{"id":35650,"date":"2026-04-09T16:03:48","date_gmt":"2026-04-09T08:03:48","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35650"},"modified":"2026-04-09T16:03:51","modified_gmt":"2026-04-09T08:03:51","slug":"perjumpaan-felo-blok-2-dan-3-perkukuh-komuniti-blok-kediaman","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/09\/perjumpaan-felo-blok-2-dan-3-perkukuh-komuniti-blok-kediaman\/","title":{"rendered":"PERJUMPAAN FELO BLOK 2 DAN 3 PERKUKUH KOMUNITI BLOK KEDIAMAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Fatini Adilah Omar<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjong Malim, 7 April 2026 \u2013<\/strong> Bersempena permulaan semester baharu, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan satu sesi perjumpaan felo yang menghimpunkan para penghuni blok bersama barisan felo serta ahli jawatankuasa blok bagi sidang 2025\/2026.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dikendalikan oleh Majlis Mahasiswa Kolej yang juga bertindak sebagai Exco Blok bagi Blok Aurellia (KHAR 2) dan Blok Sakura (KHAR 3). Inisiatif ini dilaksanakan bagi memberikan pendedahan awal kepada penghuni berkaitan perkara-perkara penting sepanjang tempoh menetap di kolej.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian telah disampaikan merangkumi peraturan kediaman, aspek kebajikan, penjagaan kesihatan, keselamatan, kemudahan yang disediakan serta panduan dalam membina kehidupan berkomuniti yang sejahtera.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis yang diadakan di Dewan Kolej Harun Aminurrashid itu menerima kehadiran lebih 200 orang penghuni. Kehadiran yang memberangsangkan ini jelas mencerminkan komitmen serta semangat kebersamaan dalam kalangan pelajar terhadap aktiviti kolej.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"550\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35652\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-13.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-13-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-13-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-13-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"550\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35653\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-13.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-13-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-13-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-13-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"550\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-13.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35654\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-13.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-13-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-13-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-13-600x338.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Mengulas lanjut dalam ucapannya, Felo Blok Aurellia, Puan Nurul Najwa menekankan kepentingan setiap penghuni memahami peranan serta tanggungjawab masing-masing sepanjang berada di kolej. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut mengingatkan agar aspek kebersihan sentiasa diberi perhatian di samping mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam masa yang sama, Felo Blok Sakura, Puan Norrulkamari menasihati para penghuni agar lebih peka terhadap aspek kesihatan dan keselamatan diri. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan kepentingan menjaga batas pergaulan, mengelakkan situasi berisiko seperti berada di kawasan sunyi secara berdua-duaan serta sentiasa mengutamakan keselamatan diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Tidak ketinggalan, Pengarah Program Perjumpaan Felo, Ainul Atiqah bersama Pengarah Program Bersama, Mursyliha Farisha turut memperkenalkan barisan Ahli Jawatankuasa Blok Kediaman masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Mereka juga sempat menyampaikan amanat ringkas serta nasihat kepada para penghuni sebagai panduan sepanjang menjalani kehidupan di kolej. Peranan jawatankuasa ini amat signifikan dalam memastikan kebajikan penghuni Blok Aurellia dan Blok Sakura terus terjaga.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, penganjuran sesi perjumpaan felo ini dilihat sebagai satu platform yang berkesan dalam membentuk komuniti kolej yang harmoni, berdisiplin dan saling menghormati. <\/p>\n\n\n\n<p>Usaha seperti ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang dalam melahirkan pelajar UPSI yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah unggul dari segi sahsiah diri.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Fatini Adilah Omar Tanjong Malim, 7 April 2026 \u2013 Bersempena permulaan semester baharu, Kolej Harun Aminurrashid (KHAR), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan satu sesi perjumpaan felo yang menghimpunkan para penghuni blok bersama barisan felo serta ahli jawatankuasa blok bagi sidang 2025\/2026. Program ini dikendalikan oleh Majlis Mahasiswa Kolej yang juga bertindak [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35651,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[176,200,96],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35650"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35650"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35650\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35655,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35650\/revisions\/35655"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35651"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35650"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35650"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35650"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}