{"id":35055,"date":"2026-03-05T11:24:47","date_gmt":"2026-03-05T03:24:47","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35055"},"modified":"2026-03-05T11:24:49","modified_gmt":"2026-03-05T03:24:49","slug":"lawatan-sambil-belajar-smk-seri-tanjung-ke-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/03\/05\/lawatan-sambil-belajar-smk-seri-tanjung-ke-upsi\/","title":{"rendered":"LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK SERI TANJUNG KE UPSI"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh : <\/strong>Nur Farisha Ayuni Ahmad Yusri dan En. Mohamad Basri Jamal<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 6 November 2025 <\/strong>\u2013 Program Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas), Fakulti Sains Kemanusiaan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam UPSI telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dirangka khusus bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar SMK Seri Tanjung, Kuala Selangor tentang suasana pembelajaran dan kehidupan di institusi pengajian tinggi, di samping menyuntik motivasi serta membina keyakinan diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Seawal jam 8.30 pagi, ahli jawatankuasa pelaksana telah membuat persiapan di Perpustakaan Tuanku Bainun sebelum ketibaan rombongan pelajar pada jam 9.45 pagi. Program diteruskan dengan sesi ceramah motivasi yang disampaikan oleh Profesor Madya Dr. Samsudin Suhaili dari Jabatan Pengajian Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Perkongsian beliau berjaya membuka minda serta menyemarakkan semangat pelajar untuk merancang hala tuju pendidikan selepas tamat persekolahan.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan antara kedua-dua pihak. <\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan kemudiannya diteruskan ke Perpustakaan Tuanku Bainun bagi memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman sebagai mahasiswa, sebelum sesi diteruskan ke Muzium Pendidikan Nasional UPSI untuk mengenali sejarah penubuhan universiti dan perkembangan pendidikan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, para pelajar menunjukkan keterujaan dan minat yang tinggi terhadap peluang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Komitmen dan kerjasama erat antara PPMas dan Persatuan Pendidikan\u00a0 Islam UPSI menjadi tunjang kelancaran serta kejayaan penganjuran program ini.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"529\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-15.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35057\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-15.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-15-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-15-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-15-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"529\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-14.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35058\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-14.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-14-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-14-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/3-14-600x337.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sebagai mahasiswa UPSI, penganjuran program ini menjadi satu pengalaman bermakna dalam mendekati aspirasi pendidikan generasi muda. <\/p>\n\n\n\n<p>Lawatan ini bukan sekadar sesi perkongsian dan lawatan kampus, tetapi menjadi medan menyemai harapan, membina keyakinan serta membuka ruang impian buat pelajar sekolah untuk melangkah ke institusi pengajian tinggi. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut mencerminkan komitmen mahasiswa dalam memainkan peranan sebagai agen motivasi dan pemangkin perubahan, sekali gus menyemarakkan semangat pendidikan yang berterusan dalam membentuk generasi berilmu dan berwawasan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Nur Farisha Ayuni Ahmad Yusri dan En. Mohamad Basri Jamal Tanjong Malim, 6 November 2025 \u2013 Program Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Persatuan Pengajian Malaysia (PPMas), Fakulti Sains Kemanusiaan dengan kerjasama Jabatan Pengajian Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pendidikan Islam UPSI telah berlangsung dengan jayanya di Kampus Sultan Abdul [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35056,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35055"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35055"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35055\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35059,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35055\/revisions\/35059"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35056"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35055"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35055"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35055"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}