{"id":35979,"date":"2026-04-17T15:06:56","date_gmt":"2026-04-17T07:06:56","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=35979"},"modified":"2026-04-17T15:06:58","modified_gmt":"2026-04-17T07:06:58","slug":"bengkel-penyediaan-kertas-kerja-profesional-dari-idea-ke-realiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/17\/bengkel-penyediaan-kertas-kerja-profesional-dari-idea-ke-realiti\/","title":{"rendered":"BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS KERJA PROFESIONAL: DARI IDEA KE REALITI"},"content":{"rendered":"\n<p><strong>Oleh: <\/strong>Ahmad Hayyan Na\u2019im Hamzah, Noramalina Suyanto dan Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJUNG MALIM, 8 April 2026<\/strong> \u2014 Bilik Geoenviro, Tadahan Utara, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) hari ini menjadi saksi penganjuran &#8220;Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Profesional: Dari Idea ke Realiti&#8221;. <\/p>\n\n\n\n<p>Program berimpak tinggi ini menghimpunkan seramai 41 orang peserta iaitu barisan Majlis Tertinggi dan barisan Exco Persatuan Geografi (PERGEO) bagi memperkasa kemahiran pengurusan, perancangan, dan pentadbiran organisasi yang lebih bersistematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Tirai program dibuka secara rasmi dengan sesi pendaftaran peserta, disusuli dengan ucapan alu-aluan yang menyuntik semangat oleh Putri Erra Elyana Sharizall, Yang Di Pertua Persatuan Geografi bagi sesi 2025\/2026. <\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"733\" height=\"489\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-42.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35981\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-42.png 733w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-42-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-42-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 733px) 100vw, 733px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ucapan daripada Setiausaha Kerja<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"775\" height=\"518\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-43.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35982\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-43.png 775w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-43-300x201.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-43-768x513.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-43-600x401.png 600w\" sizes=\"(max-width: 775px) 100vw, 775px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ucapan daripada Setiausaha Agung<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan bengkel ini sebagai persediaan asas yang wajib dikuasai oleh setiap pemimpin persatuan bagi memastikan kelancaran setiap program yang bakal dianjurkan kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini dirangka seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, yang memfokuskan kepada pendidikan berterusan serta peningkatan kemahiran teknikal dalam kalangan mahasiswa. <\/p>\n\n\n\n<p>Di samping itu, bengkel ini turut mendokong SDG 8: Pekerjaan yang Baik dan Pertumbuhan Ekonomi dengan menerapkan nilai profesionalisme, pemikiran strategik, dan kemahiran insaniah yang kritikal sebagai nilai tambah kebolehpasaran mahasiswa apabila melangkah ke alam kerjaya kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi memastikan penyampaian ilmu yang komprehensif, pengisian bengkel ini dibahagikan kepada tiga slot utama yang dikendalikan oleh tonggak utama persatuan. <\/p>\n\n\n\n<p>Slot pertama telah dikupas secara terperinci oleh Setiausaha Kerja, Noramalina binti Suyanto, diikuti dengan kesinambungan perkongsian mantap dalam Slot 2 oleh Setiausaha Agung, Chempaka Nur Ariesha binti Juhari. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui dua slot ini, para peserta didedahkan dengan prosedur standard perancangan program dan tatacara penulisan kertas kerja yang berkualiti mengikut format universiti terkini.<\/p>\n\n\n\n<p>Selepas sesi rehat dan sarapan pagi, bengkel diteruskan dengan Slot 3 yang dikendalikan oleh Bendahari Kehormat, Marsheilla Simmoi Macus bersama Timbalan Bendahari, Muhammad Adham Hamzi Abu Seman. <\/p>\n\n\n\n<p>Slot ini memfokuskan sepenuhnya kepada taklimat kewangan serta prosedur penyediaan bajet program. Pengurusan kewangan yang efisien dan telus ditekankan sebagai elemen kritikal bagi mengelakkan sebarang masalah ketirisan atau kekurangan dana ketika pelaksanaan program kelak.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebelum melabuhkan tirai, para peserta berpeluang menyertai sesi interaksi yang membuka ruang untuk soal jawab, percambahan idea, dan penyelesaian isu-isu berbangkit mengenai penganjuran program. <\/p>\n\n\n\n<p>Suasana perbincangan dua hala yang aktif ini membuktikan kesungguhan barisan Exco dalam memantapkan lagi kemahiran pentadbiran masing-masing.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"464\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-38.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35983\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-38.png 464w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-38-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 464px) 100vw, 464px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi interaksi yang aktif antara barisan Exco PERGEO dan penceramah<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"466\" height=\"310\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/5-26.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-35984\" style=\"width:416px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/5-26.png 466w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/5-26-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 466px) 100vw, 466px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi interaksi yang aktif antara barisan Exco PERGEO dan penceramah<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program yang padat dengan pengisian bermanfaat ini diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai. Secara keseluruhannya, Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Profesional: Dari Idea ke Realiti ini berjaya mencapai matlamatnya dalam menajamkan kecekapan pengurusan serta membina keyakinan barisan kepimpinan PERGEO. <\/p>\n\n\n\n<p>Adalah diharapkan agar ilmu yang digarap ini bakal menjadi batu loncatan kepada penganjuran lebih banyak program yang berkualiti dan berimpak tinggi pada sesi akademik ini.<\/p>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Ahmad Hayyan Na\u2019im Hamzah, Noramalina Suyanto dan Dr. Mohamad Ihsan Muhamad Ismail TANJUNG MALIM, 8 April 2026 \u2014 Bilik Geoenviro, Tadahan Utara, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah (KSAJS) hari ini menjadi saksi penganjuran &#8220;Bengkel Penyediaan Kertas Kerja Profesional: Dari Idea ke Realiti&#8221;. Program berimpak tinggi ini menghimpunkan seramai 41 orang peserta iaitu barisan Majlis [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":35980,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[166,219],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35979"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=35979"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35979\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":35985,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/35979\/revisions\/35985"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/35980"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=35979"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=35979"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=35979"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}