{"id":34901,"date":"2026-02-27T15:44:17","date_gmt":"2026-02-27T07:44:17","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34901"},"modified":"2026-02-27T15:44:20","modified_gmt":"2026-02-27T07:44:20","slug":"wezas-perkasa-dakwah-global-tajaan-mobiliti-imam-tarawih-ke-united-kingdom-australia-dan-singapura","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/02\/27\/wezas-perkasa-dakwah-global-tajaan-mobiliti-imam-tarawih-ke-united-kingdom-australia-dan-singapura\/","title":{"rendered":"WEZAS Perkasa Dakwah Global: Tajaan Mobiliti Imam Tarawih ke United Kingdom, Australia dan Singapura"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh: Adibah Yasmin Abdul Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 4 Januari 2026<\/strong> \u2013 Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI terus komited menyokong agenda pengantarabangsaan universiti dengan menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program mobiliti antarabangsa penghantaran pelajar sebagai imam solat tarawih ke Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS), serta beberapa masjid di Australia dan Singapura sempena Ramadan 1447H.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran Jabatan Pengajian Islam dan Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (I-Furqan) ini merupakan kesinambungan legasi kecemerlangan penghantaran mahasiswa ke pentas antarabangsa sebagai duta ilmu dan dakwah. <\/p>\n\n\n\n<p>Imam yang dihantar ke OXCIS, United Kingdom ialah Adib Farhan Baharudin, manakala ke Singapura ialah Wan Muhammad Irsyad Wan Zulkifli, Muhd Farhan Hakimi Khairul Aizam. <\/p>\n\n\n\n<p>Ustaz Ah-Lukman Al-Hakim Che Zahari dan Ahmad Al Mustafa Mohd Azmi pula akan berkhidmat di Australia. Kesemua mereka merupakan mahasiswa Program ISM Tahfiz al-Quran dan Qiraat dengan Pendidikan, Jabatan Pengajian Islam.<\/p>\n\n\n\n<p>Para imam dijadualkan berangkat beberapa hari sebelum Ramadan dan akan berkhidmat sepanjang bulan Ramadan 1447H, memimpin solat tarawih serta mengimarahkan ramadan di lokasi masing-masing sebagai duta kecil universiti dan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam Majlis Doa Selamat sempena keberangkatan mereka, Pengarah I-Furqan, Prof. Dr. Abd Rahman telah menyampaikan replika tiket penerbangan sebagai simbol amanah dan tanggungjawab yang digalas. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis yang sama, sumbangan daripada pihak WEZAS telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Abdul Nasir sebagai tanda sokongan berterusan terhadap pembangunan sahsiah, kepimpinan dan pengantarabangsaan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumbangan ini mencerminkan peranan strategik WEZAS dalam memperkasa agenda dakwah dan pendidikan Islam di peringkat global, selaras dengan hasrat melahirkan graduan huffaz yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, bahkan berwibawa sebagai imam dan pendakwah di persada antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga para duta I-Furqan ini terus mempamerkan keunggulan akhlak, keteguhan ilmu dan profesionalisme tinggi dalam melaksanakan amanah, seterusnya mengharumkan nama universiti dan negara di pentas dunia.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh: Adibah Yasmin Abdul Razak TANJONG MALIM, 4 Januari 2026 \u2013 Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI terus komited menyokong agenda pengantarabangsaan universiti dengan menyalurkan sumbangan bagi menjayakan program mobiliti antarabangsa penghantaran pelajar sebagai imam solat tarawih ke Oxford Centre for Islamic Studies (OXCIS), serta beberapa masjid di Australia dan Singapura sempena [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":34902,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34901"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34901"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34901\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":34903,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34901\/revisions\/34903"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/34902"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34901"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34901"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34901"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}