{"id":35904,"date":"2026-04-16T11:12:42","date_gmt":"2026-04-16T03:12:42","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35904"},"modified":"2026-04-16T11:12:43","modified_gmt":"2026-04-16T03:12:43","slug":"upsi-anjur-program-kesiapsiagaan-kerjaya-fokus-resume-dan-kebolehpasaran-graduan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/16\/upsi-anjur-program-kesiapsiagaan-kerjaya-fokus-resume-dan-kebolehpasaran-graduan\/","title":{"rendered":"UPSI ANJUR PROGRAM KESIAPSIAGAAN KERJAYA FOKUS RESUME DAN KEBOLEHPASARAN GRADUAN"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>TANJONG MALIM, 15 April 2026 \u2014<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) menganjurkan program Step Into Your Future: Membina Potensi Kerjaya hari ini di Dewan Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), sebagai inisiatif persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan dan latihan industri.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang berlangsung dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu diwajibkan kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda A252 Semester 7 yang akan menjalani latihan industri pada semester hadapan, di samping dibuka kepada mahasiswa lain yang ingin meningkatkan kemahiran kebolehpasaran diri.<\/p>\n\n\n\n<p>Program berkenaan menampilkan dua slot utama yang memberi penekanan kepada pembinaan resume profesional, penjenamaan diri dan pendedahan kepada platform kerjaya digital.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi slot pertama, Dr Siti Fariza binti Mohamad Isa menyampaikan ceramah bertajuk Selling Your Resume Strategy: Establishing Long-Term Self Branding yang memberi panduan kepada pelajar tentang cara menghasilkan resume berimpak tinggi serta bersedia untuk permohonan latihan industri dan pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"470\" height=\"314\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-35.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35906\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-35.png 470w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-35-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 470px) 100vw, 470px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"474\" height=\"316\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-36.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35907\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-36.png 474w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-36-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 474px) 100vw, 474px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dalam sesi itu, beliau menjelaskan pelbagai jenis resume yang sesuai mengikut bidang seperti resume kronologi, berasaskan kemahiran, resume sasaran, resume akademik dan resume profesional. Beliau turut menekankan kepentingan menyediakan resume yang mesra sistem Applicant Tracking System (ATS) serta menarik perhatian penilai manusia.<\/p>\n\n\n\n<p>Peserta turut diperkenalkan kepada aliran kerja pembinaan resume berasaskan kecerdasan buatan (AI) menggunakan aplikasi seperti ChatGPT, Canva, Google Sites dan NotebookLM. Pendekatan itu merangkumi proses mengenal pasti kekuatan diri, menjana kandungan resume, menyesuaikan kata kunci mengikut jawatan, membina reka bentuk profesional, menghasilkan portfolio digital dan membuat semakan akhir.<\/p>\n\n\n\n<p>Dr Siti Fariza turut menggalakkan pelajar membina nilai tambah melalui penghasilan video resume dan portfolio dalam talian bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja yang semakin kompetitif.<\/p>\n\n\n\n<p>Slot kedua pula disampaikan oleh Cik Najihah daripada PERKESO yang memperkenalkan inisiatif Grad2Work by MYFutureJobs serta berkongsi panduan kepada pelajar mengenai penggunaan platform digital bagi pencarian pekerjaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui sesi tersebut, peserta didedahkan dengan kaedah pendaftaran akaun MYFutureJobs, melengkapkan profil kerjaya, mencari peluang pekerjaan, memuat turun resume, serta menggunakan pelbagai fungsi seperti Career Bridge Tools, penilaian minat vokasional dan pembangunan laluan kerjaya.<\/p>\n\n\n\n<p>Timbalan Pengarah EDGE, Dr Siti Shuhaida Shukor, berkata antara output utama program itu ialah setiap pelajar perlu menghasilkan resume profesional yang boleh digunakan oleh pelajar Semester 7 yang akan menjalani latihan industri pada Jun dan Ogos ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, resume yang dibangunkan itu juga akan dimanfaatkan oleh pelajar Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan yang bakal menghadiri sesi temu duga olok-olok sempena Karnival Kerjaya dan Keusahawanan UPSI 2026 pada Mei nanti.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cMelalui pendedahan secara langsung daripada pihak akademik dan industri, pelajar dapat memahami kehendak majikan semasa serta membuat persediaan lebih awal untuk melangkah ke alam pekerjaan,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-33.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35908\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-33.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-33-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"468\" height=\"312\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/5-22.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35909\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/5-22.png 468w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/5-22-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 468px) 100vw, 468px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang akademik, malah yakin, kompeten dan bersedia menghadapi cabaran kerjaya masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>TANJONG MALIM, 15 April 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerusi Pusat Pembangunan Keusahawanan dan Kebolehpasaran Graduan (EDGE) menganjurkan program Step Into Your Future: Membina Potensi Kerjaya hari ini di Dewan Auditorium, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS), sebagai inisiatif persediaan pelajar menghadapi dunia pekerjaan dan latihan industri. Program yang berlangsung dari jam 9 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35905,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[107,194],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35904"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35904"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35904\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35910,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35904\/revisions\/35910"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35905"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35904"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35904"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35904"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}