{"id":37302,"date":"2026-05-12T14:45:55","date_gmt":"2026-05-12T06:45:55","guid":{"rendered":"https:\/\/epena.com.my\/?p=37302"},"modified":"2026-05-12T14:45:57","modified_gmt":"2026-05-12T06:45:57","slug":"program-jom-kupas-teori-1-0-pengenalan-teori-pilihan-dan-terapi-realiti-ctrt","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/2026\/05\/12\/program-jom-kupas-teori-1-0-pengenalan-teori-pilihan-dan-terapi-realiti-ctrt\/","title":{"rendered":"PROGRAM JOM KUPAS TEORI 1.0: PENGENALAN TEORI PILIHAN DAN TERAPI\u00a0 REALITI (CTRT)\u00a0"},"content":{"rendered":"\n<p>Oleh : Siti Nurhafizah Mohd Roseki\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p><strong>TANJONG MALIM, 17 MAC 2026 \u2013 <\/strong>Program Jom Kupas Teori 1.0: Pengenalan Teori\u00a0 Pilihan dan Terapi Realiti (CTRT) telah dilaksanakan pada 17 Mac 2026 (Selasa) secara\u00a0 dalam talian, bermula jam 2:00 petang hingga 5:00 petang melalui platform <em>Google Meet <\/em>dan <em>YouTube Live<\/em>. <\/p>\n\n\n\n<p>Program ini dianjurkan oleh Exco Akademik dan Kerjaya Persatuan\u00a0 Bimbingan dan Kaunseling (KASIH) Sidang 2025\/2026. Program ilmiah ini menampilkan\u00a0 Profesor Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh sebagai penceramah utama. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau merupakan\u00a0 pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Pendidikan Sultan Idris\u00a0 (UPSI), Timbalan Pengarah (Unit Perundingan, Pengkomersialan dan Inovasi) di Pusat\u00a0 Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UPSI, serta merangkap Setiausaha PERKAMA\u00a0 International.\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-1 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"482\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO--1024x482.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37304\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO--1024x482.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO--300x141.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO--768x361.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO--1536x723.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO--600x282.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-FOTO-.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37305\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN-1536x864.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN-600x338.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-SESI-PERKONGSIAN.png 1920w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Program Jom Kupas Teori 1.0 ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal dan\u00a0 kefahaman mendalam kepada para peserta mengenai konsep asas serta aplikasi Teori\u00a0 Pilihan dan Terapi Realiti (CTRT). Melalui sesi perkongsian ini, peserta berpeluang\u00a0 menerokai bagaimana teknik terapi ini dapat diaplikasikan dalam konteks profesional\u00a0 mahupun pembangunan kendiri.\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Sesi perkongsian oleh Profesor Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh berkaitan Teori Pilihan dan\u00a0 Terapi Realiti (CTRT) telah berlangsung dengan penuh manfaat dan berjaya menarik\u00a0 perhatian para peserta. <\/p>\n\n\n\n<p>Dalam sesi tersebut, beliau telah menerangkan konsep asas\u00a0 CTRT yang menekankan bahawa setiap tingkah laku manusia merupakan suatu pilihan\u00a0 yang dibuat untuk memenuhi keperluan asas individu. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau turut berkongsi teknik dan\u00a0 aplikasi praktikal dalam Terapi Realiti bagi membantu peserta memahami bagaimana\u00a0 individu boleh mengawal kehidupan mereka dengan membuat pilihan yang lebih efektif\u00a0 dan bertanggungjawab. <\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, beliau menekankan kepentingan memfokuskan\u00a0 kepada tingkah laku semasa (<em>total behaviour<\/em>) serta membina hubungan yang berkualiti\u00a0 bagi meningkatkan kesejahteraan diri dan mental. <\/p>\n\n\n\n<p>Secara keseluruhannya, sesi\u00a0 perkongsian dalam program \u201cJom Kupas Teori 1.0\u201d ini sangat bermakna serta\u00a0 memberikan input yang berguna kepada semua peserta, khususnya dalam\u00a0 memantapkan kemahiran profesionalisme bimbingan dan kaunseling.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Profesor Madya Dr. Md Noor Saper, selaku Penasihat Persatuan Bimbingan dan\u00a0 Kaunseling (KASIH), dalam ucapannya menzahirkan rasa syukur dan bangga atas\u00a0 penganjuran program Jom Kupas Teori 1.0: Pengenalan Teori Pilihan dan Terapi Realiti\u00a0 (CTRT) ini. <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menegaskan bahawa inisiatif seperti ini amat penting dalam\u00a0 memastikan mahasiswa dan pengamal kaunseling sentiasa relevan dengan penguasaan\u00a0 teori yang mantap sebelum melangkah ke alam praktikal.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>Menerusi majlis perasmian penutupan program, Dato\u2019 Dr. Abd Halim Bin Mohd Hussin\u00a0 selaku Presiden PERKAMA International memberikan pujian yang membina kepada\u00a0 jawatankuasa penganjur kerana berjaya memanfaatkan platform digital untuk\u00a0 membahaskan subjek yang cukup kritikal iaitu Teori Pilihan dan Terapi Realiti (CTRT).\u00a0 <\/p>\n\n\n\n<p>Beliau menyifatkan pemilihan teori ini sebagai satu langkah bijak, memandangkan CTRT\u00a0 merupakan tunjang utama dalam membantu individu menilai kembali pilihan hidup serta\u00a0 memperkasakan tanggungjawab kendiri.\u00a0<\/p>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-columns is-layout-flex wp-container-core-columns-layout-2 wp-block-columns-is-layout-flex\">\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"576\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP-1024x576.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-37306\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP-1024x576.png 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP-300x169.png 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP-768x432.png 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP-1536x864.png 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP-600x338.png 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PERASMIAN-PENUTUP.png 1920w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n\n\n\n<div class=\"wp-block-column is-layout-flow wp-block-column-is-layout-flow\">\n<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"486\" src=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH-1024x486.jpg\" alt=\"\" class=\"wp-image-37307\" srcset=\"https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH-1024x486.jpg 1024w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH-300x143.jpg 300w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH-768x365.jpg 768w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH-1536x730.jpg 1536w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH-600x285.jpg 600w, https:\/\/epena.com.my\/wp-content\/uploads\/2026\/05\/GAMBAR-UCAPAN-PENASIHAT-KASIH.jpg 1600w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><\/figure>\n<\/div>\n<\/div>\n\n\n\n<p>Sebagai tanda kenang-kenangan, program diakhiri dengan sesi fotografi secara maya\u00a0 bersama Profesor Dr. Ahmad Jazimin bin Jusoh, Profesor Madya Dr. Md Noor Saper,\u00a0 Dato\u2019 Dr. Abd Halim bin Mohd Hussin dan semua peserta yang hadir. <\/p>\n\n\n\n<p>Meskipun\u00a0 dijalankan menerusi skrin peranti masing-masing, suasana tetap meriah dengan\u00a0 kerjasama para peserta yang membuka kamera masing-masing. Secara keseluruhannya,\u00a0\u00a0<\/p>\n\n\n\n<p>program Jom Kupas Teori 1.0 (CTRT) ini telah mencapai objektifnya dalam menyebarkan\u00a0 ilmu kepakaran berkaitan Teori Pilihan dan Terapi Realiti. <\/p>\n\n\n\n<p>Pihak penganjur (KASIH)\u00a0 berharap agar perkongsian ini dapat memantapkan lagi kemahiran bakal kaunselor serta\u00a0 memberikan impak positif kepada kesejahteraan mental masyarakat. <\/p>\n\n\n\n<p>Majlis bersurai\u00a0 pada jam 5:00 petang dengan ucapan penghargaan buat semua pihak yang terlibat\u00a0 secara langsung, mahupun tidak langsung.<\/p>\n","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>Oleh : Siti Nurhafizah Mohd Roseki\u00a0\u00a0 TANJONG MALIM, 17 MAC 2026 \u2013 Program Jom Kupas Teori 1.0: Pengenalan Teori\u00a0 Pilihan dan Terapi Realiti (CTRT) telah dilaksanakan pada 17 Mac 2026 (Selasa) secara\u00a0 dalam talian, bermula jam 2:00 petang hingga 5:00 petang melalui platform Google Meet dan YouTube Live. Program ini dianjurkan oleh Exco Akademik dan [&hellip;]<\/p>\n","protected":false},"author":11,"featured_media":37303,"comment_status":"closed","ping_status":"open","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[112,264],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37302"}],"collection":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/users\/11"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=37302"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37302\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":37308,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/37302\/revisions\/37308"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media\/37303"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=37302"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=37302"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/epena.com.my\/index.php\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=37302"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}