{"id":36277,"date":"2026-04-23T08:24:49","date_gmt":"2026-04-23T00:24:49","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36277"},"modified":"2026-04-23T08:24:52","modified_gmt":"2026-04-23T00:24:52","slug":"wira-kawad-upsi-diraikan-lonjak-prestasi-ke-arah-kejuaraan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/23\/wira-kawad-upsi-diraikan-lonjak-prestasi-ke-arah-kejuaraan\/","title":{"rendered":"Wira Kawad UPSI diraikan, lonjak prestasi ke arah kejuaraan"},"content":{"rendered":"\n<p>oleh Bazli Razak<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 22 April 2026 \u2014<\/strong> Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Majlis Apresiasi Wira Kawad bagi menghargai pencapaian cemerlang pasukan kawad universiti itu yang konsisten mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, pasukan kawad UPSI mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga pada tahun 2023 dan 2024 sebelum meningkat ke kedudukan Naib Johan pada tahun 2025, sekali gus memperlihatkan peningkatan prestasi yang konsisten saban tahun.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap tahun kita berjaya, dan itu yang penting. Saya sendiri menyaksikan sahabat-sahabat berkorban pagi, petang, siang dan malam, berkawad tanpa henti demi universiti tercinta.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian pada majlis berkenaan di Ruang Legar, Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, di sini, hari ini<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pengorbanan yang ditunjukkan oleh para peserta bukan sahaja melibatkan tenaga fizikal, malah mencerminkan semangat juang dan kecintaan mendalam terhadap institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan kawad termasuk latihan seawal pagi sebelum Subuh membuktikan kesungguhan luar biasa dalam mencapai kecemerlangan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya diberikan video menunjukkan anda semua sudah berada di padang kawad seawal sebelum Subuh. Ini satu komitmen yang sangat tinggi, lebih-lebih lagi bagi pelajar wanita yang turut berdepan cabaran persediaan diri, namun tetap mampu memberikan yang terbaik.<\/p>\n\n\n\n<p>Tambah beliau, usaha berterusan perlu diperkasakan melalui perancangan awal serta sokongan pihak pengurusan universiti termasuk pemberian pelepasan kepada kakitangan yang terlibat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTahun ini kita cuba yang terbaik. Jika perlu berlatih awal, mulakan lebih awal. Jika perlu persediaan rapi, kita buat sebaiknya. Saya juga berharap kebajikan semua ahli pasukan terus dijaga sebagai menghargai pengorbanan mereka.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyasarkan pencapaian lebih tinggi pada masa akan datang dengan meletakkan sasaran untuk muncul sebagai juara.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKita sasarkan pada tahun ini untuk menjadi johan. Dengan semangat, disiplin dan usaha berterusan, saya yakin kita mampu mencapainya,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis yang sama turut diadakan sesi serahan sijil penghargaan kepada ahli pasukan kawad sebagai simbol pengiktirafan atas dedikasi dan pencapaian mereka sepanjang tempoh penyertaan dalam pertandingan.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-large is-resized\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-1024x683.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36279\" style=\"width:840px;height:auto\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-1024x683.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-300x200.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-768x512.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-1536x1024.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-2048x1365.jpg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/Gambar-2-3-600x400.jpg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dr Md Amin bergambar kenangan bersama wira kawad UPSI pada Majlis Apresiasi Wira Kawad di Bangunan E-Learning, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.<br>\u00a0<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman berkata pencapaian pasukan kawad yang dianggotai kakitangan universiti membuktikan bahawa budaya kecemerlangan bukan sahaja terhad kepada aspek pentadbiran dan akademik, malah turut dizahirkan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti berkawad.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata pihak pentadbiran akan terus menyokong usaha tersebut melalui pendekatan strategik termasuk analisis prestasi dan penambahbaikan berterusan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSetiap tahun kita meneliti prestasi pasukan secara menyeluruh bagi mengenal pasti ruang penambahbaikan. Sokongan dari segi logistik, kebajikan serta fleksibiliti tugas akan terus diperkasakan bagi memastikan pasukan ini mampu mencapai tahap lebih tinggi,\u201d katanya.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>oleh Bazli Razak TANJONG MALIM, 22 April 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Majlis Apresiasi Wira Kawad bagi menghargai pencapaian cemerlang pasukan kawad universiti itu yang konsisten mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan. Menurut Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, pasukan kawad UPSI mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih tempat ketiga pada [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36278,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[266,149],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36277"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36277"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36277\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36280,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36277\/revisions\/36280"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36278"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36277"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36277"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36277"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}