{"id":34852,"date":"2026-02-26T11:12:35","date_gmt":"2026-02-26T03:12:35","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34852"},"modified":"2026-02-26T11:12:38","modified_gmt":"2026-02-26T03:12:38","slug":"dari-kolej-vokasional-ke-menara-gading-jelajah-kerjaya-program-kosmetologi-cetus-impian-baharu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/26\/dari-kolej-vokasional-ke-menara-gading-jelajah-kerjaya-program-kosmetologi-cetus-impian-baharu\/","title":{"rendered":"Dari Kolej Vokasional ke Menara Gading: Jelajah Kerjaya Program Kosmetologi Cetus Impian Baharu"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Dr. Farah Najwa Ahmad Puad<br><\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, Perak &#8211; \u201cJauh perjalanan, luas pemandangan\u201d. Inilah pepatah Melayu yang boleh digambarkan melalui kunjungan Kolej Vokasional (KV) ERT Setapak ke Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 10 Februari yang lalu. <\/p>\n\n\n\n<p>Seramai 36 orang warga KV ERT Setapak yang terdiri daripada 8 orang pensyarah dan 28 orang pelajar Program Kosmetologi telah mengadakan lawatan penanda aras dan jelajah kerjaya Program Kosmetologi ke FTV, UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan ini telah disambut mesra oleh wakil fakulti iaitu Dr. Anisah Abdul Wafi selaku Ketua Jabatan Hospitaliti dan Sains Konsumer dan para pensyarah serta staf sokongan. Program ini telah berlangsung dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 petang.<\/p>\n\n\n\n<p>Ucapan aluan dan taklimat yang disampaikan oleh Dr. Anisah berkaitan hala tuju TVET dan peluang melanjutkan pengajian di FTV, UPSI memberi keterujaan kepada para pensyarah dan pelajar yang hadir. <\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, ucapan daripada wakil KV ERT Setapak juga membuatkan fakulti bersedia untuk menguatkan lagi jaringan kerjasama antara dua institusi yang bakal melahirkan tenaga kerja mahir TVET selaras dengan saranan kerajaan untuk memperkasan TVET sama ada di peringkat nasional mahupun global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSejujurnya, kami datang dengan niat untuk lawatan biasa sahaja. Tetapi apa yang kami peroleh hari ini jauh melebihi jangkaan. Pelajar bukan sahaja dapat melihat fasiliti dan program yang ditawarkan, malah lebih jelas tentang hala tuju kerjaya mereka selepas ini\u201d. Itu lah kata-kata yang dilontarkan oleh para pelajar yang berkunjung ke FTV, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah sebagai inspirasi kepada para pelajar KV ERT Setapak yang hadir. Kejayaan bekas pelajar KV ERT Setapak iaitu Irdina, Arisha, Aireen dan lain-lain yang telah berjaya menyambung pengajian di FTV, UPSI dalam Program Sarjana Muda (Ekonomi RUmah Tangga) dengan Kepujian telah mencerminkan bahawa selagi ada kemahuan di situ ada jalan yang menjadi pemangkin semangat kepada pelajar Diploma Kosmetologi KV ERT Setapak yang hadir dalam program ini.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34854\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_7990-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34855\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-1536x1152.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-2048x1536.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/IMG_8010-600x450.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>\u201cLawatan ini memberi pendedahan awal kepada saya tentang peluang menyambung pengajian dan kerjaya dalam bidang kosmetologi. Saya terinspirasi dengan perkongsian alumni-alumni ini dan membuatkan saya rasa saya juga boleh untuk menyambung pengajian di FTV, UPSI suatu hari nanti.\u201d kata salah seorang pelajar KV ERT Setapak yang hadir.<\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan ini bukan sekadar kunjungan akademik, malah menjadi titik tolak yang menyemai keyakinan dan impian baharu dalam kalangan pelajar kolej vokasional untuk melangkah lebih jauh dalam bidang Pendidikan terutamanya bidang kosmetologi, khususnya di Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Dr. Farah Najwa Ahmad Puad Tanjong Malim, Perak &#8211; \u201cJauh perjalanan, luas pemandangan\u201d. Inilah pepatah Melayu yang boleh digambarkan melalui kunjungan Kolej Vokasional (KV) ERT Setapak ke Fakulti Teknikal dan Vokasional (FTV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 10 Februari yang lalu. Seramai 36 orang warga KV ERT Setapak yang terdiri daripada 8 orang [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34853,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[172],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34852"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34852"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34852\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34856,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34852\/revisions\/34856"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34853"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34852"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34852"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34852"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}