{"id":36594,"date":"2026-04-27T15:38:01","date_gmt":"2026-04-27T07:38:01","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36594"},"modified":"2026-04-27T15:38:02","modified_gmt":"2026-04-27T07:38:02","slug":"menelusuri-makna-di-sebalik-penamaan-kohort-awang-sariyan-sebagai-cerminan-jati-diri-mahasiswa-bahasa-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/27\/menelusuri-makna-di-sebalik-penamaan-kohort-awang-sariyan-sebagai-cerminan-jati-diri-mahasiswa-bahasa-melayu\/","title":{"rendered":"Menelusuri Makna di Sebalik Penamaan: Kohort Awang Sariyan sebagai Cerminan Jati Diri Mahasiswa Bahasa Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Mohd Hazreen Shah Hassan<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik, pembinaan identiti mahasiswa bukan lagi bersifat sampingan, sebaliknya menjadi teras penting dalam membentuk generasi intelektual yang berjati diri. Justeru, penganjuran Majlis Penamaan Kohort Awang Sariyan (Wangsa) pada 15 April 2026 di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bukan sekadar sebuah acara seremoni, tetapi satu manifestasi nilai, aspirasi dan perjuangan ilmu yang lebih besar. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis ini menghimpunkan mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dalam satu ruang kebersamaan yang sarat dengan makna. <\/p>\n\n\n\n<p>Kehadiran barisan pengurusan tertinggi fakulti, termasuk Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Profesor Madya Dr. Mazura @ Mastura binti Muhammad serta Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Dr. Mohd Amir bin Mohd Zahari, bersama para pensyarah Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, telah memberikan dimensi yang signifikan terhadap program ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Suasana yang terhasil bukan sahaja bersifat ilmiah, tetapi turut menyemai rasa kekeluargaan dalam kalangan warga fakulti dan mahasiswa.<\/p>\n\n\n\n<p>Penamaan kohort merupakan satu tradisi penting dalam ekosistem pendidikan di Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. <\/p>\n\n\n\n<p>Namun demikian, di sebalik tradisi ini tersirat satu falsafah yang mendalam bahawa nama bukan sekadar label, tetapi membawa roh perjuangan dan nilai yang perlu diwarisi. <\/p>\n\n\n\n<p>Pemilihan nama Awang Sariyan sebagai identiti kohort bukanlah suatu kebetulan. Tokoh ini dikenali sebagai pejuang bahasa yang konsisten mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan wahana pemikiran. <\/p>\n\n\n\n<p>Tokoh ini juga pernah berkhidmat di bumi Muallim ini sebagai tenaga pengajar dan juga sebagai Profesor Adjung. Justeru, penamaan ini menjadi simbol penghargaan atas jasa baktinya kepada Anak-anak Ibu Kandung Suluh Budiman dan kecintaannya terhadap bahasa, keteguhan prinsip keilmuan serta komitmen terhadap pembinaan peradaban berteraskan bahasa.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi Pengarah Program, Nurul Asmila, pemilihan nama ini bukan sahaja melambangkan pengiktirafan terhadap ketokohan Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan, malah menjadi simbol aspirasi pelajar untuk menjunjung ilmu pengetahuan dan memperkukuh kecintaan terhadap bahasa Melayu. Dalam konteks ini, nama yang diangkat bukan sekadar untuk dikenang, tetapi menjadi satu tanggungjawab moral kepada mahasiswa untuk meneladani semangat perjuangan tokoh dalam kehidupan akademik dan profesional.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Di Sebalik Nama: Etika, Usaha dan Penghormatan<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik penamaan yang kelihatan simbolik ini, terdapat usaha yang digerakkan dengan penuh tertib dan penghormatan terhadap tradisi keilmuan. Pihak pengurusan fakulti, khususnya Yang Berusaha Dekan bersama Ketua Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu (JBKM), Dr. Norfaizah binti Abdul Jobar telah mengambil langkah proaktif dalam memperoleh kebenaran rasmi penggunaan nama Awang Sariyan sebagai nama kohort. Langkah ini mencerminkan satu etika akademik yang tinggi\u00a0 bahawa sesuatu nama yang diangkat bukan sekadar digunakan, tetapi dihormati, dipohon dan diraikan dengan penuh adab keilmuan. Perihal ini juga memperlihatkan kesungguhan institusi dalam memastikan bahawa setiap simbol yang dibina berasaskan nilai dan prinsip yang jelas. Dalam ucapannya, Yang Berusaha Dekan menegaskan bahawa nama yang diangkat bukan sekadar satu gelaran, tetapi satu amanah yang perlu dijaga dengan penuh tanggungjawab. Mahasiswa Kohort Awang Sariyan diingatkan agar menjaga nama dengan sebaik-baiknya dan membuktikan bahawa kohort ini bukan kohort yang biasa-biasa, tetapi kohort yang berprinsip, berilmu dan berdaya saing.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih mengesankan, YB Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan sendiri telah memberikan respons terhadap permohonan tersebut melalui satu perkongsian di media sosial. Respons yang sederhana itu, namun sarat dengan makna, mencerminkan sokongan dan penghargaan beliau terhadap inisiatif yang digerakkan oleh pihak fakulti. Momen ini secara tidak langsung memperkukuh hubungan antara tokoh bahasa dan dunia pendidikan, sekali gus memberikan legitimasi moral kepada penamaan kohort tersebut.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Wahana Pembentukan Jati Diri Mahasiswa<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Program ini bukan sekadar sebuah acara, tetapi merupakan wahana pembelajaran autentik yang melibatkan pelajar secara langsung dalam pengurusan, perancangan dan pelaksanaan program. Penglibatan ini bukan sahaja memupuk kemahiran komunikasi dan kepimpinan, malah mengasah keupayaan berfikir secara kritis serta menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar.<\/p>\n\n\n\n<p>Lebih penting, pengalaman ini membentuk satu kesedaran bahawa pembelajaran tidak terhad dalam bilik kuliah semata-mata. Sebaliknya, ia berkembang melalui interaksi sosial, kerja berpasukan dan penglibatan aktif dalam aktiviti berpersatuan. Dalam konteks ini, program penamaan kohort menjadi ruang pembentukan \u201cJiwa UPSI\u201d, iaitu jiwa pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi membina insan dan membentuk peradaban.<\/p>\n\n\n\n<p><strong><em>Bahasa sebagai Teras Peradaban<\/em><\/strong><\/p>\n\n\n\n<p>Selari dengan slogan kohort, \u201cIlmu Dilestarikan, Bahasa Dimartabatkan\u201d, majlis ini mengangkat bahasa Melayu sebagai teras pembinaan ilmu dan identiti bangsa. Dalam era globalisasi yang sarat dengan cabaran linguistik dan budaya, usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu digerakkan secara berterusan dan berstrategi. Mahasiswa AT05 sebagai bakal pendidik memainkan peranan penting dalam memastikan bahasa Melayu terus relevan sebagai bahasa ilmu. Hal ini bukan sahaja melibatkan penguasaan bahasa yang baik, tetapi juga kemampuan untuk mengangkat bahasa sebagai medium pemikiran kritis, wacana ilmiah dan pembinaan nilai.<\/p>\n\n\n\n<p>Oleh itu, penamaan Kohort Awang Sariyan bukan sekadar satu acara simbolik, tetapi satu titik mula kepada perjalanan intelektual yang lebih besar. Nama yang diangkat bukan untuk dikenang semata-mata, tetapi untuk dihayati dan diterjemahkan dalam tindakan. Sebagaimana semangat yang dibawa oleh tokoh tersebut, mahasiswa diharapkan mampu menjadi generasi pendidik yang berilmu, berjiwa besar dan berprinsip yang memartabatkan bahasa, melestarikan ilmu, dan membina peradaban.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"562\" height=\"316\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-95.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36596\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-95.png 562w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/2-95-300x169.png 300w\" sizes=\"(max-width: 562px) 100vw, 562px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Dekan Fakulti Bahasa Komunikasi menyampaikan ucapan perasmian.<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"612\" height=\"375\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-91.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36597\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-91.png 612w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-91-300x184.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/3-91-600x368.png 600w\" sizes=\"(max-width: 612px) 100vw, 612px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"977\" height=\"377\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-79.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-36598\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-79.png 977w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-79-300x116.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-79-768x296.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/4-79-600x232.png 600w\" sizes=\"(max-width: 977px) 100vw, 977px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p><\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Mohd Hazreen Shah Hassan Dalam landskap pendidikan tinggi yang semakin dinamik, pembinaan identiti mahasiswa bukan lagi bersifat sampingan, sebaliknya menjadi teras penting dalam membentuk generasi intelektual yang berjati diri. Justeru, penganjuran Majlis Penamaan Kohort Awang Sariyan (Wangsa) pada 15 April 2026 di Dewan Kuliah Pusat 3, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bukan sekadar sebuah [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36595,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[140],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36594"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36594"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36594\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36599,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36594\/revisions\/36599"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36595"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36594"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36594"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36594"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}