{"id":36780,"date":"2026-04-30T16:53:21","date_gmt":"2026-04-30T08:53:21","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36780"},"modified":"2026-04-30T16:53:24","modified_gmt":"2026-04-30T08:53:24","slug":"upsi-jadi-pentas-transformasi-bahasa-melayu","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/04\/30\/upsi-jadi-pentas-transformasi-bahasa-melayu\/","title":{"rendered":"UPSI Jadi Pentas Transformasi Bahasa Melayu"},"content":{"rendered":"\n<p>Disediakan oleh : Najwa Syahindah<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Tanjung Malim, 30 April 2026<\/strong> &#8211; Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu dan jati diri bangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh peranannya melalui penganjuran Pertandingan Bicara Berirama Piala Naib Canselor UPSI 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 April 2026. <\/p>\n\n\n\n<p>Program berprestij ini merupakan anjuran Exco Perhubungan Awam dan Korporat, Majlis Mahasiswa Kolej Ungku Omar Sidang 2025\/2026 dan telah diadakan di Dewan Kolej Ungku Omar serta Panggung Percubaan, Kampus Sultan Azlan Shah. <\/p>\n\n\n\n<p>Mengangkat tema <em>\u201cPendidikan Menginspirasi, Dunia Bertransformasi\u201d<\/em>, bermula dengan saingan 15 buah sekolah menengah dari seluruh pelosok negara, kini hanya lima kumpulan terunggul yang tinggal untuk berentap di pentas gah Panggung Percubaan, UPSI.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36782\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-2048x1152.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-2-2-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pertandingan Bicara Berirama Piala Naib Canselor UPSI 2026 sedang berlangsung<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36783\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-2048x1152.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-3-4-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ucapan Pengarah Program, Nur Qistina Balqis<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36784\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-2048x1152.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-4-1-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ucapan Penasihat Program, Encik Hafiz Abd Manap<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sepanjang pertandingan berlangsung, para peserta telah mempamerkan keupayaan yang memberangsangkan dari segi penghayatan, kreativiti serta penyampaian yang berkesan. <\/p>\n\n\n\n<p>Persembahan bicara berirama yang diketengahkan bukan sahaja menuntut kemahiran berbahasa yang tinggi, malah turut menggabungkan elemen emosi, intonasi dan ekspresi yang mampu menyentuh jiwa audiens. <\/p>\n\n\n\n<p>Melalui penyertaan ini, para pelajar berpeluang mengasah pelbagai kemahiran insaniah seperti komunikasi berkesan, kepimpinan, kreativiti serta semangat kerjasama dalam pasukan, sekali gus membentuk keyakinan diri dan jati diri yang utuh dalam menghadapi cabaran masa hadapan.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program ini turut disokong penuh oleh kerjasama strategik pelbagai pihak terutama sekali Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penaja utama serta KarangKraf, Printcious dan UPSI Holdings Sdn Bhd. Sokongan padu daripada rakan kolaborasi dan barisan penaja ini mencerminkan komitmen bersama dalam memartabatkan bahasa Melayu serta pembangunan potensi generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam ucapan aluan oleh Pengarah Program, Nur Qistina Balqis menyatakan rasa syukur atas kejayaan pelaksanaan program ini serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk membentuk generasi yang tajam pemikiran, mempunyai pendirian yang berani serta luhur perjuangan dalam membina masa depan negara.<\/p>\n\n\n\n<p>Penasihat program, Encik Hafiz Abd Manap menegaskan bahawa masyarakat tidak boleh mengetepikan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi tunjang identiti negara. \u201cPertandingan seperti ini secara tidak langsung menjadi wadah penting dalam memartabatkan Bahasa Melayu agar terus kekal relevan,\u201d ujar beliau dalam ucapannya.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya berharap program ini dapat membentuk peribadi unggul dan daya saing yang positif dalam kalangan pelajar. <\/p>\n\n\n\n<p>Saya juga berharap program yang berlangsung dengan jayanya ini mencapai objektif yang dirancang serta diteruskan pada masa hadapan sebagai wadah memperkasa bakat,\u201d ucap Encik Zulkifli Mamat, Timbalan Pengerusi Majlis Pengetua Kolej Kediaman UPSI sekaligus merasmikan pelaksanaan program tersebut.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36785\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-2048x1152.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-5-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Ucapan Perasmi Program, Encik Zulkifli Mamat<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-1024x576.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-36786\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-1024x576.jpeg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-300x169.jpeg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-768x432.jpeg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-1536x864.jpeg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-2048x1152.jpeg 2048w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/04\/GAMBAR-6-1-600x338.jpeg 600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Johan Pertandingan Bicara Berirama Piala Naib Canselor UPSI 2026, SMK Zon R1 Wangsa Maju<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Gelaran Johan telah berjaya dirangkul oleh SMK Zon R1 Wangsa Maju, manakala Naib Johan disandang oleh SMK Taman Seraya. Tempat ketiga pula dimenangi oleh SM Sains Pasir Puteh. Bagi kategori saguhati, SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 dan SMK Bukit Goh masing-masing menerima pengiktirafan atas usaha dan persembahan yang memberangsangkan.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beberapa anugerah khas turut diberikan bagi menghargai keunikan dan kekuatan persembahan setiap pasukan. Anugerah Persembahan Terbaik telah dimenangi oleh SMK Taman Seraya, manakala Anugerah Koreografi Terbaik menjadi milik SMK Zon R1 Wangsa Maju. Bagi kategori Konduktor Terbaik, anugerah tersebut telah diberikan kepada Nur Adreana Batrisya binti Muhd Hashmeyzul Azrey dari SM Sains Pasir Puteh atas kepimpinan dan keupayaannya mengendalikan persembahan dengan cemerlang.<\/p>\n\n\n\n<p>Kesimpulannya, Pertandingan Bicara Berirama Piala Naib Canselor UPSI 2026 bukan sekadar sebuah pertandingan pengucapan awam, malah merupakan manifestasi kepada usaha berterusan dalam memperkasa bahasa Melayu sebagai medium ilmu dan komunikasi berimpak tinggi. Selaras dengan temanya, program ini telah berjaya membuktikan bahawa pendidikan berupaya menjadi pemangkin perubahan, manakala bahasa menjadi jambatan yang menghubungkan pemikiran, nilai dan masa depan generasi muda.<\/p>\n\n\n\n<p>Melalui pentas bicara yang penuh penghayatan dan kreativiti, para peserta telah menunjukkan bahawa setiap ungkapan kata mampu mencetuskan inspirasi dan membentuk transformasi dalam diri serta masyarakat. Justeru, usaha seperti ini wajar diteruskan sebagai wadah melahirkan generasi yang bukan sahaja fasih berbahasa, malah berilmu, berkeyakinan dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran dunia yang sentiasa berubah.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Disediakan oleh : Najwa Syahindah Tanjung Malim, 30 April 2026 &#8211; Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai wahana ilmu dan jati diri bangsa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh peranannya melalui penganjuran Pertandingan Bicara Berirama Piala Naib Canselor UPSI 2026 yang berlangsung pada 29 hingga 30 April 2026. Program berprestij ini merupakan anjuran Exco [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36781,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[207],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36780"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36780"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36780\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":36787,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36780\/revisions\/36787"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36781"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36780"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36780"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36780"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}