{"id":34770,"date":"2026-02-20T09:10:55","date_gmt":"2026-02-20T01:10:55","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34770"},"modified":"2026-02-20T09:10:57","modified_gmt":"2026-02-20T01:10:57","slug":"upsi-kongsi-kepakaran-penternakan-lebah-kelulut-di-sungai-sumun-1-bagan-datuk","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/20\/upsi-kongsi-kepakaran-penternakan-lebah-kelulut-di-sungai-sumun-1-bagan-datuk\/","title":{"rendered":"UPSI KONGSI KEPAKARAN PENTERNAKAN LEBAH KELULUT DI SUNGAI SUMUN 1, BAGAN DATUK"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Robe\u2019ah Yusuf<\/p>\n\n\n\n<p>Bagan Datuk, Perak, 16 Februari 2026 \u2013 Komuniti Sungai Sumun 1, Parit 5, Bagan Datuk menerima sebanyak 100 log lebah kelulut menerusi inisiatif Sejati MADANI@IPT.<\/p>\n\n\n\n<p>Projek ini dilaksanakan bagi memperkasa ekonomi komuniti setempat melalui penternakan lebah kelulut dengan sokongan kepakaran daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Projek pemindahan ilmu ini diketuai oleh Dr. Mohd Syariefudin Abdullah dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), UPSI. Menurut beliau, matlamat utama projek adalah untuk memindahkan pengetahuan dan kemahiran penternakan lebah kelulut secara menyeluruh meliputi aspek pengurusan ladang, teknik penuaian madu, strategi pemasaran serta pembangunan produk hiliran berasaskan madu kelulut. Inisiatif ini diharap dapat membantu komuniti Kampung Sungai Sumun menambah sumber pendapatan melalui pendekatan yang sistematik dan mampan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"550\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-27.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34772\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-27.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-27-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-27-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-27-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Kerja-kerja pemasangan log berlangsung di bawah seliaan Ketua Projek, Dr. Mohd Syariefuddin Abdullah dari UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Menurut wakil komuniti Sg Sumun, Tuan Haji Mohd Sahar Hj Abdul Rahim, bantuan kerajaan melalui program Sejati MADANI merupakan peluang keemasan untuk membangunkan potensi ekonomi kampung. Beliau berkata, selain menghasilkan madu, projek ini berpotensi menjadi produk eko-pelancongan yang mampu menarik kehadiran pelawat ke kampung tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Sokongan padu penduduk terbukti apabila mereka bergotong-royong mengangkat, menyusun dan mengemas log kelulut di lokasi projek. Semangat kerjasama yang ditunjukkan mencerminkan komitmen tinggi komuniti dalam menjayakan projek ekonomi berasaskan pertanian ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selesai pemasangan, Dr. Mohd Syariefudin Abdullah bersama Prof. Madya Dr. Kamarul Ismail menyampaikan taklimat ringkas mengenai penjagaan lebah kelulut. Antara aspek yang ditekankan ialah kawalan pencahayaan dan penerimaan cahaya matahari yang sesuai, kepentingan sumber nektar dan resin di sekitar kawasan, serta langkah keselamatan bagi melindungi koloni daripada ancaman pemangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Turut dijelaskan ialah peranan lebah kelulut sebagai agen pendebungaan semula jadi yang mampu meningkatkan hasil tanaman kelapa, sekali gus memberi manfaat berganda kepada kebun tersebut. Beliau berharap projek ini dapat menjadi model pembangunan komuniti berteraskan ilmu, kerjasama dan kelestarian alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Nota: Projek Sejati MADANI@KPT ini diketuai oleh Dr. Mohd Syariefudin Abdullah dengan penglibatan barisan pensyarah UPSI iaitu Prof. Madya Dr. Kamarul Ismail, Profesor Dr. Mohd Azlan Nafiah, Prof. Madya Ts. Dr. Che Ghani Che Kob, Prof. Madya Dr. Muhammad Aqil Aryan Wong, Dr. Robe\u2019ah Yusuf, Ts. Dr. Zalina Ismail serta Encik Zaiham Izwan Zainudin selaku wakil UCTC<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Robe\u2019ah Yusuf Bagan Datuk, Perak, 16 Februari 2026 \u2013 Komuniti Sungai Sumun 1, Parit 5, Bagan Datuk menerima sebanyak 100 log lebah kelulut menerusi inisiatif Sejati MADANI@IPT. Projek ini dilaksanakan bagi memperkasa ekonomi komuniti setempat melalui penternakan lebah kelulut dengan sokongan kepakaran daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Projek [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34771,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[245,103],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34770"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34770"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34770\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34773,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34770\/revisions\/34773"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34771"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34770"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34770"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34770"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}