{"id":37099,"date":"2026-05-11T12:03:36","date_gmt":"2026-05-11T04:03:36","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37099"},"modified":"2026-05-11T12:03:38","modified_gmt":"2026-05-11T04:03:38","slug":"ecorimba-local-roots-global-impact-perkasa-kesedaran-alam-sekitar-mahasiswa","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/11\/ecorimba-local-roots-global-impact-perkasa-kesedaran-alam-sekitar-mahasiswa\/","title":{"rendered":"EcoRimba: Local Roots, Global Impact Perkasa Kesedaran Alam Sekitar Mahasiswa"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Muhammad Hafis Zainal Abidin dan Rabiatul Adawiyah Md Noor<\/p>\n\n\n\n<p><strong>IPOH, 4 April 2026 \u2013 <\/strong>Program kesukarelawanan alam sekitar <em>EcoRimba: Local Roots, Global\u00a0 Impact <\/em>telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di Semaian Rimba Forestry Nursery, Ulu\u00a0 Chepor Forest, Ipoh, Perak. Program ini menyaksikan penglibatan aktif mahasiswa tempatan\u00a0 daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta penyertaan pelajar antarabangsa dari\u00a0 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Program anjuran EXCO Agrikultur Majlis Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki (KAB), UPSI dengan\u00a0 kerjasama Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) ini bertujuan meningkatkan kesedaran\u00a0 serta memperluas pengetahuan peserta tentang kepentingan pemuliharaan hutan hujan tropika\u00a0 Malaysia. <\/p>\n\n\n\n<p>Inisiatif ini turut menghimpunkan mahasiswa daripada pelbagai latar belakang dalam\u00a0 satu misi bersama untuk memahami, memelihara dan menghargai khazanah alam negara.\u00a0 Lebih menarik, program ini disertai oleh pelajar antarabangsa dari pelbagai negara termasuk\u00a0 Singapura, Nigeria, Indonesia, Syria, Kanada, Palestin, Pakistan, Mesir dan Uzbekistan.\u00a0 Penyertaan ini sekali gus mencerminkan semangat kolaborasi rentas budaya dalam usaha\u00a0 memelihara kelestarian alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"835\" height=\"556\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-30.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37101\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-30.png 835w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-30-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-30-768x511.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-30-600x400.png 600w\" sizes=\"(max-width: 835px) 100vw, 835px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"854\" height=\"568\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-24.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37102\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-24.png 854w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-24-300x200.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-24-768x511.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-24-600x399.png 600w\" sizes=\"(max-width: 854px) 100vw, 854px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Pergerakan peserta ke lokasi yang bermula seawal jam 6.30 pagi diteruskan dengan slot <em>ice breaking <\/em>antara peserta tempatan dan antarabangsa bagi mengeratkan jalinan ukhuwah serta<\/p>\n\n\n\n<p>mewujudkan suasana mesra dalam kalangan peserta. Seterusnya, peserta diberikan taklimat\u00a0 berkaitan kesedaran konservasi hutan serta pengenalan kepada pelbagai spesies pokok.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Sepanjang program berlangsung, peserta terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti\u00a0 praktikal di tapak semaian seperti pembungkusan tanah, pemprosesan anak benih, kerja\u00a0 penyelenggaraan termasuk merumput dan pembajaan, serta aktiviti pemindahan anak pokok ke\u00a0 dalam polibeg (<em>transplanting<\/em>). <\/p>\n\n\n\n<p>Aktiviti berkebun dan penyediaan herbarium turut dilaksanakan\u00a0 bagi memperkukuh pemahaman peserta terhadap biodiversiti hutan. Hasil usaha bersepadu\u00a0 semua peserta, sebanyak 1,200 anak pokok daripada pelbagai spesies hutan berjaya disemai\u00a0 sepanjang program ini berlangsung.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Penasihat Program EcoRimba, Datin Wan\u00a0 Nurul Hidayu binti Wan Abdul Razak. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa tema\u00a0 <em>\u201cLocal Roots, Global Impact\u201d <\/em>amat signifikan kerana setiap tindakan kecil di peringkat tempatan\u00a0 berupaya memberikan impak besar terhadap kelestarian alam sekitar secara global. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut\u00a0 menekankan bahawa usaha seperti penanaman anak benih serta pemeliharaan biodiversiti\u00a0 merupakan langkah praktikal dan berkesan dalam mengurangkan kesan perubahan iklim.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, Setiausaha KUASA Perak, Mohamad Hafizudin Mohd Nasaruddin turut\u00a0 menyatakan sokongan padu terhadap inisiatif ini dengan memuji jalinan kerjasama erat antara\u00a0 pihak universiti, NGO serta mahasiswa tempatan dan antarabangsa dalam usaha memelihara\u00a0 ekosistem hutan. Menurut beliau, pendedahan seperti ini berupaya melahirkan generasi yang\u00a0 lebih peka, prihatin dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Sementara itu, Pengarah Program EcoRimba, Muhammad Hafis bin Zainal Abidin dalam&nbsp; ucapannya menyatakan rasa syukur atas kejayaan pelaksanaan program tersebut. Beliau<\/p>\n\n\n\n<p>menjelaskan bahawa program ini bukan sahaja mampu memberikan pendedahan secara teori,&nbsp; malah turut menekankan pengalaman pembelajaran secara langsung melalui aktiviti lapangan.&nbsp; Beliau turut berharap agar para peserta dapat memanfaatkan peluang ini sebaiknya untuk&nbsp; menimba ilmu, berkongsi pengalaman serta menyedari bahawa setiap usaha kecil yang&nbsp; dilaksanakan secara bersama mampu memberikan impak besar terhadap kelestarian alam&nbsp; sekitar.<\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan&nbsp; kesedaran peserta terhadap kepentingan pemuliharaan hutan, menggalakkan penglibatan aktif&nbsp; mahasiswa dalam aktiviti kesukarelawanan, serta memperkukuh jaringan kerjasama antara&nbsp; universiti, NGO dan pelajar antarabangsa. Pelaksanaan EcoRimba ini turut mencerminkan&nbsp; komitmen mahasiswa dalam menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya&nbsp; dalam aspek tindakan terhadap perubahan iklim (SDG 13), kehidupan di darat (SDG 15) serta&nbsp; kerjasama global (SDG 17). Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin dalam&nbsp; melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah memiliki&nbsp; kesedaran tinggi serta komitmen berterusan terhadap kelestarian alam sekitar.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Muhammad Hafis Zainal Abidin dan Rabiatul Adawiyah Md Noor IPOH, 4 April 2026 \u2013 Program kesukarelawanan alam sekitar EcoRimba: Local Roots, Global\u00a0 Impact telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang di Semaian Rimba Forestry Nursery, Ulu\u00a0 Chepor Forest, Ipoh, Perak. Program ini menyaksikan penglibatan aktif mahasiswa tempatan\u00a0 daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta penyertaan pelajar [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37100,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[208,96,95,201],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37099"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37099"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37099\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37103,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37099\/revisions\/37103"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37100"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37099"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37099"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37099"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}