{"id":35971,"date":"2026-04-17T12:05:07","date_gmt":"2026-04-17T04:05:07","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35971"},"modified":"2026-04-17T12:05:10","modified_gmt":"2026-04-17T04:05:10","slug":"pendedahan-awal-kepada-generasi-baru-stem-melalui-program-bonding-beyond-borders-stem-connect","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/17\/pendedahan-awal-kepada-generasi-baru-stem-melalui-program-bonding-beyond-borders-stem-connect\/","title":{"rendered":"PENDEDAHAN AWAL KEPADA GENERASI BARU STEM MELALUI PROGRAM BONDING BEYOND BORDERS: STEM CONNECT"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Wan Rosmadi Madzlan<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 4 &amp; 5 APRIL 2026 &#8211; <\/strong>STEM Ambassador berjaya melaksanakan program Bonding Beyond Borders: STEM Connect dengan sokongan Fakulti Sains dan Matematik (FSM). <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada aktiviti STEM yang dapat membantu meningkatkan minat dan kesedaran generasi baharu terhadap kepentingan bidang STEM selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21. <\/p>\n\n\n\n<p>Penggabungan elemen STEM dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri turut mewujudkan suasana pembelajaran yang inklusif dan menyeronokkan, sekaligus menggalakkan interaksi sosial yang positif.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"537\" height=\"404\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-41.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35974\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-41.png 537w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-41-300x226.png 300w\" sizes=\"(max-width: 537px) 100vw, 537px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"527\" height=\"400\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-42.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35975\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-42.png 527w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-42-300x228.png 300w\" sizes=\"(max-width: 527px) 100vw, 527px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program ini telah dilaksanakan selama dua hari, iaitu pada 4 April 2026 di Bilik Mesyuarat, Blok 1, FSM yang dihadiri seramai 20 orang Ahli STEM Ambassador serta 2 orang Barisan Kepimpinan dan diteruskan pada 5 April 2026 di UPSI Sport Bowl yang dihadiri seramai 10 orang pada hari kedua.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan program dimulakan dengan sesi ice breaking yang bertujuan untuk merapatkan hubungan antara ahli serta mewujudkan suasana yang lebih mesra dan selesa. <\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, program diteruskan dengan perkongsian berkaitan dengan kepentingan Stargazers dalam kehidupan yang disampaikan oleh En. Wan Zul Adli Wan Mokhtar. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam slot perkongsiaan ini, beliau menekankan kepentingan bidang astronomi dan sains angkasa sebagai salah satu cabang penting dalam STEM. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menjelaskan bahawa pendedahan awal kepada aktiviti seperti cerapan langit mampu membuka minda semua terhadap keindahan alam semesta serta meningkatkan minat terhadap sains secara lebih mendalam. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini turut diserikan dengan ucapan daripada penyelaras STEM Nurturing Centre, ChM Dr Aisyah Mohamad Sharif. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama STEM Ambassador turut diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>Seterusnya, program diteruskan dengan pelaksanaan Latihan dalam kumpulan (LDK), di mana ketua bagi setiap portfolio memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik ahli STEM yang baharu dibawah portfolio masing-masing. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, perbincangan sesama ahli berkaitan skop tugasan yang perlu dititikberatkan turut dijalankan. Pendekatan ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman ahli STEM terhadap peranan mereka, malah turut menggalakkan komunikasi, kerjasama serta kemahiran kepimpinan dalam kalangan ahli.<\/p>\n\n\n\n<p>Dari sudut impak, program ini merupakan satu platform pembelajaran tidak formal yang menyokong pengukuhan pemahaman konsep STEM di luar bilik darjah. <\/p>\n\n\n\n<p>Pendedahan awal kepada aktiviti berasaskan STEM, termasuk bidang astronomi melalui slot Stargazers, dilihat mampu meningkatkan minat serta kesedaran generasi baharu terhadap kepentingan bidang tersebut selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, program ini juga memberi impak positif kepada pihak penganjur dari segi pembangunan kemahiran insaniah seperti kepimpinan, kerja berpasukan dan pengurusan program. <\/p>\n\n\n\n<p>Penglibatan dalam program ini turut membolehkan ahli jawatankuasa memperoleh pengiktirafan dalam bentuk sijil sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen yang diberikan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"754\" height=\"281\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-37.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35976\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-37.png 754w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-37-300x112.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-37-600x224.png 600w\" sizes=\"(max-width: 754px) 100vw, 754px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program Bonding Beyond Borders: STEM Connect telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan serta memberikan manfaat yang signifikan kepada semua pihak yang terlibat. <\/p>\n\n\n\n<p>Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh lagi minat dan penglibatan dalam bidang STEM dalam kalangan generasi muda.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Wan Rosmadi Madzlan TANJONG MALIM, 4 &amp; 5 APRIL 2026 &#8211; STEM Ambassador berjaya melaksanakan program Bonding Beyond Borders: STEM Connect dengan sokongan Fakulti Sains dan Matematik (FSM). Program ini dianjurkan bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada aktiviti STEM yang dapat membantu meningkatkan minat dan kesedaran generasi baharu terhadap kepentingan bidang STEM selaras [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35972,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[121,1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35971"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35971"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35971\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35977,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35971\/revisions\/35977"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35972"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35971"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35971"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35971"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}