{"id":34818,"date":"2026-02-25T11:43:24","date_gmt":"2026-02-25T03:43:24","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34818"},"modified":"2026-02-25T11:43:26","modified_gmt":"2026-02-25T03:43:26","slug":"upsi-proton-teroka-kerjasama-strategik-perkasa-ekosistem-bev-nasional","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/25\/upsi-proton-teroka-kerjasama-strategik-perkasa-ekosistem-bev-nasional\/","title":{"rendered":"UPSI, PROTON teroka kerjasama strategik perkasa ekosistem BEV nasional"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 25 Februari 2026 \u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Proton Holdings Berhad (PROTON) dalam usaha meneroka kerjasama strategik bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia.<\/p>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, kunjungan tersebut memberi fokus kepada potensi sinergi antara industri automotif nasional, selaras dengan komitmen UPSI untuk mengintegrasikan teknologi hijau dalam kurikulum serta ekosistem universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Md Amin, antara objektif utama usahasama yang dibincangkan ialah cadangan mewujudkan Pusat Pembelajaran dan Demonstrasi EV pertama di institusi pendidikan tinggi di Malaysia, pembangunan modul pendidikan asas BEV, penyediaan latihan praktikal berkaitan teknologi e.MAS, serta peningkatan kesedaran awam terhadap teknologi BEV nasional.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cUPSI melihat kunjungan ini sebagai satu langkah signifikan dalam merapatkan jurang antara industri dan akademia. Teknologi BEV dan NEV bukan lagi satu pilihan masa depan, tetapi keperluan semasa yang perlu difahami dan dikuasai oleh generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Md Amin berkata universiti itu komited untuk memainkan peranan aktif dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja celik teknologi, malah mempunyai kesedaran tinggi terhadap kelestarian alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSebagai universiti yang berteraskan pendidikan, UPSI bukan sahaja mahu memperkenalkan teknologi EV dalam bilik kuliah, tetapi juga menyediakan pengalaman pembelajaran yang bersifat praktikal, relevan dan berimpak tinggi kepada pelajar serta komuniti,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34820\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-2-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin (tengah) dan Abdul Rashid (tujuh dari kanan) bergambar kenangan sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34821\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Abdul Rashid ketika menandatangani buku pelawat sambil disaksikan oleh Md Amin (kanan) dan Mohd Azlan (kiri) sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34822\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gambar-4-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Md Amin (kanan) berucap sempena kunjungan hormat pengurusan tertinggi PROTON ke Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PROTON, Datuk Abdul Rashid Musa berkata pihaknya melihat institusi pendidikan tinggi sebagai rakan strategik penting dalam mempercepat pembangunan ekosistem mobiliti elektrik negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Abdul Rashid berkata, pendekatan kolaboratif antara industri dan universiti mampu melahirkan tenaga kerja yang lebih bersedia menghadapi perubahan landskap teknologi global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTransformasi industri automotif ke arah BEV memerlukan sokongan kukuh daripada sektor pendidikan. Kerjasama dengan UPSI mencerminkan komitmen PROTON untuk bukan sahaja membangunkan teknologi, tetapi juga memperkasa ilmu dan kefahaman masyarakat terhadap teknologi kenderaan elektrik.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan cadangan mewujudkan konsep <em>Industry in Campus<\/em> dan Proton Training Center @ UPSI sebagai platform kolaborasi jangka panjang.<\/p>\n\n\n\n<p>Cadangan pengisian kerjasama merangkumi pembangunan zon pameran dan promosi teknologi e.MAS (tech-showcase), penubuhan EV Community Awareness &amp; Learning Center, pelaksanaan program <em>training of trainers<\/em> oleh felo perunding PROTON melibatkan aspek keselamatan, diagnostik dan perkhidmatan selepas jualan, serta penubuhan pusat latihan bagi program peningkatan kemahiran (<em>upskilling<\/em>) dan latihan semula (<em>reskilling<\/em>).<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKami percaya pendekatan Industry in Campus ini akan membuka ruang pembelajaran baharu, memperkukuh kebolehpasaran graduan serta menyokong aspirasi negara dalam memperkasa teknologi hijau dan mobiliti masa depan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Hadir sama Ketua Pegawai Sumber Manusia PROTON, Dr. Kasuma Satria; Timbalan CEO Automotif High-Tech Valley (AHTV), Khalid Yusoff; Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UPSI, Prof Dr. Mohd Izwan Shahril; Dekan Fakulti Teknikal dan Vokasional UPSI, Prof Madya Dr. Mohd Azlan Mohammad Hussain.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Bazli Razak Tanjong Malim, 25 Februari 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi Proton Holdings Berhad (PROTON) dalam usaha meneroka kerjasama strategik bagi mempromosikan ekosistem pengetahuan Kenderaan Elektrik Bateri (BEV) serta teknologi Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) di Malaysia. Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34819,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34818"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34818"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34818\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34823,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34818\/revisions\/34823"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34819"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34818"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34818"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34818"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}