{"id":35107,"date":"2026-03-05T15:03:48","date_gmt":"2026-03-05T07:03:48","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35107"},"modified":"2026-03-05T15:03:51","modified_gmt":"2026-03-05T07:03:51","slug":"kaunter-wezas-memudahkan-warga-upsi-tunaikan-zakat-fitrah","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/03\/05\/kaunter-wezas-memudahkan-warga-upsi-tunaikan-zakat-fitrah\/","title":{"rendered":"KAUNTER WEZAS MEMUDAHKAN WARGA UPSI TUNAIKAN ZAKAT FITRAH"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh : Adibah Yasmin Abdul Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 4 Mac 2026 \u2013<\/strong> Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam setiap kali menjelang Bulan Ramadan. Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dilantik sebagai amil untuk memungut zakat daripada kakitangan UPSI. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi tahun 2026, tiga orang kakitangan WEZAS yang diberi tanggungjawab tersebut, iaitu amil Zulfiqar Zaidi, amil Azizi Mohamad Husin @ Hussain dan amil Ahmad Sadadi Hafidz. <\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memudahkan kakitangan dan pelajar menunaikan kewajipan rukun Islam ini, pihak WEZAS telah membuka Kaunter Zakat WEZAS di beberapa tempat terpilih.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara tempat yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkkan ialah pada Majlis Perhimpunan Bulanan Edisi Mac 2026 yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pada majlis tersebut kakitangan UPSI telah dilihat mengambil kesempatan unuk menunaikan kewajipan berzakat pada awal bulan Ramadhan tanpa menunggu di penghujungnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain daripada menyediakan kemudahan menerima bayaran zakat fitrah, kaunter yang sama turut menerima zakat harta dan membantu kakitangan untuk membuat semakan kadar zakat pendapatan ekoran kenaikan gaji yang berlaku pada bulan Januari 2026. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain dari Dewan Tuanku Canselor, kaunter zakat WEZAS akan terus dibuka di beberapa fakulti dan pusat tanggungjawab yang terpilih.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini turut mendapat sambutan yang baik daripada warga UPSI yang hadir semasa perhimpunan tersebut. Antara yang turut menunaikan zakat fitrah ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar &amp; Alumni) UPSI, Prof. Dr. Norkhalid Salimin, serta Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"502\" height=\"377\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-20.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35109\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-20.png 502w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/03\/2-20-300x225.png 300w\" sizes=\"(max-width: 502px) 100vw, 502px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\"><strong>Pendaftar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Helmi Zaifura Abdul Rahman, menunaikan zakat fitrah di kaunter WEZAS.<\/strong><\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Kemudahan pembukaan kaunter ini diharap dapat memudahkan warga universiti melaksanakan tanggungjawab ibadah zakat fitrah dengan lebih mudah, sekali gus menyemarakkan semangat Imarah Ramadan dalam kalangan keluarga besar UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi tahun ini, kadar zakat fitrah yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak adalah seperti berikut mengikut jenis beras yang dimakan:<\/p>\n\n\n\n<p>\u2022 RM10 \u2013 Beras Super Spesial Tempatan &amp; Super Import<br>\u2022 RM16 \u2013 Beras Perang, Beras Wangi, Herbal Poni &amp; Beras Rebus<br>\u2022 RM25 \u2013 Beras Basmati, Beras Pulut, Beras Jepun &amp; Beras Merah<\/p>\n\n\n\n<p>Semoga ibadah yang ditunaikan diterima oleh Allah SWT serta membawa keberkatan kepada seluruh warga universiti sepanjang Ramadan yang mulia.<\/p>\n\n\n\n<p><br><br><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh : Adibah Yasmin Abdul Razak Tanjong Malim, 4 Mac 2026 \u2013 Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam setiap kali menjelang Bulan Ramadan. Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dilantik sebagai amil untuk memungut zakat daripada kakitangan UPSI. Bagi tahun 2026, tiga [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35108,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35107"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35107"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35107\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35110,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35107\/revisions\/35110"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35108"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35107"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35107"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35107"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}