{"id":35004,"date":"2026-03-03T10:19:41","date_gmt":"2026-03-03T02:19:41","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35004"},"modified":"2026-03-03T10:19:42","modified_gmt":"2026-03-03T02:19:42","slug":"mpp-upsi-adakan-kunjungan-hormat-ke-fakulti-bahasa-dan-komunikasi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/03\/03\/mpp-upsi-adakan-kunjungan-hormat-ke-fakulti-bahasa-dan-komunikasi\/","title":{"rendered":"MPP UPSI Adakan Kunjungan Hormat ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Nazalinda Wanie Mohd Zariea dan Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 21 Januari 2026\u2013<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan komitmen memperkasa kepimpinan mahasiswa apabila Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan berkenaan bertujuan mempererat hubungan dua hala antara kepimpinan pelajar dan pengurusan fakulti, di samping membincangkan agenda kebajikan serta pembangunan akademik mahasiswa secara menyeluruh dan berkesan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Mazura Muhammad berkata kepimpinan pelajar di fakulti itu merupakan asas penting dalam membentuk pemimpin masa hadapan yang berintegriti dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata aktiviti serta program fakulti menjadi medium terbaik untuk memupuk perpaduan, meningkatkan kefahaman budaya serta menyemai semangat berdaya saing dalam kalangan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPemimpin pelajar perlu bersedia memikul tanggungjawab sosial, memainkan peranan aktif dalam pembangunan fakulti serta menyumbang kepada kemajuan masyarakat dan negara,\u201d katanya dalam sesi dialog bersama barisan MPP.<\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan MPP dalam kunjungan itu antara lain bertujuan meningkatkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan melalui interaksi profesional dengan pihak pengurusan fakulti, selain memberi pendedahan mengenai struktur pentadbiran serta memperkukuh keupayaan komunikasi dan perundingan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"577\" height=\"433\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35006\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1-10.png 577w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/1-10-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 577px) 100vw, 577px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Seluruh Majlis Perwakilan Pelajar dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi bersama dengan Pergurusan Tertinggi Fakulti Bahasa dan Komunikasi<em>.<\/em><\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"591\" height=\"443\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35007\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-10.png 591w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-10-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 591px) 100vw, 591px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Nazalinda dan Syazwana, sebagai wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi, telah membangkitkan serta membincangkan beberapa isu berbangkit berkaitan fakulti tersebut.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"631\" height=\"472\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-10.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35008\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-10.png 631w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-10-300x224.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-10-600x449.png 600w\" sizes=\"(max-width: 631px) 100vw, 631px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Perbincangan dua hala bersama Timbalan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Amir Bin Mohd Zahari, serta wakil Majlis Perwakilan Pelajar Fakulti Bahasa dan Komunikasi\u00a0 bagi membincangkan isu-isu berbangkit.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program dimulakan dengan sesi pengenalan barisan kepimpinan MPP bersama pengurusan fakulti sebelum diteruskan dengan dialog dua hala membincangkan isu kebajikan, akademik dan cadangan penambahbaikan berkaitan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi perkongsian hala tuju serta perancangan program kolaboratif turut diadakan bagi merangka inisiatif bersama yang mampu memberi impak positif kepada warga fakulti.<\/p>\n\n\n\n<p>UPSI dalam kenyataan memaklumkan kunjungan hormat itu menjadi platform strategik dalam memperkukuh jaringan kerjasama institusi serta memastikan kebajikan dan pembangunan sahsiah mahasiswa sentiasa diperkasa selaras dengan visi universiti.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Nazalinda Wanie Mohd Zariea dan Bazli Razak TANJONG MALIM, 21 Januari 2026\u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan komitmen memperkasa kepimpinan mahasiswa apabila Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) universiti itu mengadakan kunjungan hormat ke Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI di sini. Kunjungan berkenaan bertujuan mempererat hubungan dua hala antara kepimpinan pelajar dan pengurusan fakulti, di [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35005,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[222,108],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35004"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35004"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35004\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35009,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35004\/revisions\/35009"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35005"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35004"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35004"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35004"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}