{"id":36352,"date":"2026-04-23T09:40:52","date_gmt":"2026-04-23T01:40:52","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36352"},"modified":"2026-04-23T09:40:54","modified_gmt":"2026-04-23T01:40:54","slug":"upsi-anjur-hari-bahasa-cina-perkukuh-hubungan-antara-budaya-di-peringkat-global","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/23\/upsi-anjur-hari-bahasa-cina-perkukuh-hubungan-antara-budaya-di-peringkat-global\/","title":{"rendered":"UPSI ANJUR HARI BAHASA CINA, PERKUKUH HUBUNGAN ANTARA BUDAYA DI PERINGKAT GLOBAL"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh Adila Munshi dan Ng Jing Han<\/p>\n\n\n\n<p>TANJONG MALIM, 22 April 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengorak langkah sebagai institusi yang mempromosikan kepelbagaian budaya apabila julung kali menjadi tuan rumah program Hari Bahasa Cina anjuran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.<\/p>\n\n\n\n<p>Program yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini berlangsung di Dewan SITC dan berjaya menarik penyertaan pelajar serta masyarakat awam dari dalam dan luar negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini bertujuan menggalakkan interaksi antara kaum, memupuk semangat perpaduan serta meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat. Selain itu, program ini turut menjadi platform penting dalam membina jaringan kerjasama strategik antara UPSI dan pelbagai institusi di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah International and Mobility Centre UPSI, Profesor Dr. Ramlee bin Ismail berkata, bahasa bukan sekadar ilmu, malah merupakan alat penting dalam membina kefahaman serta membuka peluang di peringkat global.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama dengan Kedutaan China serta pengiktirafan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menjadikan program ini satu pencapaian penting dalam usaha mempromosikan bahasa dan budaya Cina di Malaysia,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Kaunselor Pendidikan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Zhao Changtao menyatakan bahawa program ini merupakan antara usaha signifikan dalam memperkukuh hubungan antara budaya melalui bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBahasa Cina berperanan sebagai jambatan antara budaya dan mampu menggalakkan pelajar untuk memperluaskan perspektif global serta meningkatkan kefahaman antara masyarakat antarabangsa,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, para peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan Cina seperti pemakaian pakaian tradisional Hanfu, seni kaligrafi, persembahan alat muzik tradisional serta aktiviti membuat \u2018tanghulu\u2019.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"431\" height=\"285\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-76.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36354\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-76.png 431w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-76-300x198.png 300w\" sizes=\"(max-width: 431px) 100vw, 431px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">: Ucapan oleh Zhao Changtao, Kaunselor Pendidikan Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"433\" height=\"289\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-74.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36355\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-74.png 433w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-74-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 433px) 100vw, 433px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Sesi forum yang dikendalikan bersama panel jemputan.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"433\" height=\"289\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-66.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36356\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-66.png 433w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-66-300x200.png 300w\" sizes=\"(max-width: 433px) 100vw, 433px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kaligrafi.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Selain itu, beberapa sesi forum turut dianjurkan bagi memberikan pendedahan lebih mendalam kepada peserta. Antara forum yang dijalankan termasuk \u201cPengalaman Kaum Lain Mempelajari Bahasa Cina\u201d yang menampilkan Puan Rasyidah dari RTM, serta perkongsian oleh Puan Afiqah Sabariah binti Khalidar, pensyarah bahasa Cina UPSI. Turut diadakan forum bertajuk \u201cPengalaman Budaya Cina Paling Interaktif di Kampus\u201d yang dibentangkan oleh Saudari Fatimah binti Abdul Aziz Subra.<\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dilihat sebagai satu wadah penting dalam menggalakkan penglibatan aktif pelajar dalam aktiviti kebudayaan, sekali gus memperkukuh interaksi antara kaum serta meningkatkan penghargaan terhadap warisan budaya Cina.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran Hari Bahasa Cina ini turut mencerminkan komitmen UPSI dalam melahirkan masyarakat yang lebih inklusif, bertoleransi serta berfikiran global selaras dengan aspirasi pendidikan negara.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Adila Munshi dan Ng Jing Han TANJONG MALIM, 22 April 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus mengorak langkah sebagai institusi yang mempromosikan kepelbagaian budaya apabila julung kali menjadi tuan rumah program Hari Bahasa Cina anjuran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu. Program yang dikendalikan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ini berlangsung di Dewan SITC dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36353,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[222,108],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36352"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36352"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36352\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36357,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36352\/revisions\/36357"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36353"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36352"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36352"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36352"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}