{"id":34537,"date":"2026-02-06T17:00:58","date_gmt":"2026-02-06T09:00:58","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34537"},"modified":"2026-02-06T17:00:59","modified_gmt":"2026-02-06T09:00:59","slug":"upsi-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-majlis-amanah-rakyat-dan-samsung-memperkasa-kemahiran-guru-maktab-rendah-sains-mara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/06\/upsi-perkukuh-kerjasama-strategik-bersama-majlis-amanah-rakyat-dan-samsung-memperkasa-kemahiran-guru-maktab-rendah-sains-mara\/","title":{"rendered":"UPSI Perkukuh Kerjasama Strategik bersama Majlis Amanah Rakyat dan Samsung, memperkasa kemahiran Guru Maktab Rendah Sains Mara"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Dr. Kama Shaffeei<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 5 Feb \u2013 Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan bengkel pemantapan pedagogi digital melibatkan penggunaan <em>smartboard<\/em> interaktif buat julung kalinya bagi guru-guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Februari di Scholar Suites, UPSI itu melibatkan 30 guru subjek Sains (Kimia, Fizik, dan Biologi) dari 15 buah MRSM terpilih. Program ini turut mendapat sokongan padu daripada Samsung Malaysia dan pembekal peranti, Pinkast Corporation Sdn. Bhd.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"718\" height=\"460\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture1-6.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34548\" style=\"width:491px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture1-6.jpg 718w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture1-6-300x192.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture1-6-600x384.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 718px) 100vw, 718px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Slot Pengenalan dari YBrs. Dr Kama Shaffeei, Pensyarah Kanan UPSI<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Ketua Fasilitator, Dr. Kama Shaffeei, menjelaskan bahawa pengisian bengkel memfokuskan kepada pendedahan pedagogi moden termasuk pembelajaran abad ke-21 serta pengenalan kepada platform inovasi KAMAPEDAGOGI.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui inisiatif ini, guru-guru subjek Kimia, Fizik, dan Biologi dibimbing untuk membangunkan bahan bantu mengajar dengan bantuan AI yang diaplikasikan sepenuhnya di atas platform <em>smartboard<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Keberkesanan teknologi ini turut diperkukuhkan lagi melalui perkongsian amali oleh Cikgu Mohd Taufik Badruddin dari Sekolah Seri Budiman UPSI yang telah membuktikan impak positif penggunaan peranti tersebut terhadap penglibatan murid.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"530\" height=\"397\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture4-4.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34552\" style=\"width:496px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture4-4.jpg 530w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture4-4-300x225.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 530px) 100vw, 530px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi simulasi PdP oleh Cikgu Mohd Taufik Badruddin <br>(Sekolah Seri Budiman UPSI)<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah (Fizik) Bahagian Pendidikan Menengah MARA, Aznam Remili, menyifatkan kolaborasi ini sebagai langkah proaktif dalam menguasai kemahiran pedagogi digital masa kini. <\/p>\n\n\n\n<p>Guru-guru MRSM juga diminta membangunkan bahan sesi pengajaran dan bahan bantu mengajar berlandaskan penggunaan smartboard dalam makmal biologi,fizik dan kimia.<\/p>\n\n\n\n<p>Bengkel tersebut diakhiri dengan sesi pembentangan bahan pengajaran secara hibrid yang dinilai terus oleh pihak MARA Kuala Lumpur bagi memastikan standard penyampaian yang berkualiti.<\/p>\n\n\n<div class=\"wp-block-image\">\n<figure class=\"aligncenter size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"603\" height=\"453\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture6-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34554\" style=\"width:526px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture6-1.jpg 603w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture6-1-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Picture6-1-600x451.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 603px) 100vw, 603px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi pembentangan Guru MRSM dalam pembinaan bahan pengajaran menggunakan platform smartboard interaktif Samsung<\/figcaption><\/figure><\/div>\n\n\n<p>Kerjasama strategik antara UPSI, MARA, dan pihak industri ini diharap dapat menjadi asas kukuh dalam melahirkan pendidik yang kompeten terhadap teknologi bermula tahun 2026.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Dr. Kama Shaffeei TANJONG MALIM, 5 Feb \u2013 Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan bengkel pemantapan pedagogi digital melibatkan penggunaan smartboard interaktif buat julung kalinya bagi guru-guru Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh Malaysia. Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 3 Februari di Scholar Suites, UPSI [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":14,"featured_media":34553,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112,295],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34537"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/14"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34537"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34537\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34555,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34537\/revisions\/34555"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34553"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34537"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34537"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34537"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}