{"id":36998,"date":"2026-05-05T12:21:03","date_gmt":"2026-05-05T04:21:03","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=36998"},"modified":"2026-05-05T12:21:04","modified_gmt":"2026-05-05T04:21:04","slug":"pelajar-upsi-dan-drama-cuaca-di-tanjong-malim","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/05\/pelajar-upsi-dan-drama-cuaca-di-tanjong-malim\/","title":{"rendered":"Pelajar UPSI dan Drama Cuaca di Tanjong Malim"},"content":{"rendered":"\n<p><em>Oleh Ajijulshah Saidin<\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Pagi terasa seperti di tanah tinggi, tengah hari membahang seperti di gurun, dan petang pula disirami hujan tanpa amaran. Itulah \u201cskrip harian\u201d di Tanjong Malim sejak kebelakangan ini. Sebuah hantaran jenaka di media sosial yang memaparkan Tanjong Malim \u201cbersalji\u201d pada waktu pagi, \u201cterbakar\u201d pada tengah hari, dan \u201cbanjir\u201d pada petang bukan sahaja mencuit hati, malah dirasakan terlalu dekat dengan realiti, terutamanya dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).<\/p>\n\n\n\n<p>Di sebalik gurauan tersebut, terselit keluhan yang tidak sedikit. Perubahan cuaca yang mendadak ini bukan sekadar mengganggu keselesaan, tetapi turut memberi kesan kepada rutin harian dan kesejahteraan pelajar. Pagi yang dingin masih memberi ruang untuk memulakan hari dengan tenang, namun apabila jarum jam menghampiri tengah hari, bahangnya mula dirasai hingga ke dalam bilik kuliah.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSemester kali ini, saya ke kelas dengan dua benda wajib yang memang tak boleh tinggal, payung dan kipas mini,\u201d kata Nur Aina, pelajar semester empat di UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Manakala seorang pelajar lelaki berkongsi bahawa rumah mereka kini dipenuhi kipas tambahan. \u201cBaru seminggu masuk semula selepas cuti, rumah saya sudah penuh dengan pelbagai jenis kipas yang dibeli secara atas talian. Memang tak tahan panas. Bahangnya seolah-olah terperangkap dalam dinding dan berlarutan sampai ke malam.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Seorang lagi pelajar UPSI turut berkongsi perubahan rutinnya akibat cuaca yang tidak menentu ini. \u201cSejak kebelakangan ini, saya ada rutin baru. Setiap kali keluar rumah dan balik, saya akan terus mandi. Saya juga lebih kerap ke dobi untuk basuh cadar dan selimut sebab berpeluh sepanjang malam. Nak jemur pun kena fikir dua kali, takut-takut hujan turun tiba-tiba.\u201d<\/p>\n\n\n\n<p>Fenomena ini, walaupun kedengaran seperti perkara biasa, sebenarnya mencerminkan perubahan cuaca yang semakin tidak menentu. Ia menuntut kita untuk lebih peka dan bersedia, bukan sahaja dari segi keselesaan, tetapi juga kesihatan. Dehidrasi, keletihan melampau dan risiko demam akibat perubahan suhu yang drastik antara panas dan hujan adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai langkah berjaga-jaga, pelajar disarankan untuk sentiasa membawa payung, memakai pakaian yang sesuai dengan cuaca, serta memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang hari. Penggunaan kipas tambahan juga perlu dilakukan secara bijak dengan mematuhi peraturan kolej kediaman bagi mengelakkan risiko keselamatan. Aktiviti luar wajar dikurangkan ketika cuaca terlalu panas bagi mengelakkan kesan kepada kesihatan pelajar.<\/p>\n\n\n\n<p>Cuaca mungkin di luar kawalan kita, tetapi cara kita menghadapinya terletak di tangan sendiri. Dalam ketidaktentuan ini, yang penting adalah kepekaan dan kesiapsiagaan. Memang betul Tanjong Malim kini penuh dengan kejutan, namun sebagai komuniti kampus, kita mampu menyesuaikan diri dan terus menjalani hari dengan lebih bijak. Jadi, sebelum melangkah keluar, bukan lagi \u201ctepuk dada, tanya selera\u201d, tetapi tepuk dada dan teka, hari ini payung atau kipas yang perlu dibawa?<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh Ajijulshah Saidin Pagi terasa seperti di tanah tinggi, tengah hari membahang seperti di gurun, dan petang pula disirami hujan tanpa amaran. Itulah \u201cskrip harian\u201d di Tanjong Malim sejak kebelakangan ini. Sebuah hantaran jenaka di media sosial yang memaparkan Tanjong Malim \u201cbersalji\u201d pada waktu pagi, \u201cterbakar\u201d pada tengah hari, dan \u201cbanjir\u201d pada petang bukan sahaja [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":36999,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[1],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36998"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=36998"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36998\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37000,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/36998\/revisions\/37000"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/36999"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=36998"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=36998"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=36998"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}