{"id":34778,"date":"2026-02-23T09:21:50","date_gmt":"2026-02-23T01:21:50","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34778"},"modified":"2026-02-23T09:21:52","modified_gmt":"2026-02-23T01:21:52","slug":"integrity-talk-siri-3-2025-sikit-sikit-jadi-rasuah-lama-lama-jadi-parah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/23\/integrity-talk-siri-3-2025-sikit-sikit-jadi-rasuah-lama-lama-jadi-parah\/","title":{"rendered":"Integrity Talk Siri 3\/2025: &#8220;Sikit-Sikit Jadi Rasuah, Lama-Lama Jadi Parah&#8221;"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Nurfarisha Balqis Rahim<\/p>\n\n\n\n<p><strong>T<\/strong><strong>anjong Malim, 19 Disember 2025<\/strong> \u2013 Persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Integrity Talk Siri 3\/2025 yang bertemakan &#8220;Sikit-Sikit Jadi Rasuah, Lama-Lama Jadi Parah&#8221; pada 19 Disember 2025. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Facebook UPSI dan Youtube UPSI TV sebagai usaha berterusan menyemarakkan sambutan Hari Antirasuah Peringkat UPSI. \u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dijalankan dengan kerjasama Unit Integriti UPSI, Himpunan Anak Kedah (HAK) dan Majlis Anak Johor (MAJOR) ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran kampus yang kondusif serta bebas daripada sebarang bentuk jenayah rasuah dan penyalahgunaan kuasa. <\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Nurfarisha Balqis selaku Pengarah Program, penerapan nilai integriti melalui program seperti ini adalah kunci utama untuk melahirkan warga universiti yang bukan sahaja berdedikasi malah memiliki jati diri yang kebal daripada amalan salah guna kuasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi perkongsian telah disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Muhammad Asif bin Zahari merupakan seorang peguam dari Tetuan Mohaji Hazury &amp; Ismail. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau telah mengupas isu-isu berkaitan implikasi undang-undang rasuah dalam konteks perkhidmatan awam dan universiti. Seramai 170 peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan UPSI telah mengikuti sesi ini secara interaktif. \u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi perkongsian tersebut, Encik Muhammad Asif menekankan bahawa definisi rasuah di bawah Akta SPRM adalah sangat luas dan tidak hanya terhad kepada wang ringgit malah merangkumi tawaran jawatan, hadiah atau kelebihan tertentu yang akan menjejaskan integriti. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menitipkan pesanan mendalam melalui perkongsian kisah nyata di mana kerjaya seseorang boleh hancur sekelip mata hanya disebabkan suapan yang dianggap kecil pada mulanya namun akhirnya membawa kepada hukuman denda yang berat dan penjara.<\/p>\n\n\n\n<p>Menyentuh mengenai era digital, beliau menjelaskan bahawa manipulasi data tetap boleh berlaku sekiranya nilai etika kendiri tidak kukuh. <\/p>\n\n\n\n<p>Tegas beliau, alasan &#8220;hanya sekadar menolong&#8221; atau &#8220;mengikut arahan&#8221; tidak akan melepaskan seseorang daripada tindakan undang-undang. <\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, mahasiswa diseru untuk memilih jalan yang mematuhi prosedur walaupun ia kelihatan sukar berbanding mengambil &#8220;jalan singkat&#8221; yang membinasakan masa depan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"550\" height=\"412\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-28.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34780\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-28.png 550w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/2-28-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 550px) 100vw, 550px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"695\" height=\"391\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/3-25.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34781\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/3-25.png 695w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/3-25-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/3-25-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 695px) 100vw, 695px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh) dengan memberi tumpuan kepada pencegahan amalan salah guna kuasa di semua peringkat. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pengisian yang padat, mahasiswa diharapkan dapat menjadi agen perubahan dan contoh teladan kepada masyarakat dalam memerangi jenayah rasuah demi masa depan negara yang lebih lestari.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program <em>Integrity Talk<\/em> Siri 3\/2025 ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai bahaya rasuah dari sudut perundangan. Ringkasnya, program ini membuktikan bahawa integriti bukanlah pilihan tetapi tanggungjawab mutlak setiap warga UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Keberanian untuk berkata &#8216;TIDAK&#8217; kepada amalan salah guna kuasa merupakan kunci utama dalam membina ekosistem universiti yang bersih. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pengisian ini, diharapkan mahasiswa UPSI bukan sahaja cemerlang secara akademik malah muncul sebagai pemimpin masa hadapan yang berintegriti tinggi demi kelestarian negara selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 16).<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nurfarisha Balqis Rahim Tanjong Malim, 19 Disember 2025 \u2013 Persatuan Angkatan Mahasiswa Anti Rasuah (AMAR) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan program Integrity Talk Siri 3\/2025 yang bertemakan &#8220;Sikit-Sikit Jadi Rasuah, Lama-Lama Jadi Parah&#8221; pada 19 Disember 2025. Program ini dilaksanakan secara dalam talian melalui platform Facebook UPSI dan Youtube UPSI TV [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34779,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[270],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34778"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34778"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34778\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34782,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34778\/revisions\/34782"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34779"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34778"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34778"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34778"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}