{"id":36486,"date":"2026-04-27T11:11:46","date_gmt":"2026-04-27T03:11:46","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36486"},"modified":"2026-04-27T11:11:48","modified_gmt":"2026-04-27T03:11:48","slug":"kakitangan-unit-aurora-upsi-tingkat-kemahiran-rekreasi-air-menerusi-kursus-international-swiftwater-rescue-r1-r2","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/27\/kakitangan-unit-aurora-upsi-tingkat-kemahiran-rekreasi-air-menerusi-kursus-international-swiftwater-rescue-r1-r2\/","title":{"rendered":"Kakitangan Unit AURORA UPSI Tingkat Kemahiran Rekreasi Air Menerusi Kursus International Swiftwater Rescue R1 &#038; R2"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Aiman Hariz<\/p>\n\n\n\n<p><strong>KUALA KANGSAR, 20 April 2026<\/strong> \u2013 Seramai lima orang kakitangan dari Unit <em>Adventure Leadership &amp; Outdoor Recreation Academy<\/em> (AURORA), Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai Kursus <em>International Swiftwater Rescue R1 &amp; R2<\/em> yang berlangsung dari 17 hingga 20 April 2026 lalu di <em>Perak River Lang Buana Training Center<\/em>, Kuala Kangsar.<\/p>\n\n\n\n<p>Kursus yang dianjurkan oleh <em>International Search &amp; Rescue Alliance Malaysia<\/em> (ISARA) dengan kerjasama <em>Perak River Lang Buana Training Center<\/em> ini melibatkan 18 peserta daripada pelbagai agensi termasuk anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), kakitangan UPSI serta wakil Pasukan Keselamatan Air Malaysia. <strong><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Penyertaan kakitangan AURORA dalam kursus ini merupakan satu inisiatif penting dalam memperkukuh kemahiran teknikal berkaitan operasi menyelamat di kawasan arus deras, selari dengan peranan AURORA sebagai unit yang memberi fokus kepada bidang rekreasi dan pendidikan luar.<\/p>\n\n\n\n<p>Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul latihan praktikal termasuk teknik renang di dalam arus deras, menentukan <em>ferry angle<\/em>, penggunaan peralatan menyelamat serta teknik menyelamatkan mangsa. Latihan dijalankan secara simulasi sebenar di Sungai Perak yang terkenal dengan arus deras yang mencabar, sekali gus memberikan pengalaman lapangan kepada peserta dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, penyertaan ini meningkatkan kemahiran kakitangan AURORA dalam memastikan setiap aktiviti rekreasi yang dianjurkan bukan sahaja menyeronokkan, malah menitikberatkan aspek keselamatan dan pengurusan risiko.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Aiman Hariz KUALA KANGSAR, 20 April 2026 \u2013 Seramai lima orang kakitangan dari Unit Adventure Leadership &amp; Outdoor Recreation Academy (AURORA), Pusat Kokurikulum, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menyertai Kursus International Swiftwater Rescue R1 &amp; R2 yang berlangsung dari 17 hingga 20 April 2026 lalu di Perak River Lang Buana Training Center, Kuala [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36487,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[109],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36486"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36486"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36486\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36488,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36486\/revisions\/36488"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36487"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36486"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36486"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36486"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}