{"id":37231,"date":"2026-05-11T15:31:38","date_gmt":"2026-05-11T07:31:38","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37231"},"modified":"2026-05-11T15:31:40","modified_gmt":"2026-05-11T07:31:40","slug":"prihatin-komuniti-mahasiswa-uklk-upsi-santuni-20-keluarga-asnaf-di-pulau-perhentian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/11\/prihatin-komuniti-mahasiswa-uklk-upsi-santuni-20-keluarga-asnaf-di-pulau-perhentian\/","title":{"rendered":"PRIHATIN KOMUNITI: MAHASISWA UKLK UPSI SANTUNI 20 KELUARGA ASNAF DI PULAU PERHENTIAN"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh: Nur Aina Bahirah Mohamed Ridzuan, Nur Batrisyia Mohd Nizam<\/p>\n\n\n\n<p>Tanjong Malim, 07 Mei 2026 &#8211; Keprihatinan terhadap masyarakat setempat terus dizahirkan apabila seramai 20 keluarga asnaf di sekitar Pulau Perhentian menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Prihatin Komuniti anjuran Majlis Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena pelaksanaan Empire Journey 6.0.<\/p>\n\n\n\n<p>Sumbangan yang mengandungi pelbagai barangan keperluan asas itu merupakan sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial mahasiswa dalam usaha membantu meringankan beban golongan yang memerlukan, di samping menyemai nilai empati, kesukarelawanan dan semangat kebersamaan dalam kalangan mahasiswa.<em><\/em><\/p>\n\n\n\n<p>Pengetua UKLK, Prof. Madya Ts Dr. Che Ghani Che Kob dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa program berbentuk kebajikan dan kemasyarakatan seperti ini wajar diteruskan sebagai medium memperkukuh hubungan antara institusi pengajian tinggi dan komuniti setempat.<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"656\" height=\"412\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-39.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37233\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-39.png 656w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-39-300x188.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/2-39-600x377.png 600w\" sizes=\"(max-width: 656px) 100vw, 656px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengetua UKLK UPSI menyampaikan bakul makanan kepada penerima sumbangan<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-full\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"691\" height=\"472\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-34.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37234\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-34.png 691w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-34-300x205.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/3-34-600x410.png 600w\" sizes=\"(max-width: 691px) 100vw, 691px\" \/><figcaption class=\"wp-element-caption\">Pengetua UKLK UPSI menyerahkan bakul makanan di kediaman keluarga penerima<\/figcaption><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, kehadiran para penerima walaupun dalam keadaan cuaca panas jelas memperlihatkan penghargaan dan sokongan masyarakat terhadap usaha murni yang dilaksanakan oleh mahasiswa UPSI.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cProgram seperti ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat Pulau Perhentian dan warga UPSI. Pada masa yang sama, ia turut memupuk semangat keprihatinan serta nilai kebersamaan dalam kalangan mahasiswa dan masyarakat,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Program pengagihan bakul makanan tersebut mendapat sokongan penuh daripada Pusat Transformasi Komuniti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UCTC) yang menaja sumbangan berkenaan sebagai sebahagian daripada komitmen universiti dalam memperkasa agenda kesejahteraan komuniti dan tanggungjawab sosial.<\/p>\n\n\n\n<p>Rata-rata penerima melahirkan rasa syukur dan penghargaan atas bantuan yang diterima, khususnya dalam menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup masa kini. Mereka menyifatkan inisiatif tersebut sebagai satu bentuk sokongan yang amat bermakna kepada masyarakat setempat.<\/p>\n\n\n\n<p>Wakil penerima bantuan, Noriza Junoh turut menzahirkan penghargaan kepada pihak UPSI dan mahasiswa UKLK atas keprihatinan yang diberikan terhadap kebajikan penduduk di kawasan itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain memberi manfaat langsung kepada komuniti, program ini turut membuka ruang kepada mahasiswa untuk mendekati masyarakat secara lebih dekat serta memahami realiti kehidupan golongan kurang berkemampuan melalui pengalaman pembelajaran berasaskan komuniti.<\/p>\n\n\n\n<p>Penganjuran program seumpama ini dilihat selari dengan usaha UPSI dalam melahirkan mahasiswa yang holistik, berjiwa masyarakat dan cakna terhadap isu kesejahteraan sosial, sekali gus memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara universiti dan komuniti setempat.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh: Nur Aina Bahirah Mohamed Ridzuan, Nur Batrisyia Mohd Nizam Tanjong Malim, 07 Mei 2026 &#8211; Keprihatinan terhadap masyarakat setempat terus dizahirkan apabila seramai 20 keluarga asnaf di sekitar Pulau Perhentian menerima sumbangan bakul makanan menerusi Program Prihatin Komuniti anjuran Majlis Mahasiswa Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sempena pelaksanaan Empire [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37232,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[164],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37231"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37231"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37231\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37235,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37231\/revisions\/37235"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37232"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37231"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37231"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37231"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}