{"id":36271,"date":"2026-04-23T08:22:55","date_gmt":"2026-04-23T00:22:55","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36271"},"modified":"2026-04-23T08:22:58","modified_gmt":"2026-04-23T00:22:58","slug":"upsi-lancar-laman-web-rasmi-baharu-perkasa-transformasi-digital","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/23\/upsi-lancar-laman-web-rasmi-baharu-perkasa-transformasi-digital\/","title":{"rendered":"UPSI lancar laman web rasmi baharu perkasa transformasi digital"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Bazli Razak dan Mohd Fauzi Harun<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 22 April 2026\u2014<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini melancarkan laman web rasmi baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital universiti dalam usaha mempertingkatkan penyampaian maklumat dan pengalaman pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah di sini.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Dr. Md Amin, projek pembangunan laman web tersebut diterajui oleh Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK) dengan kerjasama Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi, yang memberi tumpuan kepada pembangunan platform digital lebih komprehensif dan responsif.<\/p>\n\n\n\n<p>Md Amin berkata pelancaran laman web baharu itu mencerminkan komitmen berterusan universiti dalam memperkukuh ekosistem digital selaras dengan perkembangan teknologi semasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cLaman web ini bukan sekadar medium penyampaian maklumat, malah menjadi wajah digital universiti yang mencerminkan identiti, kecemerlangan serta keupayaan UPSI dalam mendepani era transformasi digital,\u201d katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pembaharuan tersebut dirangka dengan mengambil kira keperluan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pelajar, staf, rakan strategik antarabangsa serta komuniti global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPendekatan yang lebih mesra pengguna, akses maklumat yang pantas dan tepat serta susun atur kandungan yang lebih strategik akan membantu meningkatkan kecekapan komunikasi digital universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, usaha itu juga selari dengan Aspirasi Bitara UPSI dalam memperkukuh keterlihatan di peringkat antarabangsa selain memperluas penglibatan strategik dengan pelbagai pihak.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDengan adanya ciri-ciri seperti chatbox interaktif dan paparan maklumat yang lebih tersusun, laman web ini berupaya memberikan pengalaman yang lebih dinamik serta memenuhi jangkaan pengguna masa kini,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Laman web baharu itu menampilkan beberapa penambahbaikan ketara termasuk penggunaan fungsi chatbox interaktif bagi memudahkan pertanyaan secara masa nyata, susun atur kandungan yang lebih berfokus serta penyampaian maklumat penting yang lebih jelas dan mudah dicapai.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"485\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-1024x485.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36273\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-1024x485.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-300x142.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-768x364.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-1536x727.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-2048x970.png 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-600x284.png 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Paparan utama laman web rasmi UPSI yang baharu<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"768\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-3-3-1024x768.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36274\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-3-3-1024x768.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-3-3-300x225.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-3-3-768x576.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-3-3-600x450.jpeg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-3-3.jpeg 1280w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi tanyangan video pelancaran laman web rasmi UPSI baharu pada majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36275\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4-600x400.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-4-4.jpg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dr. Md Amin (empat dari kiri) ketika menyempurnakan sesi simbolik penyerahan baju korporat kepada kakitangan UPSI baharu pada majlis yang diadakan di Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, laman berkenaan turut mengetengahkan kemudahan utama yang terdapat di UPSI seperti perpustakaan, fasiliti pembelajaran, pusat penyelidikan, kemudahan sukan dan kehidupan kampus, sekali gus memberikan gambaran menyeluruh tentang pengalaman pembelajaran dan persekitaran universiti kepada pengguna.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menyaksikan sesi simbolik penyerahan baju korporat kepada kakitangan UPSI sebagai usaha memperkukuh identiti korporat serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga universiti.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Bazli Razak dan Mohd Fauzi Harun TANJONG MALIM, 22 April 2026\u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini melancarkan laman web rasmi baharu sebagai sebahagian daripada inisiatif transformasi digital universiti dalam usaha mempertingkatkan penyampaian maklumat dan pengalaman pengguna. Majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md Amin Md Taff [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36272,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[204,90,147],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36271"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36271"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36271\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36276,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36271\/revisions\/36276"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36272"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36271"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36271"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36271"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}