Seni. <\/p>\n\n\n\n<p>Setibanya di lokasi sekitar jam 9 :15 malam, ahli jawatankuasa\u00a0 pelaksana telah diberikan taklimat berkenaan aliran perjalanan aktiviti kesukarelawanan oleh\u00a0 pihak Food For Gelandangan yang diketuai oleh Haji Azizan, atau lebih dikenali mesra sebagai\u00a0 Sir Tom. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau membimbing peserta mengenai aliran perjalanan aktiviti kesukarelawanan\u00a0 tersebut serta menjelaskan bahawa terdapat empat checkpoint sepanjang kawasan tersebut, dengan\u00a0 checkpoint terakhir berada di Lorong Haji Taib<strong>.<\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, peserta turut didedahkan kepada beberapa etika,tatatertib dan adab tatasusila ketika\u00a0 berinteraksi dengan golongan gelandangan. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur juga menjelaskan bahawa individu di\u00a0 kawasan tersebut terdiri daripada golongan gelandangan dan bukan miskin bandar, di samping\u00a0 menerangkan perbezaan antara kedua-dua istilah tersebut agar peserta tidak tersalah memberi label\u00a0 kepada mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Kami dibahagikan kepada empat kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 9\u201310 orang peserta<strong>. <\/strong>Selain itu, terdapat juga usher dan crowd control bagi memastikan perjalanan aktiviti berjalan\u00a0 lancar. <\/p>\n\n\n\n<p>Tugas usher adalah membimbing golongan gelandangan dan miskin bandar serta bertanya keperluan mereka, manakala crowd control bertanggungjawab mengawal laluan keluar masuk\u00a0golongan gelandangan dan miskin bandar supaya perjalanan aktiviti lebih teratur dan sistematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Setiap checkpoint mempunyai pengaturan yang tersendiri. Contohnya, di Checkpoint 1 (Mydin Kota Raya<strong>)<\/strong>, terdapat 4 orang usher, 5 orang crowd control, 7 orang penyampai barangan, dan <strong>7\u00a0 <\/strong>wakil daripada Kumpulan 4 yang bertugas untuk repack barangan selepas agihan. <\/p>\n\n\n\n<p>Susunan ini\u00a0 memudahkan pelaksanaan gerak kerja dan memastikan setiap tugasan agihan barangan dijalankan\u00a0 dengan lancar.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas selesai di Checkpoint 1, kami bergerak ke checkpoint 2 untuk mendengar taklimat ringkas\u00a0 daripada seorang wakil Food For Gelandangan. Beliau menekankan kepentingan logik berfikir dalam menilai situasi di hadapan, termasuk persekitaran seperti lampu dan peralatan sekeliling.\u00a0 <\/p>\n\n\n\n<p>Taklimat ini bertujuan membuka mata peserta terhadap kepentingan menjaga hak dan kebajikan\u00a0 golongan gelandangan serta individu kurang bernasib baik, selain sebagai persediaan untuk\u00a0 menangani kes tertentu dengan cara yang betul.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, peserta turut dibimbing mengenai cara menyantuni golongan gelandangan dengan betul,&nbsp; termasuk bertanya keperluan mereka dan menilai sama ada mereka memerlukan rawatan atau&nbsp; bantuan lain.<\/p>\n\n\n\n<p>Sir Tom mengarahkan kami untuk berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan bergerak\u00a0 mengikut arah bertentangan, terdiri daripada 7 wakil JK pelaksana bersama influencer dan doktor doktor muda mengikut Sir Tom. Manakala, kumpulan kedua dipimpin oleh seorang wakil daripada\u00a0 Food For Gelandangan (FFG) melalui lintasan jalan raya, jejantas, serta kawasan gelap di sekitar\u00a0 kedai-kedai<strong>. <\/strong>Pengaturan ini bertujuan memastikan aktiviti kesukarelawanan dijalankan dengan\u00a0 selamat dan teratur.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Akmal Danish, Nadhrah Izzati, Muhammad Nurfahkru, Rabiatul Adawiyyah Jalan Silang,Kota Raya, Terminal Bus Station Plaza Seni &amp; Lorong Haji Taib \u2013 Majlis Mahasiswa\u00a0 Kolej Aminuddin Baki (KAB), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sidang 2025\/2026\u00a0 dengan kerjasama Food For Gelandangan telah mengadakan satu program berbentuk\u00a0 kesukarelawan kemanusiaan atau lebih dikenali sebagai Sentuhan Kasih KAB [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34476,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[208,96,95,201],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34475"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34475"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34475\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34487,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34475\/revisions\/34487"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34476"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34475"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34475"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34475"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}