{"id":37058,"date":"2026-05-11T11:13:30","date_gmt":"2026-05-11T03:13:30","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37058"},"modified":"2026-05-11T11:13:34","modified_gmt":"2026-05-11T03:13:34","slug":"penyaluran-sumbangan-skim-khairat-kematian-upsi-sebagai-manifestasi-keprihatinan-terhadap-kebajikan-warga-universiti","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/11\/penyaluran-sumbangan-skim-khairat-kematian-upsi-sebagai-manifestasi-keprihatinan-terhadap-kebajikan-warga-universiti\/","title":{"rendered":"Penyaluran Sumbangan Skim Khairat Kematian UPSI sebagai Manifestasi Keprihatinan Terhadap Kebajikan Warga Universiti."},"content":{"rendered":"\n<p>Disediakan oleh : Cik Adibah Yasmin Binti Abdul Razak<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 4 Mei 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan warganya melalui pelaksanaan Skim Khairat Kematian dengan penyaluran sumbangan kepada waris Allahyarhamah Puan Nurshuhada binti Mohd Saad.<\/p>\n\n\n\n<p>Allahyarhamah, yang dilahirkan pada 22 Mac 1989, telah kembali ke rahmatullah pada 6 Mac 2026 akibat pendarahan intracranial. Sepanjang tempoh perkhidmatan, beliau telah menjalankan amanah sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian\/Operasi) N1 di Bahagian Sumber Manusia UPSI dengan penuh dedikasi, integriti dan rasa tanggungjawab yang tinggi.<\/p>\n\n\n\n<p>Allahyarhamah memulakan khidmat di UPSI pada tahun 2013 di Fakulti Sains Matematik sebelum ditempatkan di Bahagian Sumber Manusia, Unit Latihan pada tahun 2023. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh warga universiti, khususnya dalam kalangan rakan sekerja yang pernah berurusan dan berkhidmat bersama beliau.<\/p>\n\n\n\n<p>Sebagai tanda keprihatinan institusi terhadap kebajikan staf dan waris, Pengarah WEZAS, Profesor Madya Dr. Mohd Abdul Nasir Abd Latif telah menyampaikan sumbangan khairat kematian berjumlah RM11,135.00 kepada pihak keluarga Allahyarhamah. Sumbangan tersebut merupakan hasil kutipan kebajikan dalam kalangan warga UPSI melalui pelaksanaan Skim Khairat Kematian universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyatakan bahawa inisiatif ini mencerminkan nilai kebersamaan, ihsan dan solidariti yang menjadi teras dalam ekosistem komuniti UPSI, khususnya dalam mendepani ujian kehilangan insan tersayang.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cAdalah diharapkan agar sumbangan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga Allahyarhamah, di samping menjadi tanda penghargaan institusi terhadap jasa dan bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan,\u201d ujar beliau.<\/p>\n\n\n\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"604\" height=\"454\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-24.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37060\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-24.png 604w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-24-300x225.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-24-600x451.png 600w\" sizes=\"(max-width: 604px) 100vw, 604px\" \/><\/figure>\n\n\n\n<p>Seluruh warga UPSI turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah serta mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman serta para solihin.<\/p>\n\n\n\n<p>Pelaksanaan Skim Khairat Kematian ini secara jelas menggambarkan komitmen berterusan UPSI dalam memelihara kebajikan warga kerjanya, selaras dengan prinsip kesejahteraan dan nilai kemanusiaan yang dijunjung tinggi oleh institusi.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Disediakan oleh : Cik Adibah Yasmin Binti Abdul Razak Tanjong Malim, 4 Mei 2026 \u2014 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh komitmen terhadap kebajikan warganya melalui pelaksanaan Skim Khairat Kematian dengan penyaluran sumbangan kepada waris Allahyarhamah Puan Nurshuhada binti Mohd Saad. Allahyarhamah, yang dilahirkan pada 22 Mac 1989, telah kembali ke rahmatullah pada 6 [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37059,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37058"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37058"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37058\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37061,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37058\/revisions\/37061"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37059"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37058"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37058"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37058"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}