{"id":34871,"date":"2026-02-27T15:36:13","date_gmt":"2026-02-27T07:36:13","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34871"},"modified":"2026-02-27T15:36:15","modified_gmt":"2026-02-27T07:36:15","slug":"kursus-kenegaraan-malaysia-madani-perkukuh-jati-diri-pemimpin-mahasiswa-ipt-negeri-perak","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/27\/kursus-kenegaraan-malaysia-madani-perkukuh-jati-diri-pemimpin-mahasiswa-ipt-negeri-perak\/","title":{"rendered":"Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI Perkukuh Jati diri pemimpin mahasiswa IPT Negeri Perak"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nurwafa Zulaikha binti Halid&nbsp; &amp; Mohamad Farid Bin Amri<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM<\/strong> \u2013 Seramai 82 mahasiswa daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri Perak telah menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Pemimpin Mahasiswa IPT Negeri Perak, yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 2 November 2025 di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Persatuan Psikologi UPSI dengan kerjasama Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini bertujuan memperkukuh nilai kepimpinan, integriti, jati diri, serta semangat kenegaraan dalam kalangan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian Program Kursus Kenegaraan Malaysia Madani: Pemimpin Mahasiswa IPT Negeri Perak dimulai dengan bacaan ikrar rukun negara yang diketuai oleh Ahmad Nadzmi Imran Bin Abdullah bagi meningkatkan penghayatan, pemahaman, dan komitmen terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam diri peserta bagi membentuk perpaduan yang kukuh dan masyarakat yang progresif, serta menghormati undang-undang dan keharmonian negara<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"599\" height=\"399\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Dekan-FPM.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34872\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Dekan-FPM.jpg 599w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Dekan-FPM-300x200.jpg 300w\" sizes=\"(max-width: 599px) 100vw, 599px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>YBrs. Profesor Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim, Dekan Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI menyampaikan ucapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian disempurnakan oleh Dekan Fakulti Pembangunan Manusia (FPM) UPSI, Prof. Dr. Abdul Talib bin Mohamed Hashim. Dalam ucapannya, beliau menegaskan:<\/p>\n\n\n\n<blockquote class=\"wp-block-quote\">\n<p>\u201cMahasiswa hari ini adalah pemimpin pelapis negara yang perlu memiliki jati diri, integriti, dan semangat patriotik yang tinggi agar mampu memimpin dengan berwawasan serta bertanggungjawab.\u201d<\/p>\n<\/blockquote>\n\n\n\n<p>Turut hadir memberi inspirasi kepada peserta ialah Penolong Pengarah Kanan Bahagian Belia Akademi Kenegaraan Malaysia, Tuan Mohd Kamal bin Mohd Affandi; Penolong Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Cawangan Negeri Perak, Tuan Khairul Anwar bin Mohd Dahlan; serta Encik Razman bin Melban. Kehadiran mereka menyuntik motivasi agar mahasiswa menjadi pemimpin yang beretika dan berjiwa rakyat.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang empat hari program berlangsung, para peserta telah terlibat dalam pelbagai aktiviti interaktif yang berimpak tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti Pembinaan Pasukan yang dikendalikan oleh fasilitator dari Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan UPSI telah menguji ketahanan mental, aspek kepimpinan praktikal, serta kerjasama strategik peserta melalui simulasi dan permainan pasukan yang mencabar.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Fasilitator-FSSKJ-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34878\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Fasilitator-FSSKJ-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Fasilitator-FSSKJ-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Fasilitator-FSSKJ-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Fasilitator-FSSKJ-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Fasilitator-FSSKJ.jpg 1380w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p class=\"has-black-color has-text-color has-link-color wp-elements-2e04096bb30980144bd9cc9a3e16b621\"><a>Aktiviti slot Kenegaraan dikendalikan oleh fasilitator dari Akademi Kenegaraan Malaysia Perak<\/a><\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, menerusi Slot Komunikasi Berkesan, peserta didedahkan dengan kemahiran berkomunikasi secara efektif dan profesional. Ini termasuklah teknik menyampaikan pendapat dengan yakin, kemahiran mendengar secara aktif, serta keupayaan menyelesaikan konflik dengan bijaksana. Slot ini menekankan bahawa kepimpinan sebenar bukan sekadar memberi arahan, malah melibatkan usaha mempengaruhi, membimbing, dan membina hubungan yang kukuh antara ahli kumpulan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-gallery has-nested-images columns-default is-cropped wp-block-gallery-1 is-layout-flex wp-block-gallery-is-layout-flex\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"916\" height=\"487\" data-id=\"34879\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Dr-Wan-Nurul-Izza.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-34879\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Dr-Wan-Nurul-Izza.png 916w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Dr-Wan-Nurul-Izza-300x159.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Dr-Wan-Nurul-Izza-768x408.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Slot-Dr-Wan-Nurul-Izza-600x319.png 600w\" sizes=\"(max-width: 916px) 100vw, 916px\" \/><\/figure>\n<\/figure>\n\n\n\n<p>Dr. Wan Nurul Izza Wan Husin memberikan maklumbalas terhadap peserta yang menjalankan aktiviti \u2018role play\u2019 dalam slot \u2018Komunikasi Berkesan\u2019<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"894\" height=\"866\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Aktiviti-Pembinaan-Pasukan.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34881\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Aktiviti-Pembinaan-Pasukan.jpg 894w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Aktiviti-Pembinaan-Pasukan-300x291.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Aktiviti-Pembinaan-Pasukan-768x744.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Aktiviti-Pembinaan-Pasukan-600x581.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Aktiviti-Pembinaan-Pasukan-24x24.jpg 24w\" sizes=\"(max-width: 894px) 100vw, 894px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Aktiviti pembinaan pasukan untuk meningkatkan semangat kerjasama berpasukan<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Persembahan-Malam-Kesenian-dan-Kebudayaan-1024x768.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34882\" style=\"width:696px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Persembahan-Malam-Kesenian-dan-Kebudayaan-1024x768.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Persembahan-Malam-Kesenian-dan-Kebudayaan-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Persembahan-Malam-Kesenian-dan-Kebudayaan-768x576.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Persembahan-Malam-Kesenian-dan-Kebudayaan-600x450.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Persembahan-Malam-Kesenian-dan-Kebudayaan.jpg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Persembahan peserta pada malam kesenian dan kebudayaan<\/p>\n\n\n\n<p>Para peserta turut menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan tanah perkuburan Kampung Ketoyong bersama-sama penduduk tempatan. Aktiviti kesukarelawanan ini berjaya menyemai nilai empati, tanggungjawab sosial, dan keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan. Melalui aktiviti ini, peserta menyedari bahawa kepimpinan sejati bermula daripada hati yang ikhlas dan kepedulian terhadap masyarakat.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"729\" height=\"546\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gotong-Royong-1.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-34885\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gotong-Royong-1.jpg 729w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gotong-Royong-1-300x225.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/02\/Gotong-Royong-1-600x449.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 729px) 100vw, 729px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Peserta melakukan aktiviti khidmat masyarakat gotong-royong membersihkan tanah perkuburan di Ketoyong bersama penduduk tempatan.<\/p>\n\n\n\n<p>Slot Integriti dan Pencegahan Rasuah pula menekankan kepentingan sifat jujur, amanah, dan keberanian moral. Peserta diberi kesedaran bahawa seorang pemimpin yang hebat bukan sahaja perlu cemerlang dalam akademik, malah harus teguh memegang prinsip serta berani menolak sebarang bentuk salah laku.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai penutup, Slot Kenegaraan berjaya menanam semangat patriotisme, cinta akan tanah air, dan perpaduan nasional melalui pemahaman mendalam tentang sejarah negara, sistem pemerintahan, serta cabaran semasa. Slot ini secara tidak langsung mengingatkan mahasiswa bahawa mereka merupakan pemimpin pelapis masa depan yang berjiwa MADANI.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program ini berjaya menggabungkan elemen pendidikan sahsiah, pembangunan kepimpinan, kesedaran sosial, dan semangat patriotik dalam satu platform yang bermakna. Segala aktiviti yang dijalankan telah menyemarakkan lagi api kepimpinan, integriti, dan cinta akan negara, sekali gus melahirkan generasi mahasiswa yang bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa depan Malaysia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nurwafa Zulaikha binti Halid&nbsp; &amp; Mohamad Farid Bin Amri TANJONG MALIM \u2013 Seramai 82 mahasiswa daripada Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar negeri Perak telah menyertai Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI: Pemimpin Mahasiswa IPT Negeri Perak, yang berlangsung dari 30 Oktober hingga 2 November 2025 di Kampus Sultan Azlan Shah (KSAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":13,"featured_media":34896,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112,280],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34871"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/13"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34871"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34871\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34897,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34871\/revisions\/34897"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34896"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34871"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34871"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34871"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}