{"id":37062,"date":"2026-05-11T11:15:08","date_gmt":"2026-05-11T03:15:08","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37062"},"modified":"2026-05-11T11:15:09","modified_gmt":"2026-05-11T03:15:09","slug":"penyerahan-zakat-etiqa-general-takaful-berhad-perkukuh-kebajikan-pelajar-asnaf-upsi","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/11\/penyerahan-zakat-etiqa-general-takaful-berhad-perkukuh-kebajikan-pelajar-asnaf-upsi\/","title":{"rendered":"Penyerahan Zakat Etiqa General Takaful Berhad Perkukuh Kebajikan Pelajar Asnaf UPSI."},"content":{"rendered":"\n<p>Tanjong Malim, 5 Mei 2026 \u2013 Majlis Penyerahan Zakat daripada Etiqa General Takaful Berhad telah berlangsung dengan jayanya sebagai simbol komitmen berterusan sektor korporat dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama universiti melalui Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), khususnya dalam memperkasa kebajikan dan pendidikan pelajar asnaf UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam majlis tersebut, Etiqa General Takaful Berhad telah menyerahkan dana zakat berjumlah RM250,000 bagi membantu pelajar asnaf UPSI menerusi pelbagai skim bantuan yang diwujudkan oleh WEZAS. Bantuan ini bertujuan mengurangkan beban kewangan pelajar agar mereka dapat meneruskan pengajian dalam keadaan lebih selesa dan kondusif. Agihan dana akan dilaksanakan berdasarkan syarat kelayakan yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Agihan Zakat UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa General Takaful Berhad, Faiezy Hasnan berkata, sejak tahun 2020 hingga 2024, pihak Etiqa telah menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM1.19 juta kepada UPSI sebagai usaha membantu pelajar yang memerlukan. Menurut beliau, sumbangan tersebut bukan sekadar angka, malah membawa makna besar kepada masa depan para pelajar yang menerima bantuan.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut menegaskan bahawa aspirasi \u201cMaking the World a Better Place\u201d menjadi pegangan utama Etiqa Takaful dalam memastikan pengurusan zakat dilaksanakan secara strategik, berimpak tinggi dan memberi manfaat jangka panjang kepada masyarakat. Kerjasama bersama UPSI juga disifatkan sebagai langkah penting bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar layak melalui tadbir urus yang telus dan sistematik.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UPSI, Prof. Norkhalid Salimin dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Etiqa General Takaful Berhad atas sumbangan yang diterima. Beliau menyatakan bahawa sumbangan pada tahun ini merupakan sumbangan kali keenam daripada Etiqa dalam menyokong kebajikan pelajar UPSI, khususnya pelajar daripada golongan B40 yang mewakili hampir 80 peratus populasi pelajar universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut berharap agar kerjasama strategik tersebut dapat diteruskan dan diperluaskan kepada bentuk sumbangan lain seperti wakaf, endowmen dan sedekah demi manfaat berterusan kepada warga universiti.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi taklimat agihan zakat yang disampaikan oleh Pengarah WEZAS, Mohd Abdul Nasir Abd Latif, beliau menjelaskan bahawa dana zakat yang diterima akan diagihkan selaras dengan hasrat penyumbang dan mematuhi garis panduan agihan zakat yang berkuat kuasa. Beliau turut membentangkan perancangan strategik kebajikan WEZAS termasuk beberapa inisiatif baharu yang dijangka memberi impak lebih meluas kepada golongan asnaf.<\/p>\n\n\n\n\n\n<p>Selain itu, turut dikongsikan peluang kerjasama yang boleh dimanfaatkan oleh pihak korporat termasuk berkaitan insentif perlepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia menerusi sumbangan wakaf dan endowmen.<\/p>\n\n\n\n<p>Bagi tahun 2026, WEZAS terus mempergiatkan usaha agihan zakat melalui tiga kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Agihan Zakat yang telah memperakukan pembayaran berjumlah RM752,599.48. Agihan tersebut melibatkan beberapa skim utama antaranya Skim Bantuan Sara Hidup Pelajar, Skim Bantuan Komputer, Skim Bantuan Melanjutkan Pengajian ke IPT bagi kakitangan, Skim Bantuan Awal Persekolahan Anak-anak Kakitangan, Skim Bantuan Dakwah dan Fi Sabilillah, Skim Bantuan Yuran Pengajian serta Skim Bantuan Sara Hidup Kakitangan.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Tanjong Malim, 5 Mei 2026 \u2013 Majlis Penyerahan Zakat daripada Etiqa General Takaful Berhad telah berlangsung dengan jayanya sebagai simbol komitmen berterusan sektor korporat dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama universiti melalui Pusat Wakaf, Endowmen, Zakat, Khairat dan Sedekah (WEZAS), khususnya dalam memperkasa kebajikan dan pendidikan pelajar asnaf UPSI. Dalam majlis tersebut, Etiqa General Takaful Berhad [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37063,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[123],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37062"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37062"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37062\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37066,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37062\/revisions\/37066"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37063"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37062"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37062"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37062"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}