{"id":34649,"date":"2026-02-12T10:17:24","date_gmt":"2026-02-12T02:17:24","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34649"},"modified":"2026-02-12T10:17:25","modified_gmt":"2026-02-12T02:17:25","slug":"upsi-majlis-sukan-negara-jalin-kerjasama-strategik-pembangunan-atlet-negara","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/12\/upsi-majlis-sukan-negara-jalin-kerjasama-strategik-pembangunan-atlet-negara\/","title":{"rendered":"UPSI, Majlis Sukan Negara jalin kerjasama strategik pembangunan atlet negara"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 11 FEBRUARI 2026 \u2014<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan negara, khususnya melibatkan laluan pendidikan atlet dan kerjasama strategik pelbagai aspek.<\/p>\n\n\n\n<p>MoU berkenaan merangkumi laluan pendidikan atlet naungan MSN, kerjasama strategik dalam konteks pembangunan sukan, fasiliti sukan, pengurusan data atlet dan kejohanan serta pelbagai aspek lain yang boleh dirunding pada masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis menandatangani MoU itu diadakan bersempena Majlis Perasmian Kem Fasa 1 Program Latihan Atlet MSN yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kem berkenaan bukan sekadar permulaan program latihan, sebaliknya manifestasi pelaksanaan amanah dan tanggungjawab besar kepada negara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHari ini bukan semata-mata permulaan kepada satu program latihan, tetapi yang lebih penting adalah permulaan untuk kita melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah pun dipertanggungjawabkan untuk kita pikul bersama,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, tumpuan utama kini adalah persediaan ke arah Sukan SEA 2027 dengan Malaysia sebagai tuan rumah, dengan sasaran bukan sahaja mencapai, malah melebihi sasaran pingat yang ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sehubungan itu, beliau menjelaskan persiapan atlet negara dibahagikan kepada tiga fasa utama bermula Februari 2026 hingga September 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>Fasa 1 dari Februari hingga Disember 2026 akan memberi tumpuan kepada pembinaan asas, penilaian prestasi, pengukuhan fizikal dan mental serta pembentukan disiplin latihan.<\/p>\n\n\n\n<p>Fasa 2 pula bermula Januari hingga Mei 2027 melibatkan pemantapan program, peningkatan intensiti latihan dan pendedahan pertandingan yang lebih bersasar, manakala Fasa 3 dari Jun hingga September 2027 merupakan fasa akhir persiapan pertandingan dengan penekanan kepada aspek taktikal dan prestasi puncak.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"745\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-1024x745.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34651\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-1024x745.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-300x218.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-768x559.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-1536x1118.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-600x437.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin (kanan) dan Jefri (kiri) ketika menandatangani dokumen MoU sambil disaksikan oleh Mohammed Taufiq ditandatanganinya pada majlis berkenaan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"974\" height=\"1024\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-974x1024.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34652\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-974x1024.jpeg 974w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-285x300.jpeg 285w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-768x807.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-1461x1536.jpeg 1461w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-600x631.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-24x24.jpeg 24w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3.jpeg 1948w\" sizes=\"(max-width: 974px) 100vw, 974px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Mohammed Taufiq ketika menyampaikan ucapan perasmian Kem Fasa 1 Program Latihan Atlet MSN di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34653\" style=\"width:274px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-300x200.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-768x512.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-600x400.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Mohammed Taufiq (tengah) bergambar bersama atlet MSN pada majlis berkenaan di Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata kerjasama strategik berkenaan mencerminkan komitmen universiti dalam menyokong agenda pembangunan sukan negara secara menyeluruh.<\/p>\n\n\n\n<p>Md Amin berkata UPSI bukan sahaja berperanan sebagai institusi pendidikan, malah rakan strategik dalam memperkasa potensi atlet melalui pendekatan bersepadu melibatkan akademik, penyelidikan dan sokongan profesional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI melihat kerjasama ini sebagai satu tanggungjawab nasional. Atlet bukan sekadar perlu cemerlang di arena sukan, tetapi turut memerlukan jaminan pembangunan pendidikan dan kerjaya yang mampan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, laluan pendidikan yang dirangka menerusi MoU itu akan memberi ruang kepada atlet untuk menyeimbangkan kecemerlangan sukan dan akademik tanpa menjejaskan kedua-dua aspek.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cIni penting bagi memastikan atlet mempunyai masa depan yang terancang, sama ada semasa aktif atau selepas menamatkan kerjaya sukan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Timbalan Ketus Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Abdullah Hassan; Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin; Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Dr. Chong Kim Fatt; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perubatan Sukan) Institut Sukan Negara, Dr.Kamarul Hashimy; Ketua Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Farizan Hussain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Bazli Razak TANJUNG MALIM, 11 FEBRUARI 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) Malaysia dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan negara, khususnya melibatkan laluan pendidikan atlet dan kerjasama strategik pelbagai aspek. MoU berkenaan merangkumi laluan pendidikan atlet naungan MSN, kerjasama strategik dalam konteks pembangunan sukan, fasiliti [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34650,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[185,179],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34649"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34649"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34649\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34654,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34649\/revisions\/34654"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34650"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34649"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34649"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34649"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}