{"id":36446,"date":"2026-04-27T10:34:21","date_gmt":"2026-04-27T02:34:21","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36446"},"modified":"2026-04-27T10:34:23","modified_gmt":"2026-04-27T02:34:23","slug":"upsi-terima-kunjungan-uestc-perkukuh-kerjasama-akademik-dan-penyelidikan","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/27\/upsi-terima-kunjungan-uestc-perkukuh-kerjasama-akademik-dan-penyelidikan\/","title":{"rendered":"UPSI TERIMA KUNJUNGAN UESTC, PERKUKUH KERJASAMA AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Husna binti Mohd Noor<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 23 April 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Electronic Science and Technology of China (UESTC) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.<\/p>\n\n\n\n<p>Delegasi University of Electronic Science and Technology of China (UESTC) diketuai oleh Professor Hu Jun, Presiden UESTC, bersama barisan wakil universiti. Sementara itu, delegasi UPSI diketuai oleh Professor Dato\u2019 Dr. Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI, bersama barisan pengurusan universiti dan staf akademik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan serta pembentangan institusi oleh pihak UPSI, diikuti pembentangan oleh UESTC yang mengetengahkan kekuatan dan kepakaran universiti tersebut,<\/p>\n\n\n\n<p>Perbincangan dua hala yang berlangsung kemudiannya memberi tumpuan kepada beberapa potensi kerjasama strategik. Dalam sesi tersebut, Naib Canselor UPSI telah mengemukakan beberapa cadangan utama bagi memperkukuh kolaborasi antara kedua-dua institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Antara cadangan yang dikemukakan termasuk penghantaran tiga (3) orang pelajar dan seorang (1) pensyarah dalam bidang Robotik untuk menyertai program sekolah musim panas antarabangsa di UESTC pada 4 hingga 18 Julai 2026. Selain itu, cadangan turut merangkumi pelaksanaan program penempatan staf (staff attachment) dalam bidang Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Pentadbiran Awam.<\/p>\n\n\n\n<p>Kerjasama akademik turut diperkukuh melalui cadangan penganjuran program bersama dalam bidang Bahasa, khususnya Bahasa Melayu, serta Ekonomi. Di samping itu, kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperluas kerjasama dalam penyelidikan melalui projek bersama dan penerbitan ilmiah.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai langkah memperkukuh hubungan akademik, UPSI turut mencadangkan pelantikan Profesor Adjung daripada UESTC bagi menyumbang kepada pembangunan pengajaran dan penyelidikan di universiti ini.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"941\" height=\"625\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-83.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36448\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-83.png 941w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-83-300x199.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-83-768x510.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-83-600x399.png 600w\" sizes=\"(max-width: 941px) 100vw, 941px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Naib Canselor UPSI, Prof. Dato\u2019 Dr. Md Amin Md Taff berkata, jalinan kerjasama ini selari dengan aspirasi universiti dalam memperluas jaringan global serta memperkasa ekosistem pendidikan tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKerjasama strategik seperti ini bukan sahaja membuka peluang mobiliti akademik, malah memperkukuh penyelidikan bersama yang memberi impak kepada pembangunan ilmu dan inovasi,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>UESTC juga dikenali sebagai antara universiti terkemuka di China dalam bidang \u201celectronic information\u201d, dan sering dirujuk sebagai \u201cCradle of China\u2019s Electronic Industry\u201d kerana sumbangannya yang besar dalam pembangunan industri teknologi negara tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p>Kemuncak lawatan tersebut adalah majlis menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intention, LoI) antara UPSI dan UESTC sebagai simbol komitmen bersama dalam mempererat hubungan dua hala.<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis diakhiri dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan persahabatan antara kedua-dua institusi.<\/p>\n\n\n\n<p>Kunjungan ini dilihat sebagai satu langkah signifikan dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi strategik antara UPSI dan UESTC pada masa hadapan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Husna binti Mohd Noor Tanjong Malim, 23 April 2026 \u2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menerima kunjungan hormat daripada delegasi University of Electronic Science and Technology of China (UESTC) dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan penyelidikan di peringkat antarabangsa. Delegasi University of Electronic Science and Technology of China (UESTC) diketuai oleh Professor Hu [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36447,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[191],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36446"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36446"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36446\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36449,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36446\/revisions\/36449"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36447"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36446"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36446"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36446"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}