{"id":34999,"date":"2026-03-03T10:06:21","date_gmt":"2026-03-03T02:06:21","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=34999"},"modified":"2026-03-03T10:06:23","modified_gmt":"2026-03-03T02:06:23","slug":"mahasiswa-upsi-sertai-program-rancakkan-madani-perkasa-peranan-belia","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/03\/03\/mahasiswa-upsi-sertai-program-rancakkan-madani-perkasa-peranan-belia\/","title":{"rendered":"Mahasiswa UPSI Sertai Program Rancakkan MADANI Perkasa Peranan Belia"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Muhammad Iqhwan Jumadi dan Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>PUTRAJAYA, 7 Disember 2025-<\/strong>  Penyertaan mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember di sini dilihat sebagai medan pembelajaran kenegaraan dan latihan kepimpinan di luar bilik kuliah.<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran kerajaan itu menghimpunkan pelbagai dasar, inisiatif dan perkhidmatan secara langsung kepada rakyat serta berjalan seiring dengan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025, menjadikan Putrajaya pusat tumpuan perbincangan dasar dan interaksi masyarakat bersama kepimpinan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika merasmikan program berkenaan menegaskan mahasiswa perlu berperanan sebagai agen perubahan sosial serta penentu masa depan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata kepimpinan pelajar yang berteraskan nilai Malaysia MADANI merupakan asas penting dalam pembentukan pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan bertanggungjawab.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan MPP dan mahasiswa UPSI bertujuan memberi pendedahan kepada dasar serta hala tuju negara dalam memahami agenda Malaysia MADANI, menimba pengalaman kepimpinan dan advokasi belia serta membina jaringan strategik bersama agensi, institusi dan komuniti melalui pelbagai aktiviti termasuk karnival kerjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang tiga hari program, hari pertama memberi fokus kepada forum kenegaraan, pembentangan inisiatif Reformasi Perkhidmatan Awam serta pameran kementerian dan agensi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"372\" height=\"279\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-9.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35001\" style=\"width:416px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-9.png 372w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-9-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 372px) 100vw, 372px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Mahasiswa dan MPP UPSI pada Hari kedua, 6 Disember 2025 Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"381\" height=\"285\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-9.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35002\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-9.png 381w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-9-300x224.png 300w\" sizes=\"(max-width: 381px) 100vw, 381px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Mahasiswa dan MPP UPSI pada hari ketiga, 7 Disember 2025 Program Rancakkan MADANI\u00a0 Bersama Malaysiaku.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Hari kedua menyaksikan interaksi langsung antara rakyat dan agensi melalui pembukaan reruai perkhidmatan bagi semakan bantuan, khidmat nasihat dan aduan awam, selain Jualan MADANI serta Karnival Kerjaya yang membuka peluang kepada belia dan graduan mendapatkan maklumat pekerjaan dan latihan industri.<\/p>\n\n\n\n<p>Demonstrasi keselamatan serta pengurusan bencana oleh agensi berkaitan turut memberi pendedahan mengenai kesiapsiagaan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Pada hari terakhir, forum retrospektif dan sesi dialog bersama kepimpinan negara diadakan bagi membincangkan pencapaian serta hala tuju agenda MADANI, selain memberi ruang kepada rakyat termasuk mahasiswa mendekati usaha reformasi kerajaan.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI dalam kenyataan memaklumkan penyertaan mahasiswa dalam program itu memperkukuh peranan belia sebagai rakan strategik pembangunan negara serta membentuk generasi berilmu, berintegriti dan matang dalam membawa suara rakyat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Muhammad Iqhwan Jumadi dan Bazli Razak PUTRAJAYA, 7 Disember 2025- Penyertaan mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang berlangsung dari 5 hingga 7 Disember di sini dilihat sebagai medan pembelajaran kenegaraan dan latihan kepimpinan di luar bilik kuliah. Program anjuran kerajaan itu menghimpunkan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35000,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[222,108],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34999"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=34999"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34999\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35003,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/34999\/revisions\/35003"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35000"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=34999"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=34999"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=34999"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}